Penting! Asal Usul Jamaah PAS di Malaysia!
PAS nama asalnya Pan Malayan Islamic Party ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Diizinkan penubuhannya oleh British dan tidak diharamkan penubuhannya seperti Hizbul Muslimin Gunung Semanggol.
Orang yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan Jamaah ini adalah seorang pegawai British berbangsa India bernama Nadarajan. Pemimpin PMIP adalah Tuan Haji Ahmad Fuad setelah kalah kepada Tunku Abdul Rahman dalam merebut jawatan Presiden UMNO. Tetapi, tidak lama kemudian, Tuan Haji Ahmad Fuad telah kembali kepada UMNO bersama-sama ulamak-ulamak UMNO yang dibawa bersamanya.
Vakum kepimpinan ini diisi oleh Dato’ Dr. Haji Abbas Alias seorang doktor kerajaan (tentulah doktor kerajaan British ikut tafsiran Mat Sabu) di Hospital Kuala Lumpur dan pegawai perubatan jemaah haji Malaya sebelum diambil alih Dr Burhanuddin Al Helmy.
Persoalannya, di manakah ulamak selama hampir 30 tahun sebelum zaman kepimpinan ulamak PAS? Adakah ulamak-ulamak zaman dahulu sudah tahu bahawa PAS bukan parti yang syari’e dan “islamik”?
September 13, 2011 at 9:58 am
[...] semula ke dalam UMNO. Kemudian kepimpinan PAS diteruskan oleh seorang doktor kerajaan British (baca sini). Bukan Ahmad Fuad sahaja yang kembali selepas itu Asri juga masuk UMNO. Kepimpinan PAS sekarang [...]
October 20, 2011 at 9:05 am
Kalau Maharajalela itu ulamak yg anda maksudkan, berikan no. keahlian PAS Maharajalela, jika Tok Janggut itu ulamak PAS yg anda maksudkan, berikan no keahlian PAS Tok Janggut.Ulamak yang dikatakan berjuang melwn penjajah tersebut kebanyakannya masuk UMNO spt Abdullah fahim, Ahmad Badawi dan juga Haji Ahmad Fuad. Sila baca asal usul PAS, di mana dan siapa ulamak2 di zaman 60-an, 70-an,80-an yg sokong PAS?