Archive for Musailamah Al Kadzab

Orang PAS Tak Suka Katak Melainkan Seorang?

Posted in Politik Nasional with tags , , , , , , , on February 12, 2009 by maharajazhou

Musailamah Al Kadzab yakni seorang nabi palsu pernah menukilkan satu surah palsu yang dinamakan Surah Katak:

Wahai katak!

Anak perempuan dua ekor katak,

Menguaklah sebanyak mana hendak kau kuak,

Badan atasan engkau di atas air,

Badan bawahan kau di dalam lumpur.

(Saayd Al Khaatir,Ibn Jawzi)

Itulah surah palsu yang dicipta oleh seorang nabi palsu yang muncul setelah kewafatan Rasulullah SAW di Yaman bernama Musailamah Al Kadzab.Kononnya cuba untuk menandingi Al Quran tetapi bila dilihat semula,ternyata betapa buruk larasnya jika dibandingkan dengan ayat-ayat dalam Al Quran.

katak

Katak juga adalah makhluk Tuhan,dan tidak sepatutnya diasosiasikan dengan apa unsur kejahatan.

Islam tidak menjadikan mana-mana makhluk Tuhan selain iblis dan syaitan sebagai simbol kejahatan.Dalam dongengan Perancis,Raja Clovis 1 sebelum masuk agama Kristian dikatakan memakai baju yang penuh dengan katak sebagai simbol kejahatan.Dalam kes lompat-melompat parti ini juga, katak dijadikan mangsa sekali lagi.

Penulis melihat kekatakkan yang berlaku dalam politik negara ini sebagai tanda, PAS mengiktiraf suara hati rakyat tidak mengiktiraf apa-apa usaha menubuhkan kerajaan dengan cara lompat parti.Artikel-artikel Harakah menjadi saksi di awan biru di mana tiada yang menggangu:

Rakyat muak dengan kerajaan ‘katak di Perak

MPMUM tolak tindakan tidak demoktratik di Perak

Kami bukan penderhaka!

Ini rencana terkini.Kalau kita lihat dari saat tumbangnya Kerajaan pimpinan MB Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan ihsan Sultan Perak selama 11 bulan,mungkin puluhan artikel yang dihasilkan oleh penyokong-penyokong PAS mengeji dan mencaci tindakan mengatak iaitu menubuhkan kerajaan tanpa pilihanraya.

Sekarang,kita menyedari bahawa PAS telah tekad mengiktiraf sesuatu kerajaan hanya boleh ditubuhkan dengan mandat rakyat.Kerajaan tidak boleh ditubuhkan dengan beli wakil rakyat.Kerajaan yang hilang majoriti mesti dipulangkan kepada rakyat.Yang Dipertuan Agong dan Sultan perlu membubarkan Parlimen ataupun DUN jika diminta oleh PM ataupun MB walaupun telah hilang majoriti.

Perbuatan mengatak adalah perbuatan lanun.Rakyat kecil hati kalau MP atau ADUN lompat parti.Tiada siapa yang boleh lawan suara hati rakyat kerana suara rakyat mahukan DUN dibubarkan kalau ada peristiwa lompat itu 97% kata PAS walaupun kita tidak nampak kertas survey,graf,histogram,apatah lagi permohonan geran,tuntutan membiayai research assistant dan sebagainya untuk dapatkan figura tersebut.

Tak mainlah lompat parti kalau hendak tubuh kerajaan.Cuma, seorang sahaja manusia yang masih iktiraf lompat parti iaitu Nik Aziz.

ffgghh

Nik Aziz kata lompat parti masuk Pakatan boleh,lompat keluar tak boleh.Kalau masuk okay,kalau keluar menggelupur.

Setelah ahli PAS,pemimpin PAS (terutamanya Nizar yang masih berCamry dan duduk menyetinggan di Rumah MB),dan Harakahdaily serta 97% rakyat Perak tidak setuju dengan upacara katak-mengatak,mungkin kita boleh syairkan kepada Nik Aziz,surah ciptaan Musailamah Al Kadzab:

Wahai Nik Aziz!

Menguaklah sebanyak mana hendak kau kuak,

Bila orang masuk parti kau,kau kata okay,

Bila orang keluar dari pakatan,engkau menggelupur.

Kesimpulannya,ahli PAS menolak acara katak-mengatak seperti yang disokong oleh Anwar dan Nik Aziz.Tidak apa,jika masih ada yang sayang pada katak!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.