Anuar Tahir dan Keadilan: Berpatah Arang Berkerat rotan?

Thu, 1 Apr 2004

Sejarah Keadilan tidak akan lengkap dengan nama Mohd Anuar Mohd Tahir. Legenda Keadilan yang berpusat di Beseri, Perlis ini bukanlah nama asing bagi para reformis apatah lagi beliau merupakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001.

Sebelum menyertai Keadilan, namanya sudah tersohor di dalam ABIM melalui proxynya WAMY iaitu World Association of Muslim Youth. Ini menggambarkan ketokohan beliau sebagai tokoh belia terbilang bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Atas kehebatannya itu jugalah, jawatan terakhir yang disandangnya di dalam Angkatan Belia Malaysia bukanlah jawatan sebarangan, iaitu sebagai Setiausaha Agung. Malahan, keakrabannya bersama pimpinan ABIM sezaman dengannya iaitu Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim telah membawa mereka bersama dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional.

Pahit maung telah mereka hadapi bersama. Sehinggalah diwarwarkan bahawa Keadilan dan PRM akan bergabung. Maka, ketika itu, digembar-gemburkan faksi ABIM di dalam Keadilan yang paling kuat menentang pergabungan tersebut.

Desas-desus juga mengatakan bahawa ada kelompok lain yang turut mengapi-apikan ketegangan tersebut. Sehingga nama-nama seperti Fathi Aris Omar yang pernah menganggotai Jemaah Islah Malaysia turut disebut.

Namun, gelombang kepada pergabungan tersebut telah diterjemahkan dalam bentuk undi apabila Anuar Tahir tewas di dalam Keputusan Pemilihan MPT keADILan di Kemaman pada tahun 2001.

Saudara Anuar hanya mampu mendapat undi sebanyak 380 undi, kedua terendah selepas N. Gobala Krishnan. Apakah Anuar Tahir cuma layak mendapat undi sebanyak itu sedangkan semasa pilihanraya 1999 antara beliau dan Dato’ Azmi Khalid di Parlimen Padang Besar telah menyaksikan beliau mampu mendapat undi sebanyak 9867.

Barangkali Anuar Tahir sudah berpatah arang berkerat rotan dengan parti yang pernah sama-sama beliau tubuhkan. Kali ini, beliau bertanding dengan tiket PAS. Bukan tidak ada Keadilan di sana. Kerusi Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Indera Kayangan dan Kuala Perlis masing-masing ditandingi oleh calon-calon Keadilan.

Adakah kerana PAS lebih kuat maka seorang yang ditarbiyyah dengan manhaj Angkatan Belia Malaysia ini sanggup berkompromi dengan jemaah yang bermusuh dengan proksi mereka di kampus suatu ketika dahulu? Adakah begitu mudah Anuar melupakan dendam lama mereka?

Atau ini adalah suara yang menuntut reformasi dari seorang bekas ahli Keadilan agar ia di”overhaul” dari elemen-elemen konspirasi, nepotisme dan kronisme, sesuai dengan nama parti itu sendiri iaitu-Keadilan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: