Islam Penyelamat Ummah (IPU) Barua PAS?

Wed, 21 Apr 2004

Marah benar bekas ADUN Kajang, Dr Shafie Abu Bakar apabila beliau “mendedahkan” bahawa pihak kerajaan telah berjaya mengekang para mahasiswa UKM daripada cenderung kepada parti pembangkang. Kemarahan ini senada dengan rentak tari Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat di Terengganu telah menolak kepimpinan PAS dalam pilihanraya yang lepas.

Dr. Shafie yang tewas kepada sahabat beliau sendiri, Dr Amran Kasimin dalam pertandingan satu lawan satu di DUN Bangi telah menyalahkan pihak universiti yang disifatkannya tidak adil kerana menyekat aktiviti mahasiswa pro-Islam. Istilah pro-Islam ini tidak sepatutnya digunakan kerana tidak ada kekangan terhadap aktiviti oleh PKPIM, Tabligh ataupun Karisma tetapi hanyalah aktiviti yang ditaja secara bawah tanah oleh barua PAS di UKM.

Dengan ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa IPU selama ini memanglah dipengaruhi, ditaja dan dipergunakan oleh parti PAS samada di kampus ataupun di luar kampus. Masakan, Dr. Shafie yang terkenal sebagai cendekiawan boleh jadi seberang Tuan Guru kita, Haji Hadi Awang dengan timbulnya fenomena ini.

Kemenangan Dr. Shafie pada tahun 1999, rupanya dipengaruhi oleh faktor mahasiswa yang ketika itu rata-rata pro pembangkang. Kemungkinan mereka tidak boleh mengundi tetapi sokongan mereka boleh diterjemahkan dalam bentuk menampal poster, membuat bancian dan juga berkempen.

Dengan sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap IPU dan ISI serta MAMPU sebagai partai politik di kampus, maka jumlah penyokong gerakan ini semakin berkurangan, menyebabkan merosotnya bilangan buruh kasar dan juga tenaga kerja percuma ini bagi membantu Dr Shafie dalam pilihanraya yang lalu.

Faktor ini menyumbangkan kekalahan kepada beliau baru-baru ini kerana kurangnya mahasiswa yang boleh dipergunakan untuk kerja-kerja seumpama ini yang tidak akan dibuat oleh rakan-rakan Dr. Shafie dari kalangan professional dan established di Lembah Intelektual ini.

Bagaimanapun, syabas kepada Hal Ehwal Pelajar kerana atas hasil usaha ini. Dengan itu, semakin ramai pelajar terutamanya dari anak orang Melayu-Islam yang dapat menumpukan perhatian terhadap peperiksaan akhir tahun mereka daripada menjadi barua Dr. Shafie and company, tidak kiralah samada ia bernama IPU, MAMPU ataupun ISI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: