Radikalnya Hadi disebabkan oleh Syed Qutb

Sat, 3 Apr 2004
 
Syed Qutb pernah menyatakan:
 
Termasuk dalam ruang lingkup masyarakat jahiliyah adalah masyarakat yang mengaku dirinya muslim. Masyarakat tersebut masuk kedalam lingkungan ini bukan karena meyakini uluhiyah kepada selain Allah dan tidak pula menghadapkan syiar-syiar ibadah kepada selain Allah, tetapi mereka masuk ke dalam masyarakat jahiliyah ini karena tidak beragama dengan Peribadatan pada Allah dalam undang-undang kehidupan mereka.” (dalam Fi zilal)
 
Sayyid Qutb merupakan salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mencorakkan arah tuju dan wajah Ikhwanul Muslimin. Sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Hassan Al Banna, Ikhwanul Muslimin telah bertukar menjadi sebuah pertubuhan yang radikal dan ekstrim hasil daripada suntikan idea-idea baru oleh Syed Qutb.
Syed Qutb bukanlah seorang ulamak seperti mana yang disangkakan oleh ramai orang. Beliau merupakan seorang guru bahasa lulusan Sastera dan pernah dihantar berkursus di Amerika Syarikat dalam bidang pendidikan. Idea radikalnya timbul selepas kembalinya Syed Qutb dari Amerika Syarikat. Beliau yang sebelum ini lebih gemar menulis ideanya dalam kerangka sosialis telah berubah kepada islamik. Secara rasminya, beliau menyertai Ikwan pada tahun 1951 selepas kembali dari Amerika Syarikat dan dilantik menjadi Ketua Tarbiyyah Ikhwan setahun kemudian walaupun tidak mempunyai pendidikan agama. Ini menunjukkan ketandusan kepimpinan dan juga golongan ulamak yang menyertai Ikhwan.
 
Secara tersurat dan tersirat, Syed Qutb telah bertindak menghukum umat Islam zaman selepas kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah sebagai jahiliyyah dan kafir dalam buku-bukunya. Ideanya itulah yang mencetuskan aliran bahawa halal untuk membunuh pemerintah disebabkan mereka telah mengambil undang-undang dari barat. Aliran inilah yang membawa kepada peristiwa pembunuhan Anwar sadat apabila beliau bertindak menandatangani perjanjian damai Camp David dengan Israel.
 
Pemikiran radikal Syed Qutb ini mendapat sambutan terutamanya daripada kalangan pemuda dan juga golongan terpelajar yang berdarah panas. Selepas hukuman gantung dijatuhkan terhadap beliau pada 1966, elemen radikal ini telah diperhalusi dan disempurnakan oleh pengikut-pengikutnya selepas itu.
 
Sikap menghukum dan mengkafirkan orang lain bukan sahaja berjaya meresapi pemikiran anak muda arab yang panas baran tetapi juga di kalangan sekumpulan anak-anak melayu di Mesir dan di Tanah Arab yang lain terutamanya dalam tahun 70-an.
Konsep radikal ini tentu sahaja mudah mempengaruhi mereka yang mempunyai sedikit sebanyak kesedaran politik dan juga mereka yang mempunyai cita-cita dan kepentingan politik. Abdul Hadi Awang tidak terkecuali dalam menerima pandangan ini apabila beliau melanjutkan pendidikan beliau di Mesir sekitar tahun 1974. Reputasinya sebagai seorang yang pernah mengikuti tarbiyyah Ikhwan adalah merupakan kisah legenda bagi mereka yang mengamati sejarah gerakan Islam di Malaysia.
 
Latar belakang beliau yang berpendidikan Sarjana dalam bidang Siasah Syariah dari Al Azhar telah mejadikan beliau menyelami idea radikal Syed Qutb. Manifestasi daripada dalamnya pemahaman beliau terhadap aliran ini terserlah dalam Amanat Haji Hadi yang mana senada dengan tulisan Syed Qutb:
 
“Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang Barisan Nasional bukan nama Barisan Nasional, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. “
 
Hala tuju ini amat berbeza dengan Arwah Dato’ Fadzil Noor yang terkenal sebagai seorang yang tidak radikal dan terbuka. Beliau tidak sempat mengikuti tarbiyyah Ikhwan berpaksikan Syed Qutb yang mana Allahyarham berada di bumi Mesir dalam tahun 60-an. Pemikiran Syed Qutb ketika itu mempunyai kontemporarinya sendiri di dalam Ikhwan iaitu pemikiran Hassan Hudhaibi iaitu Mursyidul Am Ikhwan yang bersifat lebih lembut.
 
Oleh kerana itu, corak pemikiran Allahyarham lebih terbuka dan pragmatis berbanding dengan Haji Hadi yang keras dan tegar hasil daripada manhaj yang berbeza.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: