Ummah Centric: “Fahaman” Ditakuti PAS Kampus

7 Jun 2006

Wujud pula gelaran baru yang digelar Ummah Centric. Ummah centric adalah istilah yang diwujudkan oleh Ust Maszlee Malik. Fikrah Islam yang selama ini dipecah-pecahkan mengikut amir-amir yang berbilang dari pelbagai jemaah dinasakhkan melalui suatu “fahaman” baru. Ummah Centric melangkau persoalan jemaah. Ini yang menjadi ketakutan PAS.

PAS pasca Ustaz Asri berlegar di sekitar fahaman Ikhwan. Ikhwanul Muslimin adalah suatu jemaah yang dianggap kononnya menggantikan Khilafah Uthmaniyyah. Ini disebabkan ia bersifat alami, bukannya bersifat kolokial. Jika dahulu khalifah yang wajib kita berikan ketaatan, sekarang ketaatan diberikan kepada amir jemaah Ikhwanul Muslimin yang menggantikan peranan Sultan-sultan Ottoman.

PAS sering mendakwa bahawa ia celupan Ikhwan. JIM/IRC mencebik. Kerana PAS bukan jemaah, tetapi hanyalah parti politik. Ia tiada tarbiyyah. Lalu, golongan agama yang bukan professional dari Mesir membawa tarbiyyah dari Ikhwan di samping agen-agen IRC membentuk “tarbiyyah PAS”. Tarbiyyah Mee Segera ini menjadi amalan PAS di kampus-kampus. Tujuan mereka ia untuk melahirkan calon-calon pilihnaraya, bakal-bakal exco jemaah dan kuli batak untuk kerja kotor pilihanraya kampus dan umum.

Kebanyakan yang dicelur dalam tarbiyyah PAS ini orang yang ikhlas dalam perjuangan agama. Namun, mereka didoktrinkan bahawa berjuang untuk jemaah sama seperti berjuang untuk Islam dan Allah. Islam bersamaan dengan PAS. Dan sebaliknya. Sesiapa yang menderhakai jemaah adalah bersamaan dengan menderhakai Allah dan Rasul. Jemaah adalah segala-galanya. Hidup dan mati mereka selepas berbai’ah adalah untuk jemaah. Jemaah adalah Ilah baru bagi mereka yang berjamaah.Orang boleh menghina Allah dan Rasul, dan mereka tidak merasa apa-apa, melainkan apabila mereka diarah oleh jamaah untuk bertindakbalas kepada penghina Allah dan Rasul.

idrisahmad1

“Di universiti, kita kena awasi. Apabila tiada ketaatan kepada jemaah, maka pelajar-pelajar kita yang pernah mengikuti siri-siri ceramah mereka bertanya semula kepada kita, sama ada mereka perlu letakkan wala’ kepada PAS sebagai sebuah jemaah atau ummah?” -Idris Ahmad

Idris Ahmad, Timbalan Ketua Pemuda PAS adalah produk tarbiyyah PAS yang tulen. Dia adalah orang yang biasa berperang dengan JIM/IRC, ABIM, Al Arqam dan pelbagai lagi dari dulu sehinggalah sekarang. Oleh itu, tidak hairan beliau amat mempromosikan konsep Jemaah Centric, kerana beliau hidup atas Jemaah Centric dan dikenali ramai dengan Jemaah Centric.Tanpa jemaah, beliau takkan berada di atas. Jemaah yang memberikan beliau isteri, gaji, populariti, kedudukan dan juga benda untuk beliau bercakap. Oleh itu, amat pantang baginya disentuh dan cuba diganggu Jemaah Centric ini laksana berhala kepada Azaar, bapa Nabi Ibrahim yang dikenali sebagai pembuat berhala di zaman pemerintahan Namrud.

Ummah Centric berlawanan dengan Jemaah Centric. Ummah Centric tidak lagi mementingkan perbezaan jemaah. Yang penting ialah dua kalimah shahadah dan sejauh manakah seseorang itu patuh kepada Al Quran dan Sunnah. Fahaman ini dikaitkan dengan fahaman Salafi-Wahabi. Kenapa Fahaman Salafi-Wahabi? Kerana golongan ini selain dari golongan Ikhwan, mempunyai asas pemahaman Islam yang mantap dan boleh berhujah. Tiada lagi taqlid. Berlainan dengan fahaman sufi ataupun jamaah bukan Ikhwan yang hanya berdasarkan percaya pada Tuan Guru,Salafi-Wahabi dan Ikhwan berdasarkan ilmu. Siapa yang paling tepat hujah berdasarkan Al Quran dan Sunnah, dialah yang menang.

Namun, akhirnya, Ikhwan tewas dalam perlumbaan ini. Banyak hujah yang dikemukakan boleh dipatahkan oleh gologan Salafi Wahabi ini kerana mereka lebih rapat dengan sumber yang asal. Cuma salah marketing dalam mempromosikan idea mereka melambatkan kemaraan mereka untuk beberapa puluh tahun. Namun, rebranding oleh ustaz-ustaz seperti Rasul Dahri, Asri Zainul ABidin menarik minat ramai orang ke arah fahaman ini.

Golongan muda sekarang sudah malas berpecah.Apatah lagi perjuangan yang hanya dinyalakan oleh api emosi semata-mata. PAS menawarkan pemerintahan berdasarkan Islam, tetapi model yang ditunjukkan gagal membawa imej Islam yang sebenar.

Rasuah, salah guna kuasa, takbur dan bongkak dalam pemerintahan berleluasa dalam pemerintahan PAS. Itu yang menyebabkan Idris tidak suka. Kerana fahaman Ummah Centric membenarkan check and balance, rakyat boleh menegur walaupun tidak memalukan. Amir tidak semestinya benar. Jemaah Centric menghalalkan segala-galanya oleh Amir. Jika tidak boleh dibuat, maka mereka mencari jalan menghalalkannya. Amir is always right, wala’ adalah kata-kata maut yang menutup hujah mereka yang mempersoalkan tindakan Amir. Brand munafiq dan fasiq bakal ditempelkan kepada mereka yang ragu-ragu dengan tindak-tanduk parti dan jemaah yang nyata boleh melemahkan ummah.

Ummah tidak boleh lagi berpecah. Apatah lagi jika perpecahan ini hanyalah untuk kepentingan dua tiga kerat orang yang beroleh kesenangan dengan sistem jemaah ini. Sistem jemaah mewujudkan kasta-kasta, yakni orang bukan jemaah dan orang jemaah yang akhirnya menjadikan mereka yang tidak berbai’ah sebagai orang yang kurang islam dan second class citizen.

Oleh itu, marilah kita membasmi pemikiran dan fikrah Jemaah Centric. Sekarang masanya untuk berfikir bagaimana untuk memajukan ummah, dan bukannya memecahbelahkan ummah.

One Response to “Ummah Centric: “Fahaman” Ditakuti PAS Kampus”

  1. Siapa yang keluar kenyataan PAS adalah celupan Ikhwan dan Ikhwan adalah pengganti Khilafah Uthmaniyyah yg runtuh?

    Apa bukti PAS tiada tarbiyyah?
    Apa saudara faham tentang Jamaah Centric?
    Saudara setuju dgn Ummah Centric?

    Saya Insan Yang Tidak Tahu Bertanyakan Jawapan..terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: