Adakah Menjadi Anti Islam Bila Menentang Mahasiswa PAS?

Fri, 25 Jun 2004

Isu kemahasiswaan tiba-tiba menjadi fokus tatkala hampirnya pilihanraya kampus. Ketika ini, seluruh pihak yang terbabit mula menyebarkan kempen secara tidak langsung untuk mempertahankan ataupun merampas kampus yang ada.

Minggu haluansiswa, taaruf ataupun suaikenal menjadi medan menarik perhatian mahasiswa baru yang bakal menjadi pengundi. Undi mahasiswa baru amat penting kerana biasanya merekalah yang paling teruja untuk mengundi. Oleh itu, pihak MPP terpaksalah berhati-hati di waktu ini kerana sebarang kesilapan boleh menjadi suatu dosa yang tidak diampunkan oleh para pengundi terutamanya dari kalangan mahasiswa baru.
demopmi1

Mahasiswa seumpama kain putih. Jika mereka diwarnakan dengan warna kebencian dan kemusnahan maka begitulah kiranya corak yang bakal kita dapat pada kain tersebut.

Mahasiswa baru seumpama kain yang putih bersih, melainkanlah mereka yang sudah diindoktrinkan semasa sekolah melalui pertubuhan-pertubuhan pelajar samada yang halal mahupun yang haram. Yang halal adalah seperti KARISMA, PKPIM melalui sayap-sayap kesatuan pelajarnya di negeri-negeri ataupun GPMS serta Belia4B. Yang haramnya pula, bersifat underground di sekolah-sekolah asrama khususnya di sekolah-sekolah agama terutamanya yang established seperti Kolej Islam Kelang. Gerakan bawah tanah ini lebih tertumpu untuk membina keahlian dan juga perkaderan supaya menyokong parti politik tertentu.

Apabila pelajar-pelajar ini berjaya memasuki matrikulasi dan seterusnya ke universiti dan kolej universiti, maka mereka akan mula mencari haluan masing-masing. Terpulang bagi mereka untuk menjadi mahasiswa yang berfoya-foya ataupun mahasiswa yang mempunyai kesedaran ugama, ataupun sekadar ulat buku yang tidak peduli akan hal ehwal semasa. Tetapi, tidak ada mahasiswa yang sanggup mengasosiasikan diri mereka dengan “paksi kejahatan”. Mahasiswa merasakan bahawa mereka sepatutnya diterima masyarakat kampus dan “boleh dipakai” walaupun mereka adalah buaya darat yang tersohor di kampus.

Perlabelan ini adalah baik dari satu segi, kerana ia menimbulkan rasa takut mahasiswa dari melakukan perbuatan mungkar di kampus. Namun, masalahnya perlabelan ini menyebabkan ia boleh dimanipulasikan oleh sesetengah pihak untuk agenda mereka yang tersembunyi.

Dahulu, wujud terma idealis dan aspirasi. Mahasiswa yang mengikut rentak dan gaya agresif serta gemar berdemonstrasi digelar mahasiswa idealis kerana dianggap merekalah yang mewarisi idealisme gerakan mahasiswa yang berakar dari tahun 70-an. Mereka yang tidak mengikut rentak ini digelar pembelot gerakan mahasiswa oleh strategis perang saraf golongan ini. Ini merupakan suatu perkara yang ditakuti oleh aktivis mahasiswa di akhir kurun 20-an.

Namun, setelah idea ini semakin tidak mendapat sambutan dan gagal mendapat simpati mahasiswa, wujud pula terma pro-Islam. Mutakhir ini, golongan yang sama telah memakai jubah bergelar mahasiswa pro-Islam menggantikan panggilan mahasiswa idealis. Maka, sekarang disimpannya terma idealis di muzium kemahasiswaan. Istilah baru ini nampaknya sedang hebat digunapakai terutamanya di akhbar internet Harakahdaily.

Namun, apabila disebut tentang mahasiswa pro-Islam, maka adakah wujud mahasiswa pro-kafir? Kerana lawan bagi pro-Islam tentulah pro-kafir. Yang ada di sisi Tuhan adalah samada orang itu beriman ataupun dia seorang yang kufur. Maka, jika dia bukan pro-Islam nescaya dia adalah pro-kafir.

Kita tidak tahu adakah ini disengajakan ataupun tidak. Jika ia disengajakan, tentulah ia berpola dan mempunyai pattern yang boleh dikesan akar umbinya. Apabila kita tidak menyokong sesuatu pihak maka dia adalah kafir.Seolah-olah seperti khawarij bunyinya yang mengkafirkan umat Islam yang menyokong Ali dan mereka yang berada di sebelah Muawiyyah. Malah, lebih dekat seruannya pula dengan amanat Haji Hadi.

Apabila digunakan istilah ini, tentulah secara psikologinya mahasiswa Muslim tidak mahu dianggap kafir ataupun kurang Islam, lantas menyokong mereka yang pandai memutarbelitkan istilah ini. Siapa yang mahu dianggap menentang Islam iaitu seolah-olah meletakkan diri setaraf dengan Abu Jahal dan Abu Lahab?

Oleh itu, yang menjadi suatu kelucuan, di manakah kita hendak letakkan Kee Kok Joo yang berada di pihak pro-Islam? Tetapi, malang sekali, di manakah kita hendak letakkan Dahri Zakaria yang dikatakan menyokong mahasiswa yang melawan pro-Islam?

Mungkin Wan Nordin Wan Yacob, Haris Alimudin ataupun Dr. Shafie Abu Bakar, “tokoh ulung pendidikan negara” boleh menjawab adakah Kee Kok Joo lebih Islam dari Dahri Zakaria.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih istilah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: