Antara Palestin dan Isu Semasa: Di Manakah Kita Semua?

Isu sejagat yang kembali dibangkitkan adalah isu Palestin. Sejak 1948,apabila negara Haram Yahudi ditubuhkan, peperangan demi peperangan telah berlaku. Kepulangan semula orang Yahudi ke Al Quds adalah petanda bahawa dunia semakin dan berakhir.

Memetik ayat Al Quran dari surah Al Isra’, 4 sehingga 5 yang bermaksud:

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

Maka, benarlah bahawa janji dari Allah akan datang bahawa satu hari nanti, akan dimusnahkan orang Yahudi di Bumi Palestin buat kali kedua setelah mereka kembali ke Palestin. Dalam pada kembalinya mereka kepada tanah yang dijanjikan tersebut, kerosakan dan kemusnahan telah dilakukan. Kesombongan dan ketakburan mereka menyebabkan mereka tidak segan silu menceroboh kedaulatan Lubnan dan Palestin semata-mata untuk membalas dendam ke atas penculikan 3 askar Yahudi di mana seorang oleh HAMAS, manakala dua orang lagi oleh Hezbollah.

Tatkala, ramai yang leka dengan Piala Dunia, Yahudi telah menjaringkan gol mereka di seluruh bumi Palestin. Sehingga hari ini, kematian masih berlaku di kedua-kedua belah pihak.Nyawa pihak Palestin seolah-olah tidak bernilai. Hanya kerana 3 orang tenteranya diculik, maka Yahudi mula menggila. Maka, benarlah di dalam Al Quran bahawa apabila sampai masanya, mereka akan mula melakukan kerosakan di atas muka bumi dengan angkuh dan sombong.

Namun begitu, apakah yang harus dilakukan oleh umat apabila berhadapan dengan situasi sedemikian? Benar, memorandum dan demonstrasi boleh menunjukkan rasa solidariti ataupun kesatuan. Ada yang berasa bahawa cukup sekadar mempunyai semangat jihad ataupun perihatin, untuk membebaskan bumi Palestin. Lebih pesimis lagi, mungkin menunggu sahaja Imam Mahdi untuk turun.

Tetapi, golongan yang asyik bermemorandum ini seringkali lupa bahawa semangat sahaja tidak cukup. Bersemangat lebih baik dari tiada semangat. Perihatin lebih baik dari tiada perihatin.

Belajar ilmu agama adalah baik tetapi tidak cukup untuk berhadapan dengan Yahudi. Itu sebabnya Salahuddin Al Ayubi bukan sahaja mementingkan sembahyang malam tetapi mementingkan teknologi. Lihat sahaja jentera yang digunakan dalam menawan AL Quds seperti yang digambarkan dalam cerita Kingdom of Heavens. Bedilan bertalu-talu oleh manjanik dan sebagainya menunjukkan bahawa Salahuddin tidak hanya mengharapkan keajaiban tetapi juga senjata yang cukup.

Inilah yang cuba dibawa oleh YAB Perdana Menteri dan juga Tun. Islam Hadhari yang dicerca dan dihina oleh sebahagian pihak sebagai punca rasuah dan pelbagai salah silap masyarakat, merupakan pendekatan yang sama oleh Salahuddin dan juga Muhammad Al Fatih. Muhammad Al Fatih tidak mengharapkan tenteranya boleh melintas selat Bosphorus dengan sakti untuk berjalan di atas air. Tetapi, mencipta rantai besi yang direntas dari hujung selat ke seberangnya untuk membawa kapal hampir ke kubu lawan. Begitulah caranya orang dahulu berjuang.

Jika itu dianggap canggih, maka ingatlah sirah Nabi itu sendiri. Nabi mengajak sahabatnya berjuang dan berperang dengan pedang, bukannya dengan menggunakan tentera jin ataupun rijalul ghaib ataupun mukjizat. Perang Badar, Uhud dan Khandaq adalah bukti. Parit yang terbina sempena Perang Khandaq adalah usaha Nabi dengan menggunakan teknologi Parsi bagi mempertahankan Madinatul Munawwarah.

Berdemonstrasi dan bermemorandum adalah cara mudah untuk menarik perhatian. Bertangkap gambar keterlaluan dengan selendang untuk menunjuk-nunjuk pun merupakan suatu usaha. Tetapi, melakukan kerja sebenar tidak semudah itu. Kerja sebenar itulah yang dilakukan oleh golongan yang disebut “barua dan didoakan kehancuran” yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Pak Lah. Inilah suatu perkara yang gagal dilakukan oleh sesetengah pihak yang berasa dirinya alim tetapi gagal memerintah negeri sendiri.

Jika tidak kerana usaha pemimpin-pemimpin ini(semoga mereka dicucuri rahmat!), mungkin kita setakat belajar pondok dan kemudiannya menjual tom yam di negara jiran, kerana tidak merdeka dan tidak mengenal apakah itu Universiti!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: