Batu Talam Menyaksikan Komitmen Rakyat Terhadap BN Kekal!

Kemenangan BN dengan selesa di Batu Talam menandakan bahawa keadaan yang agak selesa untuk perikatan pelbagai parti tersebut. Untuk tahun 2007, ia merupakan permulaan yang baik untuk BN. Namun, keadaan yang berbeza untuk pembangkang, tiada arah tuju yang konklusif yang dapat disimpulkan walhal pilihanraya umum makin dekat dari hari ke hari.

paklah

-Pembangkang tidak berjaya mencalarkan rekod cemerlang Kerajaan BN di bawah kepimpinan Pak Lah-

Pembangkang lesu setelah kealahan PAS di Terengganu dan juga pembebasan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim cuba muncul sebagai hero purba tetapi rakyat sudah melihat bahawa dia tidak lagi relevan dengan politik masakini. Hanya Harakah dan suara-suara parti pembangkang lain cuba menonjolkan suaranya tetapi nampaknya tidak berjaya. Suara Anwar lebih lemah jika dibandingkan dengan suara Dato’ Fadzil. Malahan, suara Tuan Guru Nik Aziz pun tidak ada apa-apa lagi seolah-olah tenat sebagaimana negeri Kelantan itu sendiri.

Pembangkang sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sendiri. PAS yang kononnya parti Islam sepatutnya bersifat sebagaimana Islam itu sendiri. Islam berdiri di atas kekuatan diri sendiri bukannya menumpang di atas kelemahan orang lain. PAS berjaya mendapat lebih dari 20 kerusi parlimen pada pilihanraya umum 1999 atas perpecahan UMNO dan kelemahan Barisan Nasional. Bukannya atas kelebihan manifesto ataupun kepercayaan rakyat terhadap PAS.

PAS sebenarnya bersifat tidak lebih daripada anjing pemakan bangkai. Apabila ada bangkai barulah menyalak-nyalak kenyang sambil mengerumuni bangkai. Begitulah kiranya, jika ada perpecahan di dalam UMNO ataupun musibah ke atas parti Melayu tersebut. Itulah sebabnya, jika ada sedikit sahaja khabar angin tentang bergesernya pemimpin besar di dalam parti Melayu tersebut, maka bersorak-sorailah orang-orang yang mengaku partainya sebagai partai Islam tersebut.

Benarlah kata-kata  Allahyarham Syed Hussein Al  Attas, bahawa masyarakat menolak PAS bukannya tidak mempercayai negara Islam yang menjadi slogan bagi PAS tetapi masyarakat menolak PAS akan sebab sifat-sifat yang ada pada pemimpin PAS. PAS bukannya alternatif yang baik di atas UMNO. Dan ini merupakan dalil yang kuat untuk mengekalkan UMNO dan BN sebagai kuasa politik di Malaysia.

JIka kita lihat pilihanraya Batu Talam sendiri menunjukkan bahawa PAS tidak mampu untuk melihat hakikat sebenar politik negara ini. Mereka seumpama seekor musang yang mengatakan anggur itu masam hanya kerana mereka tidak mampu mencapai anggur tersebut di dahan yang tinggi. Mereka tahu bahawa mereka dan juga kuncu-kuncu mereka tidak mempunyai kekuatan di DUN tersebut. Lantas, mereka kononnya memboikot pilihanraya kecil tersebut.

Kita tidak dapat mengandaikan apakah jikalau DUN Batu Talam itu di Kedah, Kelantan ataupun Terengganu, maka gabungan pembangkang tersebut akan bertindak memboikot pilihanraya kecil tersebut? Penulis berasa tentu sekali tidak. Mereka tentu akan bertanding. Demokrasi tidak mati tetapi akalbudi mereka yang mati.Sudah tidak pandai menari, dikatakan lantai tidak rata. Begitulah kelentong dan temberang parti pembangkang.

DUN Batu Talam merupakan saksi kepada rakyat Malaysia bahawa BN kekal komited kepada demokrasi. Manakala, pembangkang sebenarnya lebih berminat untuk mendapatkan habuan mereka masing-masing dan dengki kepada kestabilan dan kekuatan yang dimiliki oleh Barisan Nasional. Rakyat seharusnya terus yakin kepada pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk memastikan keamanan negara dan juga iklim ekonomi negara yang stabil terus kekal di sepanjang dekad awal 2000. Dunia sedang bergolak tetapi Malaysia harus terus aman di bawah pimpinan yang ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: