Benarkah mahasiswa PAS (PMIUM) pro-keadilan dan telus? ? II

6 Jul 2004

Golongan pro-ABIM pernah mengalami zaman kemuncak di era 90-an. Mereka di’back up’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan orang nombor dua negara ketika itu. Kejayaan Dato’ Seri Anwar mencapai tangga setinggi itu dianggap sebagai satu kejayaan oleh mereka yang berideologikan Ikhwanul Muslimin walaupun pemikiran Dato’ Seri Anwar sudah diselaputi oleh pelbagai unsur luar. Lihatlah sahaja contoh pemikiran Khalid Jaafar yang berbaur dengan falsafah Plato dan Socrates. Bagi jemaah Islam yang lebih “rigid” seperti JIM, ini merupakan satu korupsi kepada doktrin Ikhwanul Muslimin yang asal. Sangkaan ini semakin kuat di kalangan simpatisan pro-PAS dengan kerjasama beliau dengan “puak nasionalis” memukul PAS.
anwar_ibrahim
-Anwar Ibrahim adalah manusia yang paling banyak menyusahkan mahasiswa PAS di kampus sewaktu masih berada di dalam UMNO. Dosanya dilupakan setelah DSAI menjadi penggerak Gerakan Reformasi. Sekarang, peranannya dilupakan umpama ubat yang sudah luput tarikhnya oleh mahasiswa PAS zaman Haniff Baderun-
 
Terdapat sebilangan pihak yang seolah-olah meletakkan zaman ketika Dato’ Seri Anwar memegang kuasa tersebut seperti zaman Nabi Isa memerintah dunia di akhir zaman. Tiada kezaliman, tiada penindasan dan semuanya sempurna. Namun, bagi mahasiswa pro-PAS keadaan ini adalah 180 darjah berbeza.
 
Dato’ Seri Anwar adalah tokoh gerakan mahasiswa terulung yang tidak dapat dinafikan lagi. Malahan, jika ada yang cuba memadamkan jejak beliau dalam sejarah gerakan mahasiswa, maka itu adalah perbuatan yang keji dan terkutuk. Tetapi, fakta adalah fakta, dan janganlah kerana beliau diangkat menjadi idola ataupun “berhala” oleh sesetengah pihak, maka kita melupakan ketidak telusan yang pernah beliau lakukan.
 
Dengan mengingati kesalahan orang yang terdahulu, diharapkan mereka yang memuja semangat baik “bro.” Anwar tidak akan mengulangi kesalahannya. Dosa Anwar masih tersimpan dalam memori mereka yang pernah berperang di sebelah sana sewaktu Anwar masih berkuasa. Buktinya, tanyalah Ust. Idris Ahmad, Timbalan Ketua Pemuda PAS akan keperitan beliau berhadapan dengan golongan Anwariyyun di kampus.
 
Kes Kerinchi Link kemuncaknya berlaku pada akhir zaman Ustaz Abu Zaki Ismail menjadi Presiden PMIUM pada tahun 1996. Dipetik bahawa ia adalah manifestasi kepada kefahaman gerakan mahasiswa mempertahankan tanah masjid dan juga Universiti Malaya dari kerakusan kaum kapitalis. Namun, mereka yang mengangkat peristiwa itu terlupa bahawa orang yang membenarkan projek itu berjalan pun tidak lain dan tidak bukan ialah Dato’ Seri Anwar sendiri. Rujuklah kepada Harakah ketika zaman isu itu masih hangat dan lihatlah siapa yang dipersalahkan melalui pendedahan edisi siasat Harakah yang selalunya menggemparkan.
 
Secara lojiknya pun,masakan seorang yang berada di no. 2 tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Universiti tempat beliau mengukir nama dari dicerobohi? Maka, ketika itu, nama Anwar tercemar di kalangan gerakan mahasiswa “progresif” kerana bersetongkol dengan kaum kapitalis tersebut. Mereka yang memegang tampuk MPP ketika itu yang pro-Anwar menganggap bahawa tindakan mahasiswa “progresif” berdemonstrasi itu tidak bijak dan kurang matang. Inilah tanggapan mereka yang menjadi cebikan kepada mahasiswa progresif.
 
Kesan dari hasil kebijaksanaan Dato’ Seri Anwar membenarkan projek itu berjalan, maka sukarlah pelajar UM mengadakan tunjuk perasaan masa kini. Natijah yang baik jika beliau ditakdirkan menjadi PM sebaik sahaja selepas Kerinci Link siap beroperasi.
 
Sewaktu Ustaz Anwar Ridhwan Zakaria menjadi Presiden PMI pada tahun berikutnya, masyarakat digemparkan dengan Demonstrasi anti pasukan Kriket Israel. Sekali lagi, Dato’ Seri Anwar terbungkam (membungkamkan?) suaranya. Media-media yang menjadi proksi kepadanya mengggambarkan kejahatan gerakan mahasiswa ketika itu. Sedangkan, pernah suatu ketika, hanyalah kerana sebiji oren dari negara haram Yahudi itu terlepas ke salah satu supermarket di Ampang, mahasiswa “progresif” pada tahun 70-an ini berdemonstrasi di Kuala Lumpur membantah akan hadirnya sebiji oren yang ditanam di Israel.
 
Begitu berbezanya sikap Dato’ Seri Anwar sewaktu menjadi marhain dan sewaktu memegang kuasa. Bermandilah demonstrator-demonstrator dengan simbahan air asid dan juga simbahan kutukan media-media yang dikepalai proksi Anwar terutamanya TV3 dan Berita Harian. Terima kasih Anwar, barangkali ucapan sinis Pak Amjal dalam hati kecilnya pada waktu itu.
 
Tidak termasuk perbuatan kroni-kroni intelek Anwar di UIA yang banyak menyusahkan pergerakan “mahasiswa Islamis dan progresif”. WUFI ditekan hebat oleh pentadbiran yang mana rektornya pun rakan dan kroni intelektual paling rapat Anwar. Hanya selepas Anwar dipecat, barulah WUFI dapat hidup seperti mana PMI di tempat lain sehingga berjaya menguasai politik kampus pada saat ini. Ini terjadi setelah pihak PKPIM di sana seolah-olah buntu dan hilang kejantanannya. Malahan, tidak mustahil PKPIM di UIA akan mengulangi kesilapan abang mereka di Universiti Malaya dan akan menjadi dinasour. Mereka hanya menunggu masa untuk pupus jika mereka tidak bangkit dari tidur mereka.
 
Mungkin Dato’ Seri Anwar melakukan kesilapan itu di luar sedar tanpa menyedarinya ataupun menganggap ia adalah yang terbaik untuk mereka yang di bawah tanggungan pentadbirannya. Walaupun begitu, ia boleh dianggap oleh mereka yang berpegang teguh akan aspirasi gerakan mahasiswa sebagai satu pengkhianatan yang besar terhadap apa yang dipegang oleh mahasiswa progresif tahun 70-an.
 
Leluconnya, ada yang lebih sudu dari kuah. Siapakah mereka ini jika dibandingkan dengan Dato’ Seri Anwar yang setakuk lagi untuk menjadi orang no. 1 negara.  Kita digemparkan pula dengan tindakan penyokong IPU di UKM menghalau pimpinan TSB dari berkempen di sebuah kolej kediaman. Alasannya ialah mereka berkempen pada pukul 2 pagi dan berbuat bising serta menggangu ketenteraman awam. Jika yang menghalau ini pihak penyelia kolej dan yang terhalau ini puak-puak IPU maka tentulah tersebar berita di sana-sini penyelia dan HEP tidak adil dan tidak demokratik kerana menghalang proses demokrasi. Tetapi, apakah kuasa yang ada bagi pimpinan kolej untuk menghalau pimpinan TSB dari berkunjung?
 
Begitu ramai orang datang ke kolej, kenapa hanya pimpinan TSB yang menjadi mangsa? Ini adalah kerana kuasa di tangan mereka. Mereka berhak menghalang proses demokrasi apabila mereka di atas. Tetapi, apabila mereka kecundang, hebohlah orang lain tidak adil dan tidak demokratik. Walhal merekalah yang lebih ganas dalam mengongkong mahasiswa dari mendengar penjelasan pihak di balik sana.
 
Soal risalah haram, maka definisikanlah risalah haram tersebut. Semua pihak di UKM pun tahu siapakah pakar risalah haram. Bolehkah pihak IPU menjamin bahawa semua risalah mereka halal belaka? Ataupun haram bagi TSB tetapi halal bagi IPU. Jika pihak IPU yang berkempen dari bilik ke bilik, menyusun strategi haram melalui mesyuarat-mesyuarat bawah tanahnya yang tentunya mengangggu mahasiswa “progresif” dari kalangan bawahan untuk mentelaah pelajaran, maka itu adalah halal dan tidak perlu dihalau oleh pimpinan kolej. Tetapi, jika pihak lawan yang lakukannya, maka hambatlah mereka keluar. Soalannya, di manakah keadilan?
 
Di sini, kita dapat melihat bahawa mereka yang idealis dengan falsafah keadilan biasanya hanyut dengan kuasa secara luar sedar. Mengungkit dosa-dosa Anwar bukanlah bertujuan menambah beban beliau yang semakin kusut tetapi hanya sebagai pengajaran untuk mereka yang belajar dari sejarah dan daripada orang yang terdahulu. Kita berharap mereka akan bangkit dari tidur mereka, dan mengoreksi kesalahan leluhur mereka yang lalu. Padamkanlah kesalahan mereka demi generasi masa depan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: