Benarkah TNC USM Umpama Si Mabuk Todi Pemukul Isteri?

17 Disember 2004

AUKU merupakan suatu undang-undang yang telah dibentangkan dan diluluskan oleh pihak parlimen sejak tahun 1970-an. Kita boleh mempersoalkan undang-undang dengan bijak, dengan cara membincangkan adakah undang-undang itu wajar diperkenalkan, percanggahannya dengan undang-undang yang lain yang sedia ada, ataupun perlaksanaan undang-undang tersebut.

Tetapi, adalah malang sekali, apabila yang dipertikaikan ialah “kelulusan” orang yang menggubal undang-undang tersebut. Haruslah diingat, bahawa undang-undang digubal dan diluluskan oleh parlimen. Parlimen dianggotai oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Wakil-wakil oleh rakyat tidak memerlukan syarat akademik seperti lulus pengajian undang-undang dan sebagainya untuk melayakkan diri sebagai wakil rakyat.

Apabila dipertikai akan hal kriteria wakil rakyat, maka ia menunjukkan kejahilan orang yang mempertikai akan kriteria wakil rakyat tersebut. Mengaji undang-undang bukanlah pra syarat untuk membolehkan seseorang menjadi wakil rakyat. Jika ini dijadikan syarat, maka pada tahun 1957-1980, PAS tidak perlu bertanding kerana yang menjadi Perdana Menteri adalah lulusan undang seperti Tunku Abdul Rahman, Tun ABdul Razak, dan juga Tun hussein Onn.

AUKU digubal ketika zaman Tun Abdul Razak yang juga seorang lawyer yang bertauliah. Maka, disedari bahawa AUKU diluluskan oleh Parlimen yang berketuakan seorang yang faqih dan arif dalam perundangan. Lebih malang sekali, orang yang mempertikaikan perkara tersebut bukanlah seorang lulusan undang-undang pun, malahan seorang pelajar yang “sangat cemerlang” pencapaian akademiknya dalam bidang komunikasi dan pernah gagal universiti.

Maka, tidak layak bagi seorang yang jahil dalam sesuatu bidang mengeluarkan kata-kata menghina orang yang lebih arif dalam bidang itu. AUKU diluluskan di zaman ketika PM kita seorang lawyer dan bukannya seorang yang tidak berpelajaran ataupun seorang yang gagal (pernah gagal?) dalam pelajaran.

Apatah lagi, jika seorang yang masih dalam sesuatu bidang, menghina orang lain sebagai jahil dalam etika dalam bidang tersebut. Dalam mana, seseorang itu juga melaporkan berita yang tidak sahih seperti Idealis menang 19 dan aspirasi menang 18. Ini merupakan pengkhianatan kepada etika kewartawanan dengan cara yang jijik dan memualkan. Amat keji lagi jika seseorang itu bertopengkan “kebenaran”. Jika etika kewartawanan sejak zaman Imam Bukhari dan Imam Muslim ini iaitu memastikan berita tersebut sebagai sahih gagal dipatuhi, usah bicara tentang hebatnya seseorang itu dalam mematuhi etika kewartawanan.

Oleh kerana AUKU digubal oleh orang yang berlatarbelakangkan cerdik undang-undang, maka ia sesahih etika dibenarkan memukul isteri yang nusyuz. Walaupun mengikut lojik akal, kasihan akan isteri yang nusyuz untuk dipukul, tetapi hukum tetap hukum. Tiada belas kasihan. Cumanya, jarang sekali ada yang dipukul, sekadar cubitan manja dan kadang-kala herdikan. Tetapi, tidak wajar hukum nusyuz ini dibuang terus kerana isteri yang baik, tidak akan takut akan hukum nusyuz kerana memang terbukti beliau adalah isteri yang baik. Cuma, isteri yang curang dan suka main kayu tiga sahaja yang melawan hukum nusyuz.

AUKU digubal dengan niat yang baik tatkala universiti dan mahasiswa menjadi kacau. Maka, satu undang-undang yang mampu mengawal anak muda dari bersifat liar dan ganas seperti melakukan demonstrasi, rampasan kuasa di universiti dan rusuhan adalah perlu. Maka, perlu dikawal si isteri yang suka mengenyit mata kepada jantan yang lain ini. Jangan kerana ditegur, maka dituduh pula si suami sebagai si mabuk todi. Beginilah nasib pentadbir universiti yang mahu menjalankan undang-undang yang ada. Undang-undang digubal untuk kebaikan semua, dan jika ada yang menentangnya, maka nilaikanlah diri sendiri, adakah kita bersifat seperti si isteri yang curang ataupun si isteri yang baik.

Dalam Islam sendiri pun ada cara untuk menegur ibu bapa. Jangan berkata Uff ataupun aahh! Maka, jika benar dan jujur sesetengah pihak memanggil dan menganggap pentadbir universiti sebagai ayahanda dan bonda, maka aplikasikan juga ayat al Quran itu kepada mereka. Jangan diherdik dan dimalukan mereka walaupun adakala perbuatan mereka tidak cocok dengan ugama. Nilaikan semula, jika ibu bapa kita yang “menaja maksiat” di rumah, adakah kita akan tampalkan flyers di surau dan masjid untuk amar ma’ruf nahi mungkar?

Jika mereka mulai marah, maka sudah menjadi hak bagi mereka untuk mengambil tindakan. Tepuk dada tanya iman, siapa yang salah dan siapa yang benar. Si anak yang menampal flyers kerana tak setuju dengan “maksiat” di rumah ataupun si bapa yang menangan-nangankan si anak tersebut kerana biadap?

Orang yang mempunyai akal budi sudah tentu tahu jawapannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: