Berakhirnya Minggu Haluansiswa, Hanif Baderun dan Tun

8 Julai 2006

Minggu Haluansiswa sudah berakhir di kampus-kampus. Pelbagai ragam dan kerenah samada dari mahasiswa yang baru mendaftar dan juga AJK Minggu Haluansiswa/Orientasi(dan macam-macam nama lagi) boleh kita lihat. Sebagai orang lama dalam kampus, penulis merasakan waktu haluansiswa ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk menentukan haluan kepada mahasiswa supaya mereka dapat mendepani cabaran untuk alam fana(yakni alam kampus) ataupun untuk jangka masa panjang(yakni di alam realiti pekerjaan dan masyarakat).

Hakikatnya, minggu haluansiswa/orientasi sedikit sebanyak mengelirukan pelajar apatah lagi jika salah informasi dari senior-senior. Oleh itu, wujudlah pelbagai persepsi di kalangan pelajar. Budaya takut, budaya paksa dan budaya “otak tidak berkembang” yang menyerap dalam minda mahasiswa.

Berbeza dengan senior mahasiswa luar negara(pembantu pelajar/mahasiswa dan sebagainya), haluansiswa adalah untuk pendaftaran dan mengenali kampus dan suasana masyarakat sekeliling. Sesuatu perkara dilakukan amat jelas tujuannya. Tiada unsur mengambil kesempatan ke atas kejahilan mahasiswa baru mendaftar.Tiada budaya takut senior, budaya tengking menengking dan buat apa yang kita buat kerana kita takut.Itulah sebabnya universiti di United Kingdom, Australia dan sebagainya terus menerima pelajar luar yang cemerlang, gemilang dan terbilang secara-cara berbondong.

Budaya bobrok inilah yang menyerap dalam mentaliti mahasiswa(senior)kita. Jika disuruh meredah hujan, maka meredahlah hujan si mahasiswa baru. Walaupun baju yang dipakai itu, berhari-hari wajib dipakai. Budaya minda kritis masih jauh lagi. Penulis yakin modal insan yang dicanangkan oleh YAB Perdana Menteri kita yang tercinta tidak akan tercapai. Jangan kita marah, kenapa mahasiswa tempatan tidak perform ataupun cemerlang, kerana sejak dari hari awal lagi mereka diajar untuk melakukan perkara tidak berdasarkan otak tetapi berdasarkan taat membabi buta. Walaupun akhirnya, mudaratlah yang bakal menimpa ke atas mahasiswa. Sakit demam boleh menimpa kerana gagal menghadiri kuliah pertama atas asbab berendam air hujan.

Oleh itu, penulis berharap KPT boleh memantau perkara ini, dan pihak HEP bolehlah melakukan perkara sepatutnya. Sekali lagi diulang, jangan salahkan mahasiswa kerana incompetent in communication and thinking skill, sedangkan perkara merencat perkembangan minda mereka diterap sejak mula-mula mereka menjejakkan kaki di universiti.

Atas perkara inilah kita melihat tiada idea baru dalam gerakan mahasiswa. Tradisi mengikut perbuatan senior yang bangang, tongong dan bodoh terus menjadi ikutan. Jika di tahun 1998 dan 1999, perbuatan tongong mereka menyokong Anwar kerana secara tiba-tiba UMNO berkrisis atas isu beliau, maka kali ini, mereka mengulangi kebangangan mereka dengan “bersama” Tun mengkritik Pak Lah.

Ketidak konsisten ini(dulu anti Tun, sekarang mengampu Tun)adalah kerana mereka tidak berminda kritis. Minda mereka tidak dapat melihat dunia secara global dan menyeluruh. Mereka lebih ributkan tentang Tun dari pedulikan nasib serangan ganas negara Yahudi ke atas Palestin baru-baru ini. Sepatutnya, jika mereka benar-benar Persatuan Islam, maka mereka sepatutnya terus menulis, bermemorandum, bersalaman dan bertangkap gambar dengan senyuman mesra(dengan Duta Palestin, bukan dengan Tun)untuk menggambarkan sokongan mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin. Tetapi, setakat ini, tiada apa yang dilakukan.

Mereka sebenarnya tidak berminat dengan orang Islam. Tetapi, mereka hanya berminat dengan Parti Islam sahaja. Task yang diberikan oleh Parti Islam ini kepada Hanif, Nazree Yunus dan konco-konco mereka adalah untuk meracuni pemikiran mahasiswa lama dan baru. Mereka mahu kampus menjadi milik mereka tahun ini. Tahun 2006, adalah tahun menawan kampus.

Bagi PAS, dengan kembalinya sokongan mahasiswa kepada mereka, maka ini akan memudahkan mereka mengawal kepimpinan mahasiswa. Pemimpin MPP universiti yang mereka kawal akan mengeluarkan statement terbuka menyokong PAS. Tenaga buruh murah yang terdiri dari kalangan mahasiswa akan digunakan bagi menampal poster, merisik, menjaga pos parti dan pelbagai lagi. Tentera tanpa upah ini perlu direkrut dengan cepat bagi memudahkan PAS mengekalkan kuasa mereka di Kelantan dan mencabar pemerintah yang ada. Mereka akan sanggup berbohong kepada ibu bapa mereka semata-mata untuk memenuhi tuntutan jamaah.

Tugas ini tidak sukar jika mahasiswa tidak kritis dan berbudaya mengikut. Jika mereka berbudaya kritis, mereka akan mampu bertanya apakah PMI boleh buat jika mereka memerintah semula? Apakah mahasiswa akan dijaga kebajikan mereka ataupun digula-gulakan dengan isu-isu luar?

Jika isu-isu luar menjadi gula-gula PMI sewaktu mereka memerintah, maka samalah PMI dengan komunis. Rakyat dikhayalkan dengan ancaman-ancaman dari luar. Ancaman dan keburukan kapitalis. Tetapi, rakyat tidak makan dan hidup pun kais pagi makan pagi. Kebajikan pelajar adalah hal kedua, yang penting setiap hari adalah tulisan mereka di ruangan kolumnis samada di Berita Harian, Utusan ataupun yang lebih tinggi meritnya iaitu di Harakah.Bibir mereka akan encebik apabila ada masalah pelajar, kerana isu itu tidak menjadi penting dalam penilaian Jabatan Pembangunan Pelajar PAS Pusat.

Bagi Hanif dan Nazree Yunus, mereka berangan-angan untuk duduk semeja dan sebangku dengan Husam, Salahuddin, dan Idris sewaktu majlis-majlis pembangkang dan muktamar mereka setelah mereka berjaya menawan semula kampus-kampus . Mahasiswa harus memastikan mereka gagal menjaringkan gol untuk pilihanraya kampus kali ini. Mereka ini telah menjual roh mereka kepada PAS untuk harga yang sangat murah.

Oleh itu, mahasiswa baru sekalian, janganlah terpedaya dengan mereka. Berkawan dan bersahabatlah dengan mereka tetapi jangan termakan dengan umpanan mereka. Masa depan anda amat bernilai untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat, negara dan ugama.

Akhir kalam, dengan itu, selamat menempuh alam kampus bagi mahasiswa baru dan selamat sukses dalam pelajaran!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: