Bila Chairman Rifauddin Hendak Membantah Campurtangan Timbalan Ketua Pemuda PAS?

idrisahmad2

-Timbalan Ketua Pemuda PAS bertekad untuk mengalahkan Aspirasi yang berjaya menyekat proses indoktrinasi PAS di dalam Kampus. Keneutralan SMM dinafikan dengan bisunya Chairman Rifauddin akan campurtangan Idris dalam hal ehwal politik mahasiswa-

Sungguh garang benar Rifauddin Wahab, Chairman SMM melalak apabila kononnya buku-buku dengan tajuk Isu Semasa dikatakan disebar secara meluas sempena Minggu Haluansiswa. Maka, marah sebenar SMM adalah kerana buku itu memperjelaskan isu semasa dan memberi amaran kepada mahasiswa baru akan betapa bercambahnya pertubuhan haram di universiti-universiti.

Buku Isu Semasa memang tidak patut disebar. Kerana ia bukannya buku yang sah. Tiada kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Dalam Negeri ataupun Kementerian Luar Negeri. Malahan, tiada cop dari HEP. Memang benar, SMM harus marah kerana ia melanggar peraturan.

Namun, kemarahan SMM dan juak-juaknya bukanlah kerana ianya bercop ataupun tidak. Tetapi, kerana ia membongkar kejahatan SMM sejak dari mula. Lebih menjakikan lagi Rifauddin, Haniff dan Nazree adalah ia memperjelaskan isu negara terus kepada mahasiswa dan sampai di tangan mereka secara massa. Ratusan ribu mahasiswa mendapat informasi secara langsung. Mungkin mereka mendengarnya di TV, tetapi kali ini, mereka dapat membacanya dan menyimpannya sekurang-kurangnya sehingga tamat minggu haluansiswa.

Penulis tidak menyokong modus operandi penyebaran booklet tersebut. Tetapi, penulis menyokong 100% isu yang dibawa oleh booklet tersebut. Seperti yang selalu dikatakan oleh orang tua-tua, “Jangan dilihat pada siapa yang bercakap, tetapi lihatlah akan apa yang diperkatakan”. Maka, sepatutnya, kita patut lihat apa yang diperkatakan oleh buku Isu Semasa yang sangat dijakikan oleh SMM dan kuncu-kuncunya.

Chairman Rifauddin mengatakan bahawa kampus perlu ada kebebasan bersuara. Maka, kita lihat dengan jelas bahawa Chairman Rifauddin sudah berlagak seperti Chairman Mao Tse Tung, Pengerusi Partai Komunis China. Chairman Rifauddin amat dengki jika ada buku-buku yang tidak sefaham dengannya tersebar. Sepatutnya, beliau menggalakkan buku-buku tersebut tersebar dan mengajak agar mahasiswa membuka minda dan berdebat supaya tidak terpengaruh dengan dakyah buku-buku tersebut.

Cara komunis memang tidak mahu orang lain membaca buku yang tidak sefaham dengannya dan mengatakan bahawa ia adalah serangan pemikiran ataupun ghazwatul fikr musuh-musuh Komunis. Dengan itu, golongan komunis tidak akan tahu tentang second opinion dan mereka terus terperangkap dalam kerangka minda yang sama. Jika SMM di pihak yang benar, maka sepatutnya mereka memperjelaskan kesalahan fakta di dalam buku itu.

SMM adalah seharam Parti Komunis Malaya. Noktah. Chairmannya yakni Rifauddin Wahab sama sahaja dengan tarafnya dengan Chairman PKM. Noktah. Kerana kedua-duanya adalah pertubuhan haram mughalazah dari sudut ROC. SMM adalah pertubuhan yang haram dan chairmannya adalah orang yang boleh didakwa kerana mengetuai pertubuhan haram.

Oleh kerana haramnnya SMM, maka UMANY dan GMMUPM juga berstatus haram. Maka, jika ada tindakan dari Universiti ia adalah halal. Saya mencadangkan agar mereka ini jika ditangkap oleh pihak keselamatan universiti, maka serahkan sahaja mereka ke polis. AUKU tidak perlu kata mereka. Maka, biarkan mereka berhadapan dengan akta jenayah kerana menganggotai pertubuhan haram.Noktah. Mereka lupa kerana AUKU, mereka masih boleh berkeliaran.

GMMUPM tiada hak “membantu” mahasiswa baru kerana ia adalah kendalian HEP. Hanya mereka yang diberikan lesen sahaja dari HEP boleh membantu mahasiswa. Jika begitu, PMI jangan marah jika pertubuhan mubaligh kristian datang membantu mahasiswa kita di kampus atas alasan hendak membantu. Saya yakin Haniff dan Nazree akan membantah, cuma Chairman Rifauddin sahaja yang akan membentak jika pihak HEP menghalang. Kerana Chairman Rifauddin tidak berminat bertangkap gambar dengan mufti. Begitulah bijaksananya HEP, yang telah menutup lubang sejak awal lagi bagi menjaga maslahah ummah.

Chairman Rifauddin sangat benci dengan UMNO. Kononnya UMNO masuk campur dalam hal ehwal kampus. Tetapi ingat, bukan pemimpin UMNO yang ikut bertamrin secara fizikal dengan mahasiswa. Yang selalu bertamrin dengan mahasiswa adalah pemimpin PAS. Nama pemimpin UMNO yang kononnya rajin bertamrin dengan mahasiswa cumalah Dr Muhammad Hussein. Mungkin beliau bertaraf Naib Presiden UMNO barangkali sehingga meracau Chairman Rifauddin dibuatnya akan campurtangan UMNO di kampus.

Tetapi, Chairman Pertubuhan Haram itu lupa, bahawa di dalam website mahasiswa pembangkang dan di Idealis Mahsiswa sendiri telah terbit Perutusan dari Timbalan Ketua Pemuda PAS sendiri. Siapa yang nekad masuk campur akan hal ehwal mahasiswa? PAS atau UMNO?

Ketua Pemuda UMNO dan Naibnya, tidak pernah mengeluarkan perutusan terhadap mahasiswa. Dato’ Mustapha Mohamed juga menafikan campurtangannya terhadap mahasiswa. Mereka mahu mahasiswa belajar dan memperaiki diri.Tetapi, jelas Idris Ahmad, Timbalan Ketua Pemuda PAS telah masuk campur akan hal politik kampus!

Soalnya, siapa yang biadap? PAS ataupun UMNO?

Ataupun Chairman Rifauddin sudah benar-benar menghayati lagak Chairman-chairman Partai Komunis? UMNO di seberang laut nampak, PAS di tepi bulu mata buat-buat tak nampak….!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: