Di Bawah Runtuhan Rumah Jemaah dan Dalang Kekalahan PMIUM!

Beberapa minggu yang lalu, penulis sempat bersama dengan seorang pegawai HEP Universiti Malaya. Kami dalam perjalanan keluar daripada PJ Gate menuju ke seksyen 14. Dalam perjalanan tersebut, ditunjukkan sebuah rumah di sebelah rumah puak-puak ABIM sebelum roundabout yang dikenali sebagai Rumah Conchita. Namun, bukan Conchita yang menarik perhatian saya tetapi rumah di sebelahnya yang dikenali sebagai rumah jemaah PMI menurut pegawai HEP berkenaan.

Rumah tersebut sangat usang sekali,tidak bercat dan lalang melitupi landskap rumah tersebut. Sekali-sekala teringat saya dengan siri Jejak Rasul tentang peninggalan kaum Aad, Thamud atau penduduk Madyan
Begitu juga dengan bekas rumah jemaah tersebut, seolah-olah pernah penduduknya ditimpa bala dari rupa bentuknya. Ketika Universiti Malaya bertambah indah, bekas rumah pimpinan PMIUM itu terus uzur tidak terurus melambangkan sebenarnya suasana nazak PMI di UM.
Namun, siapa yang harus dipersalahkan atas keuzuran(samada syarie atau pun tidak?) PMI? PMI tahun ini bersandiwara lagi. Alasan PMI seantero negara kalah ialah demokrasi sudah mati. Benarkah demokrasi sudah mati? Ataupun PMI hanya mereplikasi rumah jemaah lamanya yang hampir dengan PJ Gate itu? Jikalau dinisbahkan demokrasi sudah mati, demokrasi sudah lama mati dalam PMI semenjak puak-puak ABIM dihalau dari PMI semenjak tahun 1983 lagi di bawah konspirasi Ustaz Muhd Hussein.

Dari saat itu, tidak ada pertandingan. Hanya nama-nama terpilih yang dipilih sahaja yang disebut dan kemudiannya pencalonan ditutup. Jika pertandingan dalam PMI dibuka, sudah lama Presiden PMI bergantian di kalangan orang ABIM, Tabligh, JIM mahupun kaki funfair.Maka, tiada gunanya air mata PMI terbit dari kelopak mata mereka mengusung keranda demokrasi. Hanya air mata buaya sahaja yang mengalir. Penuh hipokrasi dan kepura-puraan. Jikalau benar-benar hendak melaksanakan demokrasi, lakukan di belakang rumah anda dahulu.

Demokrasi di alam realiti benar-benar terlaksana di Universiti Malaya. Buktinya, Akademi Pengajian Islam diwakili oleh PMI/PAS pada pilihanraya kampus tahun ini.Ini merupakan saksi kepada demokrasinya pilihanraya yang ada. Tetapi, tidak ada manusia PMI yang hendak menghebahkan perkara ini. Menunjukkan bahawa ada suatu yang tidak kena. Inilah siasah PMI. Biar pandai membohong, biar pandai temberang, tetapi jangan sampai, hai pecah tembelang.

Maka, untuk apakah keranda demokrasi diusung dan bunga ditabur oleh anak gadis PMI? Kadang-kadang saya keliru samada yang menabur bunga itu seorang biarawati Kristian bertudung labuh ataupun seorang pengikut PMI kerana istiadat itu biasanya hanya orang Kristian sahaja yang melakukannya. Namun, begitulah politik PMI, semuanya halal belaka apabila untuk menarik perhatian ramai. Hakikatnya, ia adalah suatu tipu helah untuk menutup bangkai gajah semata-mata.

Punca kekalahan PMI bukanlah kerana demokrasi itu sudah mati. Tetapi, adalah kerana usangnya PMI sebagaimana bekas rumah jemaah tadi. Hanif Baderun telah melakukan langkah sumbang dengan menjadi jurucakap SMM dan Gamis, dua proksi PAS di kampus-kampus. Dia telah meranapkan harapan mahasiswa untuk melihat PMI sebagai badan agama untuk menjaga akidah dan juga kepentingan umat, bukannya menjadi alat kepada PAS melalui pensyarah-pensyarah mereka yang berkepentingan dan berjawatan dalam Dewan Ulamak dan Pemuda PAS. PMI tidak berminat dengan akidah, jika tidak, mereka tidak perlu meniru cara orang Kristian menabur bunga yang berlawanan dengan ajaran tauhid dari segi syarak.

Tidak cukup dengan itu, Islam hadhari telah disusupi bukan untuk menunjukkan ketamadunan Islam. PMI telah tercemar dengan tipu helah dan machiavialisme . Namun ia merupakan sejarah, pertubuhan itu telah menjadi klon PMI dibawah “kebijaksanaan” Hanif Baderun. Akhirnya, PMI dan Kelab Islam Hadhari menjadi badut di bawah insan bernama Hanif Baderun. Tetapi, pihak PMI tidak dapat menganalisa punca kekalahan tersebut kerana laman-laman mahasiswa kurang memberikan liputan kepada kemandulan pengganti Ramadhan. Namun, jangan disangka bahawa Hanif dapat mencuci dosa kekalahan PMI tersebut akibat kurangnya liputan tersebut.

PMI masih lagi lemah dan lesu. Namun, seperti orang tua yang mati pucuk tetapi terhegeh-hegeh hendak beristerikan anak dara, PMI tetap hendak bertarung di medan pilihanraya. Itulah keputusan Hanif Baderun di zaman beliau menjadi Amir PMI. Apabila kalah, dia mengambil sama keputusan dengan bapanya di luar yakni Hadi Awang, yang salah bukannya PAS tetapi pilihanraya. Seperti mereka yang tak pandai menari tetapi menyalahkan lantai yang tidak rata.Akhirnya, dikatakan demokrasi yang telah mati walhal pucuk mereka yang telah mati.

Tidak perlu diusung keranda itu wahai Hanif Baderun. Kerana yang patut diusung ialah anda sendiri di dalam keranda tersebut. Jikalau seseorang itu bermaruah, maka kesalahan itu harus dipikul dan patut diakui sebagai anak jantan. Menyalahkan orang ialah budaya masyarakat tidak Hadhari. Maka, letaklah jawatan anda jika benar-benar anda berasa diri anda demokratik walaupun anda dipilih bukannya dengan cara tersebut. Itulah budaya yang takut dibawa oleh PAS dan seterusnya takut diamalkan oleh PMI. Berani buat, berani tanggung!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: