Helah Farish Dijemput Menulis Untuk PAS Setelah Beliau Dituduh Menghina Rasulullah

Thu, 29 Apr 2004


PAS sebagai sebuah parti politik memerlukan sokongan daripada rakyat untuk membentuk kerajaan. Tanpa sokongan rakyat, penyertaan PAS dalam pilihanraya akan menjadi sia-sia. Oleh itu, setiap kali sahaja selepas pilihanraya, kita dapat mendengar aktiviti-aktiviti muhasabah dan post-mortem yang dilakukan oleh sahabat-sahabat kita yang menjadi petugas PAS. Harapan mereka adalah supaya di masa akan datang, sebarang kesilapan yang pernah mereka lakukan semasa PRU tidak akan berulang.

Kekalahan adalah satu perkara yang biasa bagi PAS. PAS hanya merasai sinar kemenangan apabila timbul isu pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Selepas kejayaan PAS menguasai dua negeri, Kelantan dan Terengganu, PAS telah lupa akan kekalahan yang sering dialaminya sebelum ini, dan mula bermimpi indah untuk menggantikan UMNO.
hadimb
Hadi Awang masih meracau akan kekalahannya di Terengganu. Beliau terpaksa mengucapkan selamat tinggal atas kerusi empuknya sebagai antara MB yang paling pendek umur di Malaysia-

Apabila mimpi indah ini berubah menjadi igauan buruk dengan hilangnya Terengganu dan kerusi-kerusi emas PAS di Selangor, Perak, dan Kedah, PAS mula meracau. Pimpinan parti ini tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah kalah. Sebagai parti yang berhasrat untuk memerintah, kekalahan ini sepatutnya dikaji dengan rasional dan bukannya dengan cara-cara kebudak-budakan seperti si anak yang direbut gula-gula dari tangannya.

PAS berhak menyalahkan faktor pengundi hantu, ketidakefisienan SPR dan juga persempadanan semula, tetapi mereka tidak boleh melupakan bahawa kekalahan besar mereka kali ini juga tentunya datang dari diri mereka sendiri. Dengan membuang perasaan syok sendiri, PAS boleh menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dan berupaya menarik sokongan masyarakat terutamanya golongan kelas pertengahan dan juga wanita dengan bersikap matang dan terbuka.

Selepas selama sebulan menyalahkan orang lain sebagai punca kekalahan, PAS “akhirnya” dapat menerima hakikat bahawa parti itu memerlukan ketelusan dalam mencari jawapan sebenar kekalahan mereka. Ini dapat dilihat daripada artikel dalam Malaysiakini.com bertajuk “PAS looks for answers over election defeat” bertarikh 27 April 2004.

Selari dengan keterbukaan PAS ini, penulis sempat juga membaca tulisan Farish A Noor bertajuk “Memikirkan semula pendekatan PAS” yang diterbitkan dalam Harakah edisi cetak bertarikh 16 April. Penulis menyangka bahawa PAS benar-benar telah sedar dari lamunannya dan mula memikirkan strategi menarik semula golongan masyarakat yang mula bosan dengan sikap pemimpin PAS yang umpama “sour grape” tersebut. Salah satunya dengan menjemput Farish menulis di dalam Harakah agar dapat dinilai semula punca-punca kekalahan mereka dari perspektif orang luar.

farish

-Farish A Noor merupakan penulis zaman reformasi yang popular tetapi malap setelah menulis komen yang dianggap menghina Rasulullah SAW.Apakah helah PAS menjemput Farish memberi komen atas kekalahan mereka di Terengganu?-

Farish A Noor adalah seorang reformis tulen tetapi tidak cenderung ke arah PAS atas sebab latar belakang sosiologinya. Namanya naik apabila reformasi bermula. Tulisannya saban kali keluar di Harakah dan juga laman-laman pembangkang menjadikan beliau kontemporari bagi MGG Pillai. Kemunculannya seolah-olah menamatkan kemarau penulis bahasa Inggeris Harakah terutamanya dari kalangan penulis Melayu tatkala PAS memerlukan medium bahasa Inggeris untuk menarik pembaca bukan Melayu.

Fenomena ini sedikit sebanyak membuka ruang bagi Farish untuk berinteraksi dengan pimpinan ulama. Namun begitu, hubungan erat yang sepatutnya melahirkan rasa cinta sebaliknya membibitkan rasa benci. Sikap autoritarian ulama PAS yang menganggap diri mereka suci dan mulia ini membangkitkan rasa meluat Farish yang merupakan seorang intelek muda.
Seorang yang berjaya mendapat phD dalam usia muda, berjaya dalam karier, mempunyai fikiran yang merdeka dan kacak ini tentulah tidak akan tunduk kepada sikap sombong dan ujub ulama-ulama PAS yang kononnya alim serba-serbi tetapi bercakap Inggeris pun tidak tahu.

Manifestasi ini dapat dilihat dalam tulisannya selepas 2 tahun bersama dengan gerakan pembangkang. Namun, kesilapan Farish yang terbesar adalah apabila beliau gagal membezakan sikap ulama dan juga ajaran Islam itu sendiri apabila beliau telah menghina Nabi dengan kata-kata seperti Nabi melakukan hubungan seks (kenapa dia tidak menggunakan perkataan berkahwin yang tentunya lebih sesuai?).
Dengan itu, PAS memperolehi kambing hitam baru, selain Astora Jabat dan juga Syed Akbar Ali. Farish A Noor yang “anti Islam” itu sebenarnya adalah ciptaan PAS sendiri, hasil daripada sikap pimpinan PAS yang gagal berakhlak dengan akhlak Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Untuk sekian lama, Farish digam daripada Harakah. Namanya di”kasta pariah”kan oleh PAS. Tiba-tiba, Farish menulis semula di Harakah. Adakah ini menunjukkan bahawa PAS boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja walaupun dengan syaitan demi kebaikan parti berkenaan?

Hakikatnya, tulisan Farish hanyalah salah-satu permainan PAS kepada ahlinya. Tetapi, permainan ini adalah memualkan bagi mereka yang berada di atas pagar. Mereka mengharapkan bahawa PAS akan lebih telus dan terbuka dan sanggup menerima komen hatta daripada orang seperti Farish. Tulisan Farish di dalam Harakah sudah berapa kali dilembutkan dan dimaniskan kerana Farish tahu siapa pembacanya.

Kenapa Farish dijemput untuk menulis? Kerana beliau adalah kambing hitam terbaik bagi PAS untuk menanamkan kepada ahlinya secara bawah sedar bahawa jika mereka mengkritik pimpinan ulama, maka mereka akan berada satu tahap dengan Farish A Noor, seorang penghina Nabi, barua UMNO (kerana mempengerusikan program Global di TV2 tidak lama dahulu) dan juga seorang sekular. Maka, jangan dikacau dan jangan dikritik pimpinan PAS.

Itulah sebabnya yang dikomen oleh Dato’ Dr Haron Din adalah siapa Farish, yang tentunya menyalahi pesanan bijak pandai, jangan dilihat siapa yang berkata tetapi apa yang diperkatakan.

Jika pimpinan PAS ikhlas, tentulah yang dijemput adalah orang yang tidak ada “rekod buruk” seperti Prof. Hamdan Adnan dan bukannya Farish. Maka, pihak Harakah sengaja memilih Farish untuk menanamkan ketakutan ini kepada ahli PAS.

Ketakutan adalah senjata terbaik bagi mendapatkan sokongan ahli. Tetapi, ketakutan ini tidak akan berkesan untuk meraih sokongan masyarakat yang “tidak faham” yang merupakan pengundi teramai di Malaysia. Dan salah seorang yang “tidak faham” akan punca kekalahan PAS ini adalah Dr Farish A Noor.

One Response to “Helah Farish Dijemput Menulis Untuk PAS Setelah Beliau Dituduh Menghina Rasulullah”

  1. […] di pintu hedonisme dan sosialisme tetapi “kembali” kepada asal seperti Syed Azidi dan Dr Farish A Noor selepas “bersahabat dengan PAS” […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: