Isu Murtad: Haniff Jangan Hangat-Hangat Najis Ayam!

06 Ogos 2006

Penulis ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden GAMIS, Haniff Baderun kerana berani dalam memperjuangan isu murtad. Isu ini sepatutnya dipandang bukan dari sudut politik tetapi mestilah dilihat dari sudut yang lebih sejagat dan global. Walaupun yang memperjuangkannya adalah GAMIS tetapi sebagai pendokong tegar Aspirasi, saya tidak berundur ke belakang dalam isu yang diperjuangkan oleh saudara Haniff.

haniff_baderun

-Selepas melepaskan jawatannya sebagai Presiden GAMIS, adakah Haniff akan terus berjuang memperjuangkan isu murtad? Ataupun Haniff bercita-cita untuk murtad dari memperjuangkan isu ini? Sama-sama kita tunggu!-

Murtad adalah apabila seorang Muslim tidak lagi mahu menjadi Muslim. Dia berubah dari menjadi seorang yang beriman kepada ajaran Allah dan Rasulnya kepada mengkufuri. Menganut ajaran Ayah Pin adalah contoh murtad, begitu juga dengan pengikut Rasul Melayu. Tetapi, yang lebih menggusarkan adalah kes seperti Azlina Jelani yang ingin hidup sebagai Lina Joy.

Penulis inginkan kepastian dari Haniff. Sokongan tetap akan diberikan. Benda baik tidak elok dihalang. Tetapi, mahasiswa wajar ingat bahawa isu murtad bukan pertama kali dimainkan oleh GAMIS. Dahulunya, pencanang terkuatnya ialah Zaharuddin Abdul Rahman yang sekarang menjadi pegawai kanan RHB bahagian Syariah. Jangan sejarah kita lupa, kerana Aspirasi tidak mudah lupa.

Isu murtad telah menaikkan nama Zaharuddin. Rumah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri sewaktu itu yang haram bagi pendokong PAS, menjadi rumah kedua kepada Zaharuddin. Zaharuddin selalu digamit oleh Anwar jika Anwar berkunjung ke Universiti Malaya. Faktor popularnya Zaharuddin kerana beliau membawa isu murtad. Menurut kajian beliau, ramai orang Melayu sudah murtad dan tidak lagi bersembahyang Jumaat.Sebaliknya di gereja, bersembahyang pada hari Ahad.

Tetapi, apabila reformasi menjelang, Zaharuddin tidak lagi memperjuangkan isu murtad. Yang beliau lebih peduli ialah berapa ramai orang UMNO yang murtad dari partinya dan memeluk Partai PAS sebagai akidah barunya. Maka, berceramahlah beliau merata tempat bukan atas isu murtad, tetapi tentang hendakkan melihat UMNO dan Barisan tumbang dan terjelepok. Tiada lagi isu murtad. Hilanglah orang Melayu murtad dari gereja-gereja pada zaman reformasi, yang tinggal di gereja-gereja ketika itu mungkin kuih tart dan tepung kastad, pengganti cerita si murtad.

Buat sekian lama, tiada lagi cerita murtad melainkan setelah heboh cerita Lina Joy dan Ayah Pin. Sekarang umat gempar dengan IFC dan juga penghakiman Lina Joy. Umat sekarang kembali bersatu.

Cumanya, harapan umat adalah Haniff tidak seperti Zaharuddin.Jangan perjuangan ini seperti hangat-hangat najis ayam. Perjuangan membela umat bukan untuk mencari populariti murahan dan gelamour semata-mata. Benar. Isu ini pernah menaikkan Zaharuddin. Dan sebagai ingatan juga, Zaharuddin dilupakan apabila dia tidak lagi menzahirkan agamanya. Yang zahir sekarang ialah RHB Bank. Jika ini sekadar taktik murahan, maka ingat jugalah bahawa azab Allah yang Maha Kaya juga bakal menimpa Haniff jikalau dia culas dan tidak ikhlas.

Umat khawatir jika berlaku pergolakan politik yang menguntungkan PAS maka,isu murtad ini tidak lagi dipedulikan. PAS lebih pedulikan berapa banyak parlimen dan DUN UMNO yang tewas daripada tumpasnya iman seorang mukmin kepada kekufuran dan syirik. Inilah namanya, menang sorak, kampung tergadai. Di saat itu, kita akan melihat apakah Haniff beriltizam dalam perjuangan murtadnya ataupun beliau sendiri murtad dari memperjuangkan isu murtad?

Jikalau Haniff benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah ini, maka tidak perlu Haniff menggunakan GAMIS. GAMIS adalah pertubuhan HARAM yang tidak mungkin dilayani pihak berwajib. Lebih baik Haniff berjuang sebagai individu dari bersama GAMIS yang baunya sudah hamis. Jika Haniff muncul dengan pertubuhan yang sah, bukan sahaja Setiausaha Akhbar Pak Lah yang bakal melayan, tetapi Pak Lah sendiri akan turun mendengar apa yang Haniff hendak sampaikan.

Namun, jikalau Haniff sekadar hendak mengambil peluang bertangkap gambar atas isu murtad, teruskanlah bersama GAMIS yang namanya sudah hamis. Namun, ingatlah apabila kita bakal disoal di akhirat tentang amalan kita, jangan kiranya ia dicampakkan amal tersebut ke muka.

Akhir kalam, selamat berjuang kepada Haniff!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: