Jangan Gelarkan Mereka Mahasiswa Pro-Islam!

28 Aug 2004

Acapkali kita tersalah dalam penjenamaan. Kadangkala, kita boleh keliru dan mengelirukan. Hebatnya mereka dalam penjenamaan, kadangkala sehebat syarikat multinasional pula. Sehebat Nestle yang mengeluarkan Milo dan Maggie Mee. Terlekat pula Milo sebagai minuman coklat dan Maggie sebagai mee segera. Begitulah kesan penjenamaan, hebat dan sungguh mengagumkan, tetapi hakikat dan realiti adalah sungguh berbeza.
 
Begitu juga dengan polemik pro-Islam atau tidak. Sepatutnya, tidak wujud istilah pro-Islam di Malaysia. Kita bukannya di US ataupun di UK. Ada lobi pro Islam atau pro Yahudi ataupun pro Vatican. Kerana yang menguasai kerajaan bukanlah kelompok tersebut, maka timbullah istilah pro agama tertentu khususnya Yahudi ataupun Zionis.
 
Mungkin tergelak berdekah-dekah Yahudi yang lain di Israel jika ada Yahudi Ortodoks yang mendakwa, kamilah pro Yahudi yang cuba mengyahudikan Israel. Israel tak cukup Yahudi kerana masih bermuamalat dengan goyim-goyim. Masih boleh berkompromi dengan Palestin anak cucu kaum Kanaan. Wujudkan gerakan mahasiswa pro-Yahudi di Hebrew Universiti untuk menentang TNC HEP yang taghut dan tak cukup Yahudi!Tetapi, itu tidak berlaku, sedangkan Yahudi di Israel turut membenarkan homoseksualiti dan tidak menjalankan hukum Taurat dan Talmud.
 
Malang sekali, di Malaysia, negara yang dipimpin oleh orang Islam dan pemimpin yang tidak segan silu mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam, wujud golongan yang menggelarkan diri mereka pro-Islam. Soalan masyhur yang patut kita tujukan adalah jika tidak pro-Islam, maka adakah mereka yang tidak bersama itu pro-Kafir? Soalan begini sudah cukup membungkamkan mereka.
hadi
-Haji Hadi telah mengeluarkan Amanat Haji Hadi yang menjadi asas kepada keluarnya label pro-Islam dan pro-Kafir –
Satu rahsia terbuka yang mana mahasiswa dengan branding ini adalah penyokong PAS yang totok. Lihat raut wajah mereka apabila diumumkan PAS kalah di Kuala Berang dengan meningkatnya majoriti yang ada. Lihatlah juga raut wajah mereka apabila dihadapkan dengan ucaptama Haji Hadi di Muktamar PAS dan bandingkan pula jika keluar ucaptama Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung UMNO kelak. Kita tahu bahawa Islam yang dimaksudkan adalah PAS, bukannya Islam yang dibawa oleh Nabi.
 
Islam yang dibawa oleh Nabi menyeru kepada kasih sayang sesama Islam dan berlemah lembut dengan mereka. Bersikap baik dengan golongan bukan Islam yang menyokong dan bersama dengan orang Islam dan bersikap patriotik terhadap watan. Inilah Islam yang sebenar, bukannya Islam yang mengkarutkan usaha agama orang lain dan juga menganggap orang lain sebagai kurang Islam.
 
Kita menyeru kepada media agar tidak melabelkan sesuatu kumpulan sebagai pro-Islam kerana ia membabitkan akidah dan seterusnya mempertikaikan keIslaman orang lain. Panggillah apa pun terhadap diri kamu samada idealis, penyokong keadilan dan kesamarataan, atau apa jua perlabelan sekalipun tapi jangan labelkan diri anda sebagai pro-Islam.
 
Yang paling baik, bersikap jujur kepada pengundi, namakan sahaja sebagai pro-PAS, mudah cerita dan senang kerja Harakah dalam kempen pilihanraya kampus akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: