Kestabilan Atau Huru-Hara Mana Pilihan Kita?

Negara Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang aman dan damai. Walaupun boleh dikatakan ia tidak aman juga dari kelemahan tetapi ia merupakan contoh sebuah negara yang membangun pesat samada dari segi ekonomi dan teknologi. Malaysia unik disebabkan oleh bukan sahaja ia sebagai sebuah negara Islam tetapi juga mempunyai bilangan rakyat secara signifikan secara jumlahnya sebagai orang yang tidak Islam.
Lebih kurang 55% sahaja rakyat Malaysia yang berugama Islam. Ini tidak termasuk lagi dari segi etnik, yang mana di kalangan penganut Islam tersebut pun bukanlah 100% orang Melayu. Terdapat orang India Islam, Arab Islam ataupun bangsa-bangsa lain yang menganut Islam. Tetapi, negara ini terus aman dan harmoni tidak seperti negara lain yang walaupun sama agama tetapi berlainan bangsa terus bergolak seperti Iraq ataupun sama bahasa dan bangsa tetapi berlainan agama seperti bekas Yugoslavia.
Kelebihan yang ada ini menjadikan negara Malaysia dikagumi oleh negara-negara yang menghadapi masalah dari segi perkauman dan juga sentiasa kacau bilau akibat agama dan juga bangsa. Malahan, bekas penjajah British juga menjangkakan perang antara kaum boleh tercetus bila-bila masa selepas memberi kemerdekaan kepada Malaya yang kemudiannya menjadi Malaysia. Namun, syukur kepada Tuhan, perkara ini tidak berlaku dan hanya dicemari oleh peristiwa 13 Mei 1969 dan tidak merebak seperti Perang Bosnia.
Namun, kedamaian inilah yang membuatkan sesetengah pihak lali dan mati akal untuk menghasut rakyat agar tidak lagi menyokong pihak mereka. Pelbagai aparatus digunakan untuk memastikan lensa kamera dunia tertumpu ke negara kita untuk memprojeksikan negara kita sebagai kacau. Negara kita bukannya Kenya ataupun Pakistan. Tetapi, hati nurani mereka berdoa agar itulah yang terjadi di Malaysia.
Mereka tidak suka melihat rakyat negara kita aman di hujung minggu. Mereka lebih suka darah rakyat kita tumpah di jalanan semata-mata untuk  membolehkan mereka ditemu ramah di Al Jazeera, CNN ataupun BBC. Setidak-tidaknya pun, jika mereka dapat muncul di Jaya TV ataupun Makkal di Rangkaian Maharaja Astro pun tidak apa. Ada yang begitu berbangga ditemuramah oleh Al Jazeera, kononnya merekalah penyokong orang India yang setia, padahal orang yang sama memandang rendah kepada keturunan India sewaktu usahanya menjatuhkan mantan Perdana Menteri.

peralatwanita

Keikhlasan dan kejujuran muslimah untuk memperjuangkan Islam diambil kesempatan semata-mata kepentingan politik mereka. Walaupun telah melakukan kesalahan, pihak polis tetap hormat dan berlemah lembut dalam melayan muslimah ini atas prinsip Islam yang syumul.

Begitu jugalah, dengan usaha sesetengah pihak yang  hendak mengatakan bahawa pilihanraya Malaysia tidak telus. Mereka mendakwa beribu-ribu bersama mereka. Benar, tetapi yang mengikuti mereka itu tidak sampai 1% daripada ahli parti tersebut. Ia tidak menerima respons yang diharapkan kerana isu yang diperjuangkan bukanlah perkara yang melibatkan hati nurani rakyat.
Malang sekali, bagi protagonis ini, cuma 100 orang manusia sahaja yang berminat. Ini menunjukkan rakyat tidak berminat dengan huru-hara dan kacau-bilau. Rakyat tidak percaya dengan usaha ini dan lebih berminat dengan usaha kerajaan dalam mengawal inflasi dan kenaikan harga barang daripada lolongan dan raungan pembangkang laksana anjing menyalak bukit, anjing hilang suara, bukit tidak bergerak jua.
Pembangkang sebenarnya mengharapkan keajaiban berlaku untuk membantu mereka. Namun, janji-janji yang tidak munasabah yang ditawarkan hanya akan menyerlahkan kepincangan pemikiran mereka. Turunlah ke bawah untuk mendengar suara hati rakyat, bukannya hanya menjengah muka di AL Jazeera dan seumpama dengannya laksana dewa-dewa yang hanya bermain di kayangan yang hanya mencemar duli bila dirasakan perlu sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: