Komplot Menjatuhkan Hassan Syukri sebagai Timbalan Presiden PAS:Mungkinkah Beliau Dituduh Peliwat?

Thu, 22 Apr 2004

Senator Ustaz Hassan Syukri yang saya kenali adalah seorang tokoh besar dalam PAS yang telah menyumbang bakti kepada parti sejak dari awal lagi. Beliau terkenal sebagai pemimpin tertinggi PAS yang murah dengan senyuman, bersifat kebapaan dan juga soft spoken.Malahan, menurut sahabat penulis yang merupakan seorang mahasiswa di IPTA berdekatan, Ustaz Hassan Syukri merupakan wajah biasa di markaz PAS Taman Melewar dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja.
hassan-syukri

-Ustaz Hassan Shukri, bekas Timbalan Presiden PAS. Sekarang jawatan tersebut dipegang oleh Nasharuddin Mat Isa-

Beliau seolah-olah menjadi wakil dan suara hati bagi ustaz dan lebai yang menjadi tunjang PAS sejak dari zaman awal penubuhannya. Dengan karakter ini, tidak sukar untuk membayangkan bahawa, beliau mewakili suatu blok yang paling berkuasa dalam PAS sebelum pilihanraya 1999.

Golongan lebai inilah yang hidup mati mereka bersama dengan PAS sewaktu golongan lain bergentayangan di sekeliling Dato’ Seri Anwar Ibrahim, merebut laba dalam bentuk ceramah perdana dan imej popular di kaca TV dan siaran radio.


Namun, di sebalik imej lembut dan periang ini, Ustaz Hassan Syukri adalah seorang pejuang dan strategis yang tidak dinafikan kehebatannya. Sepak terajang politik dalam PAS adalah mainan beliau. Dengan percaturan ini, beliau masuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS walaupun “suara popular” PAS yang menguasai media internet dan media cetak lebih gemar menonjolkan golongan ulama progresif dan professional untuk menguasai kepimpinan PAS. Bagi mereka, PAS perlu dipimpin oleh professional, untuk memastikan PAS boleh bergerak dengan lebih jauh dan tidak lagi dimomokkan dengan imej Parti Lebai Kampung.

Tetapi, Ustaz Hassan Syukri tidak khuatir dengan taktik golongan ini. Beliau tetap dengan hasratnya meskipun berhadapan dengan cabaran getir ini. Akhirnya, “penjaga” Taman Melewar ini menang bergaya bagi merebut kerusi Timbalan Presiden. Ini merupakan isyarat bahawa golongan lebai di dalam PAS masih merupakan blok yang berkuasa dan memberi petanda kepada golongan professional supaya tidak rakus dengan jawatan dalam PAS.

Sebelum menjadi Timbalan Presiden PAS lagi, hubungan antara Ustaz Hassan Syukri dan markaz PAS Taman Melewar tidak dapat dipisahkan. Taman Melewar adalah PAS dan PAS adalah Taman Melewar. Dengan itu, secara mantiknya, Ustaz Hassan Syukri adalah PAS itu sendiri.

Oleh itu, wujud blok lain yang cuba membina markaz alternatif bagi Taman Melewar untuk melenyapkan sebahagian daripada powerhouse pengaruh Ustaz Hassan Syukri. Terbengkalainya KOMPAS merupakan salah satu kegagalan bagi pihak yang anti kepada Ustaz Hassan Syukri untuk merubah simbol PAS kepada suatu yang dianggap lebih canggih dan anggun sesuai dengan perubahan zaman. Bagi mereka, Taman Melewar adalah simbol kepada PAS yang dinasour dan ketinggalan zaman.

Kerakusan golongan ini terserlah apabila nama Ustaz Hassan Syukri seolah-olah diblackout daripada media. Tidak seperti rakan sejawatnya dalam UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Ustaz Hassan Syukri terpinggir dari sebarang publisiti dalam Harakah. Malahan, nama-nama mereka yang tidak berkaitan dengan PAS seperti Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid,dan juga Ketua Wanita JIM, Dr. Siti Harlina Siraj lebih popular dari Timbalan Presiden PAS. Seolah-olah wujud sentimen balas dendam oleh faksi-faksi tertentu di dalam PAS terutamanya dalam Lajnah Penerangan dan Dakwah.

Malang sekali bagi Ustaz Hassan Syukri, konspirasi menyingkirkan kepimpinan suara marhaen ini tidak terhenti. Sebagai pemimpin senior dalam PAS, beliau tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya ke-11 baru-baru ini, walaupun pihak PAS menjangkakan bahawa mereka mampu menang besar. Jika PAS menang besar, di manakah kedudukan Ustaz Hassan Syukri dalam kepimpinan PAS apabila dia hanya menjawat jawatan senator yang tidak membawa banyak signifikan.

Jika PAS juga sekompleks UMNO, tentunya bentuk konspirasi ini akan menjadi lebih canggih dan sofistikated. Tidak mustahil Ustaz Hassan Syukri akan berdepan dengan bermacam tipu helah ala mission impossible dalam PAS pada masa akan datang.

Persoalannya, mampukah Ustaz Hassan Syukri menjadi seorang yang terbilang walaupun terbuang dalam grand design ini jika dia dituduh kelak sebagai peliwat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: