Makbulkah solat hajat PAS ?

Date: Sunday, June 27 @ 09:00:00 MYT

Perjuangan menegakkan kalamullah di atas muka bumi merupakan suatu usaha yang suci dan diberkati oleh Allah. Ganjaran pahala bagi mereka yang melakukan amal soleh adalah pasti. Untuk pengorbanan ini, sudah tentu, mereka yang mati dalam perjuangan khususnya dalam jihad menentang musuh Islam akan mendapat syahid daripada Allah SWT.

Pergelutan ini bukan sahaja terhad di zaman para nabi, malahan kontinuitinya adalah sehingga gunung berhamburan seperti kelkatu di malam hari.

pas

-Hak milik untuk memperjuangkan Islam bukanlah hakmilik PAS secara eksluklusif, tetapi semua orang Islam yang bershahadah dan bersolat-

Hak milik untuk memperjuangkan kalimah Tuhan, membanteras kemungkaran dan menegakkan keadilan bukanlah copyright segelintir pihak malahan semua mukminin, kerana semua mukminin mendambakan balasan syurga.

Dalam perjuangan, senjata yang paling utuh bagi seseorang mukmin adalah doa. Doa yang mustajab adalah doa orang yang dizalimi, pemerintah yang adil dan doa orang yang soleh. Doa golongan ini tiada hijabnya antara yang meminta dan Pengkabulnya.

Dengan memahami hakikat ini, PAS menganggap bahawa perjuangannya menepati ciri-ciri perjuangan para anbiya’ sejak mehnah kekufuran yang berlaku sejak dari zaman Nabi Nuh A.S. yang mana di zaman itu penolakan seruan tauhid bermula. Matlamat menubuhkan negara Islam yang sempurna merupakan justifikasi kepada perjuangan PAS dan menidakkan usaha Islamisasi partai pemerintah yang didakwa hanyalah sebagai topengan semata-mata.

Dalam usaha menghadapi pihak pemerintah, segala usaha telah dilakukan oleh PAS bagi menangani kekuatan lawan yang datang dari pelbagai sumber. Dengan menganggap bahawa lawan mereka ini sebagai golongan takabbur atau mustakbirin maka, ia memberi cek kosong kepada PAS bahawa mereka adalah golongan yang tertindas dan dizalimi. Maka, mereka merasakan bahawa merekalah yang layak digelar kaum mustadh’affin ataupun golongan yang daif.

Dengan memakai jubah si mustadh’affin ini, maka PAS merasakan bahawa merekalah golongan yang tertindas dan teraniaya dengan tipu helah ataupun makar pihak pemerintah yang disamatarafkan dengan kerajaan Namrud dan Fir’aun. Ketika ini, hanya kempen dan ceramah yang mampu dilakukan untuk melawan kekuatan jentera lawan yang taghut dan hanya doa sajalah senjata “kaum yang daif” ini.

Bagi mendapatkan kemenangan yang tidak disangka-sangka,bantuan dari langit yang dicari-cari. Salah satu cara yang diharapkan untuk mempercepatkan kemenangan itu di samping menggerunkan pihak mustakbirin ini ialah dengan mengadakan sembahyang hajat besar-besaran. Dengan adanya “mass gathering”, diharapkan, berkumpullah doa-doa orang yang ditindas yang bakal diaminkan oleh para malaikat yang menaungi majlis tersebut.Di samping itu, majlis sedemikian dijangka akan menimbulkan rasa takjub pihak lawan yang “zalim” agar menunggu azab yang bakal menimpa mereka.

Namun, sehingga saat ini, tidak terkabul lagi permintaan mereka. Adakah azab itu direzab ke yaumul akhir ataupun ia memang tidak akan terkabul langsung? Tertanya-tanya mereka yang berhajat, bilakah akan muncul kemenangan di pihak yang haq dan juga bilakah akan timbulnya kesusahan di pihak antagonis yang kufur, zalim dan takabbur ini?

Muhasabah sepatutnya dilakukan untuk menilai amalan kita. Apabila suatu kereta tidak berfungsi, maka mekanik akan memeriksa adakah baterinya sempurna dan sebagainya. Begitu jugalah peranan ulamak, apabila sesuatu yang berkaitan dengan amalan itu tidak menjadi, maka sepatutnya diperiksa dahulu salah silapnya.

Pernahkah ulamak PAS memeriksa dalam kitab-kitab sirah, kitab-kitab hadith dan juga kitab-kitab fekah ulamak zaman silam akan perihal wujudnya solat hajat beramai-ramai ini? Jika perkara ini adalah sebahagian dari syariat Nabi akhir zaman, nescaya Rasulullah dan para sahabatlah yang memulakannya dahulu. Nescaya dalam perang Badar, Rasulullah dan sahabat ajmain akan bersolat ramai-ramai di Madinah sebelum bertolak ke medan perang. Tetapi, Rasulullah hanya berdoa ringkas agar Allah SWT memenangkan kaum mukmin dalam perang ini dan jika tidak, nescaya tiadalah lagi ada manusia yang akan menyembahNya.

Ulamak-ulamak PAS tentu pernah mendengar hadith yang sering dibacakan dalam khutbah Jumaat, “Kullu bid’atin dholalah, kullu dholalatin fin Naar”. Maka, tidakkah punca tidak kesampaian hajat mereka adalah kerana amalan mereka yang tertolak?Perbuatan mereka tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW,malahan, Imam Syafi’i pun tidak pernah bersolat hajat beramai-ramai apabila timbul tribulasi di zamannya apabila beliau ditangkap oleh Khalifah Harun Ar-Rashid.

Dari segi hukum fekah, amalan ini sudah nyata tertolak, belum dikira lagi dari sudut tasauf. Bagaimanakah amalan kita akan diterima jika niat kita adalah untuk menunjuk-nunjuk ataupun ada sifat kibr dalam hati?

Selagi mana amalan kita, jauh panggang dari api dari cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah ketika berjuang, maka jauhlah bau kemenangan dari kita walapun ia amat dekat sekali. Barangkali juga, hakikat yang sebenarnya, orang yang berdoa itu bukanlah orang yang dizalimi apatah lagi orang yang soleh, ataupun yang diminta agar dikenakan malapetaka itu bukanlah Imam yang zalim tetapi sebaliknya.

 

2 Responses to “Makbulkah solat hajat PAS ?”

  1. Assalamualaikum…daripada mengharapkan Pak Lah yang isterinya berbogelkan kepala dan memurahkan tangan menyentuh lelaki lain, baiklah aku solat hajat ngan Tuan Guru Nik Aziz yang aku nampak jelas isterinya menutup aurat….ye tak?lu pikir la sendiri….

  2. Assalamualaikum Quranic..

    Sedare kena paham,klu psl bogel ke telanjang ke tak tutup aurat,semua org tau tu dosa..tp bid’ah,dibuat atas nama agama, & org terus menrus nak buat…mcm hang nk solat hajat dgn Nik aziz..xke bid’ah…Setan ni hidup dr zaman nabi adam..teknik nk sesatkan org pun canggih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: