PAS Cuak Calon Tajaannya Yang Menang Di UIA dan UPSI Digelar Pro-Pembangkang

Berserabut Tuan-tuan mereka di luar untuk melindungi anak buah mereka di dalam kampus. Tuan mereka sedar yang masyarakat benci terhadap PAS. Mereka tidak mahu mahasiswa di kampus dalam keadaan kekal menolak anak buah mereka samalah seperti mereka ditolak dalam PRU 11 dan juga pilihanraya kecil Kuala Berang yang lepas.

pmium1

PMIUM tumpas di Universiti Malaya, tetapi mereka yang sefikrah dengan mereka di UIA dan UPSI beberapa tahun yang lalu berjaya memenangi pilihanraya kampus dengan meracuni pemikiran mahasiswa

Mereka juga cuba menunjukkan bahawa merekalah bapa demokratik kampus yang tidak pernah walaupun sepantas Gaban menukarkan bajunya (lebih kurang 0.05 saat) mencampuri hal ehwal politik kampus sepanjang hayat mereka.

Padahal sejak Anwar masuk ke dalam UMNO, semua wira-wira alam Mahasiswa tahu yang PAS telah tidak percaya kepada sesiapapun dan merekrut sendiri kader-kader mereka sejak tahun 1983.

Kini, hanya tinggal UIA dan UPSI. Nyatalah, berkocak lemak-lemak perut mereka ketakutan memikirkan nasib anak-anak buah mereka. Cubaan longlai mereka adalah rayuan untuk membuang istilah mahasiswa establishment dan mahasiswa anti-establishment.

Tong sampahkan sahaja istilah pro-pembangkang dan pro-aspirasi. Kita serupa, kita serupa..seolah-olah itulah arahan baru dari Dewan Pemuda PAS Pusat kepada anak-anak buah mereka untuk dinyanyikan di dua kampus tersebut.

Jika benar tiada pro-pembangkang dan pro-aspirasi, apa muslihatnya PAS campur tangan dan terhegeh-hegeh memuatkan “berita ketidakadilan” di kampus-kampus di dalam Harakah. Ini adalah masalah dalaman yang sepatutnya bukan hal PAS untuk masuk campur jika mereka bukan anak didik PAS.

Jika benar wujud “ketidakadilan” (dan andaikan kita bersetuju dengan hal itu), barangkali MPP tersebut telah menyeleweng, tidak mematuhi dasar Universiti dan melakukan perkara-perkara yang dianggap tidak wajar dilakukan oleh mahasiswa yang mungkin besar kepala apabila memegang jawatan MPP.

Itu menjadi tanggungjawab HEP untuk membetulkan mahasiswa sebelum masuk ke dalam alam pekerjaan yang rumit serta penuh cabaran. Juga sudah menjadi tanggungjawab Universiti untuk memastikan graduan mereka mendapat pekerjaan sesudah bergraduasi. Itulah caranya Universiti untuk menolong anak Melayu yang kebaikannya kita tidak dapat lihat secepat mee maggie dimasak.

Oleh itu, sepatutnya, tindakan HEP yang “tidak adil” itu wajar diberikan ucapan tahniah daripada Dewan Pemuda PAS melalui lidah parti itu yakni Harakah. Kalungan bunga dan kad ucapan tahniah patut diberikan oleh mereka secara peribadi sebagai tanda terima kasih kepada pihak HEP amnya dan Naib Canselor khususnya. Tidakkah PAS mahu melihat graduan yang dihasilkan bermutu tinggi, tidak menganggur dan berdaya saing?

Namun, sampai hari ini, kita tidak dapat melihat satu ucapan tahniah pun dari Harakah terutamanya kepada mahasiswa kampus yang lain seperti UM, UKM, UPM, UITM, UUM, UMS, UNIMAS,dan UTM. Siapakah sebenarnya yang bertanggungajwab melabel itu dan ini? Jangan mengata paku serpih, tetapi dia pula yang lebih. Oleh itu, bagaimanakah orang tidak mahu melabel yang UIA dan UPSI itu bukan pro-pembangkang?

Kononnya lagi, pemimpin mahasiswa UIA adalah pemimpin perjuangan mahasiswa yang sebenar. Jika benar, manakah perjuangan yang didulukan oleh Muhtar Suhaili, PTPTN ataupun ISA? Tentu sekali, ISA. Persetankan PTPTN kerana ia bukan isu yang boleh membantu beliau untuk menjadi calon PAS seperti Mohd Fadly Ramli. Bukan Haji Hadi yang tengah membayar PTPTN pada saat ini.

Tidak salah untuk mengeluarkan pendapat berbeza dengan kerajaan, tetapi jangan seratus peratus berlawanan dengan kerajaan ataupun apabila pembangkang kalah teruk barulah terkontang-kanting mengeluarkan statement pro-kerajaan.

Padahal, semasa pilihanraya, tidak satu pun statement menyokong kerajaan. Jika di peringkat mahasiswa pun sudah menunjukkan hipokrasi, maka apakan jadi kelak apabila mahasiswa pro-PAS ini menjadi pemimpin.

Yang nyata, PAS semakin cuak dengan gelaran ini kepada mahasiswa tajaannya. Zaman mahasiswa menampalkan stiker bulan pada motorsikal mereka sudah berakhir. Sebagaimana hilangnya bulan ketika saat timbulnya matahari, petanda kegelapan sudah hampir tamat di kampus-kampus seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: