Pelacuran bukan isunya, tetapi Mashitah!

30 Jun 2005

Isu ini lebih hangat dibincangkan minggu lepas. Terdapat pelbagai isu yang belum penulis bincangkan antaranya termasuklah isu Crimean Medical State University, tetapi biarlah kita kupas satu isu dahulu. Ada juga yang menarik seperti kemenangan Masoud Ahmadinejad,seorang bukan ulamak sebagai Presiden Iran. Semuanya berkait,tetapi artikel penulis hari ini mungkin terkait sedikit dengan artikel yang sebelum ini.

Saya kurang meminati Dr.Mashitah Ibrahim. Tidak tahu kenapa, tetapi lebih afdhal saya mendengar ceramahnya dari Ustazah “Cakar Harimau” Bahiyah Mahmud. Ustazah “labah-labah” itu bunyinya lebih retorik dan ada unsur “lakonan” menyebabkan saya kurang meminatinya,sama seperti saya lebih senang mendengar leteran Dr. Fadzilah Kamsah dari bebelan Dr. Hassan Ali.

dr_mashitah1

-Jawaban Dr. Mashitah digunakan sebagai peluru untuk menghentam beliau. Sejak bila beliau menghalalkan pelacuran?Bagaimana dengan hutang PTPTN mahasiswa PMI? Terpaksa atau tidak anda mengambilnya?-

Dr.Mashitah mempunyai pakej,wanita awal 40-an (minta maaf kalau salah Dato’!) yang beragama dan masih menarik.Mungkin kalau tidak disebabkan beliau seorang ustazah, tentu beliau sama hebat juga seperti pemilik Sendayu Tinggi. Dari sebab penampilan dan “aksesori” beliau itu juga, Dr.Mashitah menjadi “easy target”.

Isu timbul bermula dari satu ruangan soal jawab ugama di sebuah akhbar tabloid mainstream. Dikatakan bahawa jika seseorang ibu tunggal dalam keadaan darurat,maka disebabkan situasi tertekan tersebut untuk menyara penghidupan,adalah diizinkan wanita itu menjual diri. Dari situ, sebuah episod perdebatan tercetus.

Pandangan saya tanpa dilihat siapa yang menulis,UMNO,PAS dan sebagainya,jawapan saya jelas. Tidak perlu melacurkan diri. Kerana Malaysia ini sebuah negara yang kaya. Banyak pekerjaan. Di tempat saya,ada juga wanita warga tempatan yang menjadi tukang angkat sampah, pembantu kantin, dan macam-macam lagi kerja yang lekeh tapi halal pendapatannya.

Tidak masuk akal bagi saya, jika sukar sahaja hidup, maka “mengangkang”lah wanita untuk menjamah sesuap nasi. Tetapi, interpretasi Mashitah,apabila situasi sangat buruk, itu yang dimaksudkannya apabila membenarkan si wanita itu menyundalkan diri.

Bukannya,bertujuan untuk mengekalkan Proton perdana yang ditinggalkan arwah suami ataupun kondominium di tengah Kuala Lumpur. Ataupun “terpaksa” untuk kekal makan tengah hari di Friday’s ataupun makan malam di Chilli’s. Itu tidak masuk dalam maksud Dr.Mashitah.

Mula-mulanya, isu ini lebih jujur dan naif. Saya tidak mahu komen kerana biarkan. Sebodoh manapun persoalan, ia berkait dengan wajar atau tidak wanita itu menjual diri kerana terpaksa.

Saya merasa loya apabila persoalan terpaksa ini tiba-tiba bertukar tajuk:

“Mashitah Halalkan Pelacuran”

Saya merasa macam nak muntah. Ketika itu, saya berkata, cukup. Bila masa Mashitah halalkan pelacuran? Inilah wajah buruk yang saya bangkitkan. Tiada keikhlasan dalam membincangkan hal ugama oleh “agamawan”. Asas keikhlasan dan norma masyarakat yang baik tidak ada dalam diri mereka yang menuduh Dr. Mashitah tadi.

Isunya bukan pelacuran tetapi Mashitah. Kerana Mashitah, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Terpaksa seolah-olah disalah erti. Tetapi,dalam gerakan berkenaan,terpaksa boleh menjadi halal.

Jika ditanya kepada puak-puak berkenaan, kenapa kenyataan Mashitah diputar belit, kita “terpaksa” kerana Mashitah adalah pendokong UMNO dan UMNO perlu dijatuhkan kerana “taghut”. Di sini,halal pula ke”terpaksa”an mereka.Ingin juga saya bertanya, berapa ramaikah penyokong PAS yang mengambil riba, termasuklah ahli-ahli PMI di kampus-kampus? Mereka akan menjawab mereka terpaksa!

Sedangkan dosa riba yang paling kecil adalah sama berat dengan perzinaan dengan ibu sendiri.Maka, samakah “terpaksa” yang dijawab oleh Mashitah dan jawapan pelajar-pelajar jurusan agama di universiti-universiti tersebut?

Di sini wujud double standard. Apabila terkena batang hidung sendiri, halal semuanya dan terpaksa belaka.

Tidak termasuk lagi orang PAS yang “terpaksa” mengambil riba untuk membina rumah banglo kedua mereka ataupun kereta mercedes E 240 baru mereka. Tak pa, kami semua “terpaksa”!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: