PMI, GAMIS, Dan SMM: Mana Satu Seperti Tidak Bersunat, Lembab Atau Gila Glamour ?

12 Julai 2006

Tiba-tiba diberitakan Hanif Baderun, bekas Presiden PMI merangkap Presiden GAMIS mula gila glamour. Mungkin dia berangan untuk menjadi lebih famous dari Mawi.Bertangkap gambar dengan Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim sempena Islam Hadhari. Apakah tujuannnya? Adakah untuk umat Islam ataupun untuk memperkuatkan Jemaah Islam? Maka, ketika itulah kita perlu kaji apakah tindakan Hanif Baderun itu ikhlas lilLah ataupun ada “Ilah” yang lebih besar dari Allah yang mengawal tindak tanduknya ini.

Hanif masih PAS dan tetap PAS. Lihat sajalah di laman mahasiswa pembangkang, bagaimana promosi terhadap dirinya dilakukan. Presiden GAMIS bukannya bodoh tetapi tidak cukup bijak.Jika beliau hendak menggambarkan bahawa beliau tidak ekstrim, tetapi beliau tetap bersama dengan golongan yang boleh dilabel ekstrimis. Beliau bukan ekstrim jika beliau bergambar dengan Tun tahun lepas. Beliau bukan ekstrim jika menjemput Tun ke muktamar PMI (yang rasmi bukan yang sirr) baru-baru ini.

“I did it my way”. Mungkin itu yang Hanif nyanyikan seorang diri sewaktu termenung panjang di bilik air.Inilah cara aku untuk popular, inilah cara aku untuk menaikkan jamaah. Inilah cara aku untuk mengelabui mata UMNO. Malah, inilah caranya mungkin jika PAS tidak memberikan jawatan exco di dalam Pemuda PAS, beliau dengan senang hatinya berlari ke dakapan UMNO. Gambar beliau dengan Tun, dengan Datuk Noh dan juga Dr Mashitah, boleh dijadikan pelengkap CV bahawa beliau orang yang jelas.

hanif_mashitah

-Kelemahan Hanif Baderun mudah tergoda dengan publisiti. Dia seronok jika muka dan kenyataannya diterbitkan dalam media massa, tetapi dia gagal dalam organisasinya sendiri. PMIUM dibawah pimpinannya sangat lemah hingga lesu tidak bermaya. Adakah mempopularkan diri di luar semata-mata untuk menutup kelemahan dalaman ?-

Begitulah hakikatnya bagi Presiden GAMIS ini. Dengan ini, beliau boleh mengaburi bahawa GAMIS bukan PAS dan tiada kena mengena dengan PAS. Pak-pak Menteri yang kurang arif dengan Alam Mahasiswa ini akan tertipu dengan Hanif kerana sangkaan bahawa pemimpin mahasiswa memang bersama kerajaan.

Penipuan ini telah lama dilakukan oleh PMI terutamanya di Universiti tiada fakulti pengajian Islam. PMI di UTM, KUiITHO dan pelbagai lagi menggunakan modus operandi ini. Sehinggakan dapat mengaku di hadapan menteri bahawa mereka aspirasi. Padahal, mereka sudah berbai’ah dengan PAS dan bersama dengan PAS merekrut mahasiswa menyokong mereka.

Perkara ini turut terjadi di Universiti Malaya, mereka mendekatkan diri dengan pegawai-pegawai HEP tertentu dan sudah menjadi “orang mereka”. Tetapi akhirnya, mereka bersalin kulit dan menjadi orang-orang kuat PMI dengan memegang jawatan biasa yang hanya sah dipegang oleh mereka yang berbai’ah. Beginilah tipu helah orang-orang PMI.

PMI, GAMIS dan SMM adalah sebenarnya orang yang sama dengan wajah yang berlainan. PMI masih merangkak untuk menjadi PAS, GAMIS sudah menjadi PAS tetapi SMM keliru kerana kepalanya PAS tetapi badannya adakalanya tidak berkhitan. Oleh itu, baunya pun tidak sePAS seperti GAMIS, kadangkala lebih DAP.

Cumanya, pemikirannya masih PAS.Lihat sajalah statement yang dikeluarkan iaitu “SMM MENUNTUT SUPAYA KANDUNGAN SILIBUS SUBJEK HUBUNGAN ETNIK YANG DI AJAR DI SETIAP IPTA DI KAJI SEMULA” . Yang pertama sekali dituntut adalah:

“Sejarah merakamkan bahawa di Malaysia, bangkangan terhadap penubuhan Malaysia disuarakan oleh PAS dan penyokongnya. Mereka lebih berminat gabungan daripada Malaya, Filipina dan Indonesia…” (Sila rujuk Bab 4, mukasurat 44)

PENDIRIAN : SMM melihat bahawa penggunaan istilah bangkangan dalam persembahan fakta di atas mempunyai kecenderungan bias. Baik pihak perikatan atau sebaliknya masing-masing berusaha untuk menubuhkan Malaysia. Tidak adil dalam persembahan sejarah seandainya perselisihan pandangan seumpama ini dilabelkan secara negatif – bangkangan. “

Ini menunjukkan bahawa SMM di bawah Rifauddin adalah sangat garang menyokong PAS. Hakikat sebenar bahawa PAS memang bersama dengan slogan Melayu Raya oleh Sukarno. Rujuk balik kepada sejarah, bahawa Dr Burhanuddin Helmi sememangnya lebih gemar Malaysia dan Indonesia digabungkan. Adakah SMM merasa malu dengan perkara ini? Sedangkan bangkangan tidak semestinya negatif? Ataupun SMM sendiri merasakan memang PAS telah mengkhianati Malaysia sejak dahulu? Jika tidak, elok sahajalah setuju dengan perkataan bangkangan kerana perkataan itu tidak bermakna negatif seperti yang difahami oleh ramai sejarawan.

Namun, kepalanya sahaja yang PAS, tetapi belum tentu badannya.

PERSEMBAHAN FAKTA PALSU BERHUBUNG PENYEBARAN AGAMA – SELAIN ISLAM ADALAH DILARANG OLEH PERLEMBAGAAN

Larangan penyebaran agama selain Islam kepada orang bukan Islam (Artikel II (4), Perlembagaan Persekutuan)
(Sila rujuk Bab 10, mukasurat 85)


PENDIRIAN : SMM menegaskan bahawa pernyataan artikel di atas adalah palsu. Kenyataan SAHIH artikel 11(4) ialah

Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam…”

SMM melihat artikel 11(4) yang SAHIH ini sendiri mesti terlebih dahulu diterjemahkan oleh pengamal undang-undang atau ahli akademik dalam kesarjanaan undang-undang. Penterjemahan ini amat penting demi mengelakkan saling prejudis antara penganut-penganut agama di Malaysia, bukan sekadar di kalangan etnik-etnik semata-mata.

Soalnya, adakah orang-orang PMI yang menjadi petugas SMM berkepalakan seorang Ustaz boleh bertoleransi dengan syirik dan kekufuran? Adakah kerana hendak menjadi hero di kalangan orang bukan Islam, Rifauddin sanggup menjual akidah dengan kesyirikan? Adakah Rifauddin tidak pernah belajar Tauhid dan belajar sejarah Nabi?

Ataupun Rifauddin sudah menjadi ulama’ Bani Israel, menjadi syaitan bisu dalam usia semuda ini? Di manakah orang-orang Tarbiyyah dalam PMI? Mana dia Ustaz Zulkifli Yusof, Ishak Sulaiman dan Zuhdi Marzuki? Apa jadi dengan anak buah kamu semua ini? Ataupun geselan dengan amoi telah menggelapkan nur di hati orang PMI dalam SMM?

Tetapi, biarkanlah orang lain syirik ataupun rosak akidah. UMNO musuh kami, itulah slogan Rifauddin. Islam Hadhari yang bertanggungajwab membawa rasuah, maksiat, kerosakan dalam masyarakat.Biar akidah rosak, asalkan dia undi PAS. Tidak begitu Rifauddin?

PERSEMBAHAN REALITI PALSU BERHUBUNG PEMBANGUNAN ISLAM HADHORI

“…Perlaksanaan Islam Hadhari mempertingkatkan lagi rasa kesedaran di kalangan umat Islam tentang keperluan kepada sikap toleransi yang tinggi dan rasa hormat-meghormati di kalangan masyarakat berbilang agama bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan negara…”

PENDIRIAN : SMM melihat pasca perlaksanaan Islam Hadhori memperlihatkan pelbagai tragedi seperti penyalahgunaan kuasa polis, indeks rahsuah semakin meningkat, gejala sosial semakin meruncing, kredibiliti Menteri-Menteri Kerajaan Malaysia diragui dan budaya beragama semakin tidak harmoni.

SMM berasa satu laporan penilaian berhubung perlaksanaan Islam Hadhori di Malaysia secara transperen mesti dipersembahkan bersama, tidak hanya suatu pernyataan ‘kosong’ yang jauh dari nilai akademik. SMM sangat meragui pernyataan di atas ini.

Mahasiswa semakin mengenali watak-watak yang mengepalai PMI, GAMIS, dan SMM. Namanya berubah dari tahun ke tahun tetapi hipokrasi mereka tetap sama. Nazree (bakal Presiden GAMIS), Hanif Baderun dan Rifauddin Wahab adalah watak-watak ulangan kepada Zaharuddin, Ramadhan, Hisomuddin, Zulkifli Yusof, dan pelbagai lagi. Mereka adalah wajah-wajah berbeza kepada badan yang sama walaupun setiap satu barangkali wajahnya ala-ala komunis dan tidak berkhitan, satu lagi lembab tetapi gila menulis dan satu lagi gila glamor dan suka bertangkap gambar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: