PMIUM bukan agen pembangkang!

Begitulah penafian Lajnah Perhubungan Awam PMIUM. Kita ucapkan terima kasih kepada lajnah atau unit demikian kerana berusaha untuk menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada persatuan yang tersohor di Harakah ini. Infotainmen terkini yang dikeluarkan oleh PRO PMIUM tentang status dan pendirian persatuan ini.
 
Kita tidak peduli jika pendirian PMIUM kebetulan sama dengan PAS. Masalahnya, kalau 10 dari 10 sama dengan kenyataan PAS, maka bolehkah kita berkata ia kebetulan. Adakah ini suratan atau kebetulan? Tidak perlu menggunakan taburan normal,sisihan piawai, varians dan min untuk mendapatkan jawapannya!
pmium
-PMIUM selalu bisu membungkam jika PAS melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi cepat-cepat mengkritik kerajaan dalam sebarang isu-
Saban kali jika ada pandangan kebetulan PMIUM tentang isu-isu negara, ketika itulah Harakah mengeluarkan Statement presiden PMIUM. Kita tidak pernah lihat statement yang sama dari mulut-mulut pimpinan PMIUM yang mengkritik pimpinan PAS. Kita tidak pernah mendengar seruan menyuruh Haji Hadi meletakkan jawatan dari takhta kerana prestasi buruknya dalam pilihanraya lepas. Kita tidak pernah mendengar Exco Lajnah Tarbiyyah yang terkenal warak menegur Dr. Harun Taib mengatakan ulamak boleh berkata kasar padahal ia tiada dalil dari al Quran dan as-Sunnah. Adakah wala’ (ketaatan) membuta tuli PMI menyebabkan mereka tidak berani bersuara kepada “pimpinan” mereka seperti orang Melayu dulukala takut dengan daulat sultan?
 
Bilakah kita akan melihat PMIUM boleh memerdekakan diri mereka dari menjadi agen PAS? Sampai bilakah kita boleh melihat pemimpin PMIUM memuji langkah-langkah baik kerajaan? Adakah kita hanya akan melihat kucing bertanduk dulu barulah ada perubahan dalam pimpinan PMIUM.
 
Kita tidak peduli jika mereka sahaja suka-suka menyokong PAS. Tetapi, kita kesal bahawa PMIUM dipergunakan oleh PAS untuk mengkaderkan mahasiswa UM. Kita kesal PMIUM digunakan untuk memperalatkan mahasiswa untuk menentang kerajaan melalui siri demonstrasi, memorandum dan juga press statement.
 
Bayangkan masa depan ISA7 dari PMIUM seperti Wan Sanusi dan Khairul Amal. Sanggup mereka terus berdegil tidak mengaku salah berdemonstrasi kerana dihasut oleh PAS, padahal mereka diberi pilihan untuk memohon maaf agar dibenarkan meneruskan pengajian. PAS sanggup menghancurkan masa depan dua mahasiswa yang bernilai kepada anak bangsa semata-mata untuk kepentingan politik mereka!
 
Tidak termasuk ramai lagi yang kandas dalam pelajaran semata-mata untuk menjadi agen bagi PAS. Sedangkan pihak kerajaan bersusah-payah memberikan pinjaman, biasiswa, kemudahan dan pelbagai lagi bagi membantu mahasiswa. Mahukah mahasiswa UM menjadi seperti anjing yang terlepas dari sepitan?
 
Pilihan yang ada ialah membebaskan PMIUM dari cengkaman parti pembangkang. Sudah gaharu cendana pula.Terletak kepada mahasiswa untuk merubah suasana kampus kita kepada dari tunggangan agen pembangkang kepada kampus yang bebas dan merdeka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: