Pro Islamkah Mahasiswa ABIM?

Politik gerakan Islam di universiti-universiti di Malaysia merupakan suatu kajian kes yang amat menarik. Perjalanan setiap satunya mempunyai memori sejarah suka dan duka. Masing-masing mempunyai cerita keagungan dan kejatuhan yang menjadi cerita penglipurlara oleh para naqib dan pimpinan jemaah setiap satunya.
 
Terdapat pelbagai gerakan Islam yang mewarnai dunia politik kampus, tetapi tidak ada yang sebegitu colorful melainkan tiga gerakan ini iaitu JIM, ABIM dan PAS. Tetapi, menjelang tahun 90-an, gerakan yang mendominasi peperangan hebat ini adalah ABIM dan PAS. Pengaruh ABIM semakin hebat apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, memberikan satu tekanan kepada pelajar pro-PAS bagi menjalarkan pengaruh mereka di kampus.
logoabim

-Abim sebagai jemaah “pelajar” tertua negara menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi khususnya dari jemaah yang berseteru dengannya seperti PAS dan JIM dalam usaha merebut mad’u dan ahli-

Perang kedua-dua jemaah bermula apabila Anwar bertindak menganggotai UMNO. Kisah kejayaan puak pro-PAS menguasai PMIUM dan menendang keluar puak ABIM yang pro-Anwar merupakan satu legenda yang merubah senario gerakan Islam sehingga hari ini. Andaikata PMI berjaya dikuasai ABIM, sudah tentu ABIM mempunyai platform yang amat kukuh atas nama agama.
 
Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) merupakan gabungan mahasiswa yang bertentangan dengan PMI yang dikuasai oleh PAS. Di sini ABIM, mahasiswa Melayu, Cina dan India bergabung menentang PMI yang diperalatkan oleh PAS. Golongan ABIM dalam BMB boleh dikatakan menjadi skuad elit khas yang boleh menangkis serangan dan menghancurkan pertahanan golongan pro-PAS dan inlah yang digeruni oleh mahasiswa jemaah PAS. Golongan ABIM digambarkan melalui gerak sarafnya sebagai pihak yang warak dan alim tetapi moderat. Inilah karakter yang tidak ada pada pihak pro-PAS yang menganggap sebarang bentuk kerjasama dengan bukan Islam sebagai haram.
 
Kerjasama dengan golongan nasionalis dan juga bukan Islam dijadikan weapon of mass destruction oleh golongan ini. Puak ABIM dipaparkan sanggup menjual agama demi mendapatkan kuasa walaupun dianggap “sudah tahu” oleh puak pro-PAS. Mana tidaknya, sebut sajalah nama Mohd Fakhrulrazi bin Ibrahim dan Sha’ary Bin Mat Din  , mereka ini dari fakulti Akademi Pengajian Islam yang terkenal sebagai imam dan ustaz oleh jemaah mereka terutamanya di kolej kedua. Selagi mana pengaruh ABIM masih ada, maka selagi itu Islam acuan mahasiswa pro-PAS tidak akan berjaya, kerana Islam yang dibawa oleh ABIM lebih ceria dan mudah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di kampus.
 
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. ABIM setelah 2 tahun menguasai kampus UM iaitu sesi 1994/95 dan sesi 1995/1996, akhirnya rebah. Gabungan trio, Ustaz Abu Zaki Ismail, Ustaz Anwar Ridhwan Zakaria dan Zainul Azizi Mat Zin menumbangkan tembok pertahanan utuh ABIM yang sekian lama terbina. Jika MPPUM diumpamakan sebagai Andalusia, maka puak ABIM adalah seperti umat Islam, melambaikan salam terakhir mereka tanpa kembali lagi ke sana dengan linangan air mata.
 
Mahasiswa ABIM tanpa MPP, seolah-olah seperti kerajaan tanpa negeri. Hanya berbekalkan Kolej Kediaman Kedua, mereka melancarkan serangan tumpul terhadap PMIUM yang semakin hebat kekuatan mereka. ABIM sehingga saat itu seolah-olah harimau tanpa gigi. namun, PMI tetap beranggapan bahawa ABIM adalah satu-satunya musuh yang masih mampu menggugat kekuatan mereka.
 
Selepas Dato’ Seri Anwar dipecat, ABIM pun turut bersetongkol dengan mahasiswa Pro-PAS. Untuk memuaskan hati, ABIM diberikan jawatan dalam Majlis Tertinggi MPP yang tidak mempunyai signifikan dalam AUKU. Namun,ABIM redha dengan permainan ini.
 
Tetapi, mahasiswa pro-PAS tidak berpuas hati. Setiap peluang yang ada digunakan untuk menghancurkan puak yang melambatkan kemenangan mereka dan menyusahkan hidup mereka. Mahasiswa yang ada kecenderungan kepada agama diingatkan tentang haramnya berpecah belah dan hanya satu jemaah sahaja yang syarie manakala yang lainnya mengajak kepada jahiliyyah.
 
ABIM tertekan. Fatwa Syeikh Yusof Qardhawi tentang dibolehkan berbilang jemaah sebagaimana dibolehkan pelbagai mazhab diketepikan oleh mahasiswa pro-PAS yang bermasyaikhkan Ustaz Harun Taib. Maka, ABIM di UM laksana ubat yang hampir luput tarikhnya akibat manipulasi politik mahasiswa pro-PAS.
 
Kenapakah begitu tidak redhanya mahasiswa pro-PAS kepada mahasiswa pro-ABIM? Kurang Islamkah mereka? Maka, ia terletak kepada anggapan mereka yang berdasarkan pendapat Dr. Harun Taib yang meletakkan mereka yang tidak bersama dengan PAS sebagai mereka yang menyahut seruan jahiliah. Maka, di situlah kedudukan mahasiswa pro-ABIM.
 
Oleh itu, patutlah mereka bertanyakan diri mereka, wajarkah mereka bersama dengan golongan yang takkan redha kepada mereka sehingga hari kiamat. Yang penting adalah nasib umat yang lebih terbela atas nama perpaduan tanpa sebarang syak wasangka di kampus-kampus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: