SRC UIA Diperintah Halimunan?

08 Oktober 2006

Penulis amat tertarik dengan tulisan Syeed Redzza tentang tuduhan berat Tarmizi terhadap politik kampus yang lain. Bagi saya tidak menghairankan tuduhan ini dilemparkan memandangkan memang benar bagi orang-orang PMI, Gamis dan sebai’ah dengannya melihat orang Aspirasi tiada apa bagi mereka. Mereka memandang orang Aspirasi tidak ubah seperti orang Yahudi sebelum zaman Nabi Muhammad memandang bangsa Arab. Mereka menghina bangsa Arab sebagai bangsa yang rendah taraf dan tiada kitab serta Nabi. Maka, tiada bezanya mereka dengan Yahudi, kerana itulah apabila mereka menang di UIA, mereka bergembira sama seperti Yahudi dapat tanah di Palestin. Serupa dan mungkin sama sahaja keduanya.

Tarmizi berbeda dari Haniff. Haniff jenisnya lembut dan mungkin realistik. Tetapi Tarmizi adalah manusia yang keras dan ego, serta berprinsip. Jenis inilah yang disukai oleh PAS. Biarlah tidak realistik tetapi mampu menjunjung batu jemala. Maka, apabila jatuhnya Haniff, Tarmizi pun membawa ciri kepimpinan ala pertengahan 80-an yang keras dan menonjolkan identiti PAS. Suatu perkara yang dianggap lapuk oleh mahasiswa kampus lain.

aniptarmizi2

Kenapa begitu? Penulis pernah mengulas tentang politik mahasiswa UIA. Keadaannya seperti keadaan orang yang berbangga dengan Nokia 3210 yang cuma boleh SMS sahaja padahal orang lain sudah menggunakan MMS dan telefon 3G. Begitulah perumpamaan politik mahasiswa UIA. Tatkala orang lain menolak mahasiswa ABIM dan mengangkat mahasiswa PAS, mahasiswa UIA masih terus dengan gila Anwarnya. Ketika perang Jamaah antara ABIM dan PAS telah tamat dengan tersungkurnya ABIM di semua kampus, perang Jamaah masih rancak di UIA. Begitu lembab suasana politik kampus UIA yang tidak mengikut peredaran zaman, dan begitulah kembang kempisnya hidung, dengan bangganya orang WUFI akan kemandoman tersebut.

Tetapi, ke’zaman batu’an inilah yang dicanangkan oleh Tarmizi. Kekerekkan dan keangkuhannya mungkin akan menyebabkan UIA akan terpinggir dan dipariahkan dalam politik mahasiswa. Barangkali, kejayaan Muhtar Suhaili dan beberapa orang seperti Syahir Che Sulaiman (penaksub Husam, kenapa tidak Hadi?)diangkat-angkat padahal korban yang terhasil tidak diketahui.Keinternasional mahasiswa UIA hanya akan menjadi kenangan kerana politiknya masih berkisar dengan apa yang dibuihkan di dalam Harakah dengan metodologi lapuk dan usang yang tiada aspirasi.

Malang sekali bagi mahasiswa UIA, politik tidak menentu mereka ditentukan oleh seorang yang telah bergraduat, seorang yang tidak habis mengaji, dan dua ekor halimunan. Didedahkan di dalam laman web pembangkang UIA, bahawa 2 ekor halimunan bernama Amir dan Amirah meminta para pengundi turun mengundi WUFI.

Siapa Amir dan Amirah itu? Itu persoalan yang kritikal yang ditanya oleh pengundi yang bijak yang tidak meng’Aiman’kan diri mereka. Adakah Amir dan Amirah itu sepasang kekasih seperti Romeo dan Juliet? Menunjukkan bahawa WUFI juga sosial dan tidak anti couple mungkin?

Tetapi, bagi pengkaji jamaah seperti penulis, sudah cukup masak dengan terma sedemikian. Mereka adalah ketua jantan dan betina kepada tanzim WUFI [suatu ketika dulu semasa bertempur dengan PKPIM (sayap pelajar ABIM) dikenali sebagai Hizbi].Identiti mereka dirahsiakan sehingga editor blog tersebut hanya mampu memberi janji manis, bahawa suatu hari nanti kedua-dua syaitan jantan dan betina itu akan mendedahkan diri mereka. Entah, bila masa dua halimunan ini akan berani mendedahkan diri kerana mereka yakni jamaah PAS akan merahsiakan identiti semua syaitan-syaitan yang menduduki kerusi tertinggi dalam tanzim rahsia PAS. Kedudukan amir dan amirah adalah rahsia dan tidak mungkin akan didedahkan atas faktor keselamatan jemaah.

Bagi mahasiswa UIA, mereka terpengaruh dengan kempen agresif Hizbi terutamanya selepas insiden Convest. Padahal, pentadbiran tertinggi UIA (termasuklah STADD) yang meluluskan konsert seumpama itu di universiti Islam tersebut, dan SRC masa itu tidak boleh disalahkan. Maka, hendaklah diingat pertanyaan oleh Syeed Redzza, bahawa kenapa Tarmizi, Amin Idris dan puak-puaknya tidak berdemonstrasi untuk membantah konsert itu padahal UIA bukan di bawah AUKU dakwa mereka? Adakah kerana tiada arahan dari PAS ataupun Dollah Karim? Mungkin bagi mereka jikalau isteri mereka berzina di katil sendiri pun, mereka tidak kisah asalkan tiada arahan dari pemimpin PAS melarang perbuatan itu! Begitulah hebatnya kefahaman politik GAMIS, WUFI dan puak-puaknya.

Sekurang-kurangnya mahasiswa PAS UM akan berdemo sebaik sahaja ada isu, menunjukkan bahawa mereka ada otak sendiri bukannya seperti mahasiswa PAS UIA yang masih perlu disuap(bahasa Inggerisnya “spoon fed” kalau tidak faham bahasa Melayu!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: