Tragedi UPM: Bukan Isu Perkauman!

31 Julai 2006

Secara tiba-tiba, sebuah laman web mahasiswa pembangkang tidak lagi berbicara tentang Isu UPM. Manap tidak lagi dijadikan tumpuan tetapi sebaliknya wajah yang selalu bertangkap gambar kembali mewarnai laman tersebut. Mungkin agaknya beliau cemburu pula dengan orang lain yang tiada kena mengena dengan laman itu pula yang galak mendapat publisiti. Tibalah masanya, dia pula mengglamourkan dirinya setelah seminggu dua dilupakan oleh khalayak pencinta politik mahasiswa.

Tetapi, kedengkian terhadap Aspirasi diteruskan. Tidak akan redha kaum PAS kampus sehinggalah kamu mengikut millah mereka. Maka, ditayangkan pula video 3 minit yang sekarang ini diketahui umum telah disunting untuk menggambarkan bahawa jahat dan kejinya Aspirasi UPM. A picture speaks a thousand words. Oleh itu, apa kata kalau ditayangkan video?

Pengendali laman mahasiswa pembangkang tersebut sudah tidak mampu berdebat. Harapannya adalah dengan tayangan video itu akan menarik simpati ramai kembali kepada rakan-rakan mereka dalam Solidariti mereka itu. Rencana Samlin yang mendedahkan makar(perancangan) geng-geng GMM yang didalangi SUARAM dan Keadilan menyebabkan mahasiswa faham bahawa insiden di UPM adalah rentetan kepada suatu konspirasi yang sangat licik dan cerdik permainannya.

trag17

Golngan yang tumpas ini terus berdebat bahawa jika hendak jawapannya lihatlah sahaja video yang diedit itu. Malang sekali, mahasiswa dan rakyat makin tidak percaya. Seolah-olah, jika telah terbongkar bahawa September 11 itu jahat, maka diulang-ulang sahaja video kapal terbang merempuh WTC. Begitulah taktik mereka. Pembohongan yang sama, tetapi di tempat dan waktu yang berlainan. Cara zionis ini lambat laun akan diketahui. Cuma lambat atau cepat, tetapi maha Suci Allah, rahsia ini dibuka cepat kerana doa orang teraniaya amat pantas termakbul.

Persoalannya, inikah sebenarnya hala tuju insiden ini? Kemarakkan sentimen perkauman ini adalah perisai kepada GMM, Umany dan sebagainya. Sedangkan isunya bukan perkauman. Isu sebenar adalah isu pertubuhan haram. Sentimen perkauman ini digunakan untuk meraih simpati surat khabar Cina, akhbar-akhbar Inggeris yang didokongi ketua pengarangnya orang Cina dan juga simpati masyarakat Cina antarabangsa. Padahal, ia adalah usaha untuk melemahkan Aspirasi dan diharapkan juga melemahkan kerajaan. Jika ini berlaku, ia akan menyukarkan proses toleransi antara kaum yang menjadi intipati kepada Aspirasi.

Di dalam Aspirasi terdapat ramai orang Cina. Malahan, orang Cina lebih selesa di bawah Aspirasi daripada PMI. Hubungan itu bukanlah nikah kontrak tetapi berdasarkan kepada konsep perkongsian kuasa. Tidur satu bantal dengan mimpi yang sama. Mahasiswa Cina mendapat faedah yang banyak dengan perkongsian kuasa di dalam Aspirasi. Bukan sekadar kaunter, tetapi juga mereka dapat bersama dalam banyak aktiviti kemasyarakatan dan budaya tanpa rasa prejudis dari mana-mana pihak.

Apabila digambarkan oleh pihak GMM bahawa mahasiswa Melayu adalah perkauman dengan disebarkan video ini secara meluas, impaknya adalah lebih sukar kepada mahasiswa Cina jika sokongan mereka tetap kepada GMM, hanya sekadar berasaskan GMM itu adalah kebetulannya orang Cina. Mahasiswa Cina terbukti bijak berpolitik kerana mereka akan bersama dengan mereka yang berkuasa di MPP untuk memastikan bahawa kebudayaan Cina dapat dilaksanakan dengan lancar.Dan jelas dengan sokongan majoriti mahasiswa akibat insiden ini terhadap Abdul Manap dan kepimpinannya,pemenang di UPM dalam pilhanraya kampus akan datang adalah Aspirasi bukannya PMI ataupun sayap-sayap DAP.

MPP UPM di bawah Aspirasi amat baik kerjasamanya dalam hal ini. Malahan, lebih baik dari di bawah PMI berkuasa. Apatah lagi dengan keadaan mahasiswa Melayu adalah majoriti, maka sebuah MPP yang liberal dan toleran seperti yang didokong oleh Aspirasi amat diperlukan oleh mahasiswa Cina. Maka, kita menyeru kepada mahasiswa Cina supaya tidak termakan dengan dakyah GMM dan kumpulan-kumpulan seumpamanya. Kerana jika mereka menjadi dominan, maka suasana harmoni yang dicanangkan oleh kepimpinan mahasiswa pelbagai kaum di dalam Aspirasi akan gagal. Jika sayap-sayap DAP yang dipilih mengalahkan mahasiswa Cina Aspirasi, maka suara mahasiswa Cina di dalam parti pemerintah adalah lemah dan hak mahasiswa Cina tidak akan terbela.

Menyedari hakikat ini, mahasiswa Cina tidak harus termakan dengan umpan pertubuhan-pertubuhan haram ini. Tiada keuntungan yang bakal diperolehi oleh mahasiswa. Sebaliknya rasa benci seperti mana yang disemai oleh PMI dan GMM akan terus bersarang di lubuk hati mahasiswa yang tidak berdosa. Apakah yang anda boleh harapkan dari persatuan-persatuan yang telah memporak perandakan universiti ini?

Kita mengharapkan mahasiswa akan bersatu di bawah kepimpinan Aspirasi yang terbukti tegas menghadapi gerakan pelampau samada berbau perkauman mahupun keagamaan. Ini telah berjaya ditunjukkan oleh Abdul Manap dan kepimpinanya. Kita mahukan masa depan Malaysia yang aman dan Malaysia yang aman dihasilkan di universiti pada hari ini.

Jika anarki menjadi pilihan, pilihlah GMM dan PMI….!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: