TRAGEDI UPM: Lubnan Baru Yang Dibom Yahudi SMM & DAP

30 Julai 2006

Di dalam laman web mahasiswa pembangkang, ditunjukkan betapa hebatnya gempuran demi gempuran dilakukan kepada Universiti Putra Malaysia khususnya kepada Ayahanda Prof. Madya Dr. Azali Mohamed. Meriam dan mortar pihak mahasiswa pembangkang sekarang ditumpukan kepada Hal Ehwal Pelajar UPM. Kenapa UPM menjadi sasaran? Itu merupakan suatu misteri yang akan cuba dikupas oleh penulis.

Universiti Putra Malaysia sekarang menjadi tumpuan. Dari buku Pengajaran Hubungan Etnik sehinggalah kes kesamsengan mahasiswa Cina dari kongsi GMM di UPM, menunjukkan bahawa jentera perang mahasiswa pembangkang telah digerakkan sepenuhnya ke universiti berasaskan pertanian tersebut. Tiada lagi kutukan kepada Ayahanda Prof. Dr. Razali Agus. Sebagaimana isu Iraq tengelam, sebegitu jualah tenggelam isu Universiti Malaya. Jika PMI itu Amerika, maka tenggelamlah Kalam dan Maha, seperti tamatnya riwayat Al Zarqawi di pandangan mahasiswa pembangkang.

Kes kononnya kasar dan kaharnya Abdul Manap Ariffin adalah seumpama kes Hamas dan Hizbullah menculik askar-askar regim Yahudi. Isu sebenar bukannnya kasar atau tidak Manap, kerana seperti haramnya negara Yahudi itu, haram jugalah masuknya GMM dan aparat mereka dari Suaram serta Dema. Malahan, jelas ada unsur subversif dari USM yang masuk campur. Mahasiswa pembangkang ini merasakan haknya untuk membuka kaunter di Kolej 12 itu laksana wajibnya yahudi kembali ke Tanah Suci Palestin. Maka, dengan bongkak serta takbur sekali mereka kekal di situ, walaupun pihak Keselamatan mengarahkan mereka untuk beransur.

Ini merupakan hak yang ada bagi Universiti. Samalah seperti masyarakat antarabangsa berfikir. Yahudi harus akur bahawa mereka patut berundur dari Lubnan dan menghentikan pencabulan ke atas negara Arab itu. GMM dan kepala-kepala mereka harus akur bahawa tindakan mereka berada di Kolej 12 mencabuli ruang udara dan darat di bawah undang-undang universiti. Apa jua alasan mereka tidak dapat diterima. Mereka harus berundur dengan aman tanpa banyak soal.

Di manakah Chairman Rifauddin? Beliau sekarang berdiam diri dan bersembunyi di belakang Suaram. Tetapi, nyatalah seperti Freemason, beliau berdiri teguh bersama dengan persatuan-persatuan haram mahasiswa Cina itu seperti mana Rashid Maidin dan Abdullah CD dalam Partai Komunis Malaya. Itulah tindakan Rifauddin sebagai Chairman Solidariti Mahasiswa Malaysia yang pekat bau sosialisnya.

Gempuran-gempuran ini sebenarnya mempunyai satu tujuan. Aspirasi yang paling mantap dan maju berpusat di UPM menurut hemat mereka. Malahan, Ayahanda Azali dituduh sebagai dalang kepada aspirasi di sana. Mereka berharap dengan mencemarkan imej UPM terutamanya HEPnya, maka pihak kerajaan akan melakukan sesuatu terutamanya menamatkan kontrak TNC HEP UPM tersebut. Secara langsung, mereka berharap kekuatan aspirasi UPM dapat dilumpuhkan seratus peratus atas premis bahawa Ayahanda Azalilah perancang segala-galanya.

PMIUPM tidak berdaya. Kerana mereka tidak seperti saudara sebai’ah mereka di UM ataupun UIA.Maka, tugas “berat” ini diserahkan kepada komrad mereka di kalangan mahasiswa Cina. Mahasiswa Cina UPM mempunyai “tentera udara” yang kuat dari segi media. Kabel mereka dengan Suaram dan media-media internet mahasiswa Cina boleh dianggap setanding dengan mahasiswa PAS di UM dan UPM.

Baru-baru ini, sekali lagi kebiadapan puak-puak mahasiswa pembangkang Cina mencapai kemuncaknya, apabila mereka mendesak untuk bertemu dengan NC UPM, Prof. Dr. Nik Mustapha. Mereka tidak berpuas hati walaupun telah dibenarkan 3 orang anggota mereka untuk bertemu dengan NC UPM. Mereka memaksa pihak UPM menerima 20 orang delegasi mereka. Ini merupakan tindakan kurang ajar dan samseng dari pihak mahasiswa pembangkang terhadap pihak Universiti. Mereka tiada hak untuk memaksa pihak Universiti untuk bertemu dengan mereka. Seharusnya mereka bersyukur apabila pihak Prof. Dr. Nik Mustapha sudi menerima 3 orang wakil tersebut. Keangkuhan mereka menyamai keangkuhan kaum Yahudi di tanah haram mereka.

Dengan itu, ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai niat yang buruk. Jika mereka hanya ingin menyerahkan memorandum secara aman, cukup sekadar seorang untuk bertemu dengan ayahanda NC. Tidak perlu ramai-ramai.

Tetapi, niat mereka adalah mencetuskan provokasi terhadap UPM. Mereka mahukan pihak UPM hilang sabar. Mereka mahu pihak Keselamatan bertindak kasar terhadap mereka. Inilah tipu daya mereka. Akhirnya pihak UPM yang akan menerima publisiti buruk dari propaganda mereka.

Perkara ini telah dibaca oleh pihak pentadbir UPM. Kita menuntut bukti dari mereka yang takbur ini akan perbuatan angkuh pihak UPM. Kerana yang sudah pasti, pihak yang seangkuh dan sesombong Israel ini tidak lain dan tidak bukan adalah pihak GMMUPM,Suaram, dan tangan-tangan Keadilan serta DAP!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: