Universiti Dikuasai Pensyarah Muda Pembangkang?

Acapkali di dalam tulisan-tulisan penulis yang lalu, diterangkan akan bahayanya indoktrinasi pembangkang di kampus-kampus. Tidak diketahui sejauh manakah pihak kerajaan terutamanya pihak HEP mengambil serius akan penulisan dan juga pendedahan tersebut,namun setakat pihak pro aspirasi berjaya menawan kebanyakan kampus kecuali UIA, ia menunjukkan petanda yang baik.

PAS sudah lama bersarang di kampus-kampus. Dengan masuknya Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1981, memaksa PAS masuk secara langsung ke dalam kampus-kampus. Sebelum ini, tugas membasuh minda anak muda untuk menentang kerajaan di”sub-con” kepada ABIM, tetapi lompatnya Anwar membuka lembaran baru terhadap sejarah politik mahasiswa tempatan.

Dari situ, pelbagai metod digubah dan dicuba untuk melahirkan generasi pemimpin yang asal-usulnya dari gerakan mahasiswa. Perkara inilah yang giat diusahakan oleh PAS di kampus-kampus terutamanya di Universiti Malaya. Dengan trial and error ini, mereka berjaya (ataupun gagal?) melahirkan kader-kader di dalam politik.

Namun, bagaimana benih sperma yang gagal mensenyawakan ovum, ramai ahli jemaah PAS kampus yang terkorban samada sebagai mahasiswa ataupun terkorban sebagai ahli jemaah yang baik dan thiqah. Yang berjaya akan sekurang-kurangnya mempunyai posisi di cawangan apatah lagi yang bekerja di Lembah Kelang. Yang gagal mungkin melompat masuk ke UMNO ataupun menjadi buruh murah PAS yang setia, sesuai dengan kelulusan SPM ataupun STPM kerana gagal di peringkat ijazah.

Di dalam proses tersebut, ada di kalangan ahli jemaah yang memang dilahirkan bijak. Walaupun beban kerja jemaah bertimbun tetapi mindanya tetap kuat dan berjaya menepis kebebalan dalam akademik. Akhirnya, mereka berhasil mendapat kelas kedua atas dan kelas pertama. Ini bukan sahaja berlaku di kampus tempatan tetapi kampus luar negara terutamanya anak didik Hizbi.

Anak didik Hizbi dan PAS yang berjaya inilah yang kemudiannya menyelinap masuk ke dalam sistem pendidikan negara. Jikalau mereka masih thiqah dengan perjuangan, maka mereka menganggap tugas mereka pula untuk menyambung “perjuangan” memPASkan mahasiswa baru masuk.

Perkara ini harus diambil pengajaran bahawa Universiti tertegak kerana pensyarah sama seperti sekolah tertegak kerana guru. Pensyarah merupakan tuan kepada universiti, bukannya pegawai HEP kerana ahli akademik yang bisa dilantik sebagai Naib Canselor ataupun senat di dalamnya yang berkuasa menentukan polisi dalaman universiti.

Oleh itu, suka tidak suka, mahasiswa aspirasi perlu mengambil pengajaran bahawa harapan aspirasi di masa hadapan bergantung kepada pandangan jauh pemimpin aspirasi. Kader-kader PAS mengambil masa berbelas tahun untuk memikirkan hal ini dan sepatutnya, jalan yang paling cepat untuk berevolusi adalah dengan mengambil teladan dari orang lain.

Jikalau Aspirasi terus leka, jangan hairan dalam masa 15 tahun lagi, professor-professor, dekan-dekan, dan juga ahli-ahli senat Universiti bakal dijawati oleh kader-kader PAS. Menyekat dan menyakat orang dari menjawat jawatan awam di dalam kerajaan mungkin dapat memperlahankan kemaraan tetapi sampai bila di zaman globalisasi ini?

Kader-kader PAS sering membantu anak-anak usrah mereka masuk menjawat jawatan di pelbagai institusi samada kerajaan ataupun swasta, tetapi sejauh manakah pihak Aspirasi serius seumpama mereka? Atau mereka lebih senang mengangguk kepala sahaja apabila anak buah mereka yang layak datang meminta pertolongan?

Fikir-fikirkanlah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: