Ustaz Ugut Calon Pilihanraya Kampus Di Akademi Islam?

04 Oktober 2006

Meraung-raung dan merengek-rengek Abdullah Karim di Harakahdaily tentang nasib anak buahnya di serata Malaysia. Beliau masih sayangkan jawatan yang fana. Lalu, dituliskan satu warkah bersifat apologetik akan kekalahan anak buahnya seantero negara.

Dikatakan juga bahawa anak muda sekarang menolak kepimpinan Pak Lah yang kononnya semakin lemah. Namun, yang nyata anak muda tetap teguh di belakang Aspirasi menolak anak-anak buah Hadi Awang. Hadi Awang tetap lemah.PAS hanya mampu mengomel tentang kononnya lemahnya Pak Lah, tanpa dapat mengira bahawa kepimpinan Hadi Awang adalah yang terlemah di antara kesemua pemimpin PAS.

Jikalau ditanyakan anak muda di kampus tentang siapa Presiden PAS, tentu org akan berkata Nik Aziz, Presiden PAS. Kesemua Presiden PAS diingati, tidak kurang yang sudah melompat parti seperti Datuk Asri. Maka, sejarah akan mengingati Hadi Awang sebagai Presiden PAS yang paling lembik dan mandul dalam seluruh sejarah PAS. Ini akan memadamkan memori silam yang mengangkat Hadi sebagai pemidato terulung PAS. Mungkin Hadi hanya layak di depan mikrofon tetapi sangat tidak layak di kerusi Yang Dipertua Partai Islam itu.

kenapapecatanip3

Abdullah Karim nyata hanya mampu menyalahkan orang lain. Dan amat malang sekali jika Salahuddin dan Idris termakan dengan warkah berjela Abdullah Karim itu. Jika benar, saya berasa yakin 1000 tahun lagi pun Aspirasi tidak akan dikalahkan dengan kekalnya manusia seperti Abdullah Karim di jawatan Pengarah Pembangunan Pelajar PAS Pusat. Saya amat berdoa dan berharap pujuk rayu dan rengekan Abdullah Karim diterima oleh pimpinan Pemuda PAS. Agar doa saya dimakbulkan Allah SWT di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Acapkali yang disalahkan oleh Abdullah Karim dan aparatus pembangkang di kampus adalah “salahgunakuasa” oleh HEP dan mereka yang sekuasa dengannya. Namun, penulis sering mendedahkan bahawa di dalam struktur organisasi mahasiswa pembangkang, tiada demokrasi. Yang besar adalah amir. Wala’ merupakan senjata terakhir pemimpin PMI kepada anak buah. Janji setia paksa sewaktu tamrin jelas fikrah mengancam anak buah yang bercita-cita culas apatah lagi ingin khianat dari perjuangan jemaah.

Tiada demokrasi di dalam jemaah. Jadi, jikalau mereka berbicara tentang demokrasi, cermin dahulu muka tersebut. tetapi, harus diingat bahawa mahasiswa PAS mempunyai serba-serbi cara menghalalkan yang haram. Semua perkara yang dilakukan oleh mereka adalah halal atas alasan mereka mahu membantu PAS menegakkan sebuah kerajaan Islam yang bersifat syumuliyyah.

Maka, atas dasar itu, diharuskan(diwajibkan?) fitnah-fitnah dan sabotaj dilakukan ke atas calon Aspirasi. Ustaz-ustaz yang masih belum mendapat ijazah itu dengan mudah mengeluarkan fatwa untuk membenarkan perbuatan keji dan mungkar tersebut. Hairan, sepatutnya diharamkan sahaja panggilan ustaz itu kepada mereka yang belum mendapat ijazah. Profesion lain memerlukan sekurang-kurangnya lulus degree mereka seperti doktor perubatan dan pergigian untuk bergelar doktor dan jurutera pula perlu medapat izin dari Institut Jurutera selepas exam dan projek untuk bergelar Ingeniur. Sungguh murah gelaran ustaz ini.

Atas ini, lebih besar makamnya ustaz mereka yang sudah mendapat sarjana ataupun phD yang berkhidmat di fakulti-fakulti pengajian Islam. Ia adalah rahsia terbuka bahawa penyokong Aspirasi akan dipulau dan diugut oleh ustaz-ustaz mereka.

Dahulukala pernah diceritakan bahawa di dalam kelas, ustaz pengajian Islam di UM pernah mengeluarkan kenyataan terbuka kepada calon BKM (Barisan Kepimpinan Mahasiswa yang pro aspirasi) di API bahawa mereka tidak perlu berada lagi di akademi tersebut kerana bertanding di atas tiket BKM. Dengan itu, calon tersebut adalah kalangan mereka yang tidak faham Islam.

Jikalau kita bercakap tentang demokrasi, maka tiada wajar pensyarah tersebut melakukan gangguan psikologi kepada calon bukan mahasiswa PAS. Campurtangan tersebut merupakan satu usaha keji yang amat dilaknat oleh konco-konco Abdullah Karim jikalau perkara yang sama dilakukan oleh pensyarah yang pro aspirasi di Dewan Kuliah.

Hasilnya, tiada siapa berani bertanding atas tiket Aspirasi di Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya. Mereka boleh menang tanpa betanding sehingga matahari terbit di barat atas sebab gangguan, sabotaj dan fitnah dari mahasiswa pembangkang dan pensyarah-pensyarah mereka. Dan pensyarah-pensyarah ini bebas merekrut mahasiswa untuk menyokong pembangkang dengan jalan yang tidak sah.

Sabotaj dan campurtangan pensyarah-pensyarah bergelar ustaz di fakulti-fakulti pengajian Islam seluruh Malaysia mestilah dipantau dengan rapi oleh Hal Ehwal Pelajar. Kita menunggu seperti di awal 90-an, di mana pertandingan sihat boleh berlaku di Akademi Islam. Jika benar mahasiswa PAS cukup kuat, silalah bertanding secara anak jantan di Akademi pengajian Islam. Jangan terlalu berlindung di sebalik tali serban naqib-naqib dan mas’ul-mas’ul kamu di API!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: