Wahabi Makin Meresap Di Kalangan Ahli Jemaah

Perkataan “Wahabi” sebenarnya tidak disukai oleh pengikutnya. Kerana ia seolah-olah seperti penganut agama bukan Islam yang biasanya menamakan ajaran mereka sempena pengasas agama mereka. Sebagaimana, Kristian bersempena Jesus Christ ataupun Buddha bersempena Gautama Buddha. Wahabi tidak sama dengan ajaran berkenaan.

Gelaran Wahabi ditunjukkan kepada mereka yang kurang gemar kepada mazhab secara umumnya. La Mazhabiyyah, yakni tiada mazhab. Mungkin jalannya bukan dari Muhammad Abdul Wahab tetapi dari ulamak yang lain, namun label Wahabi melekat kepada mereka yang ingin memurnikan akidah, ibadah, muamalah dan pelbagai isu agama dari bid’ah. Wahabi mendekati agama dengan hujah dan bukti.

Premis paling mudah adalah lengkaplah agama ini (yakni Islam) pada zaman Muhammad SAW, maka tidak perlu tokok tambah kepada agama ini melainkan mereka yang ada penyakit dalam hati ataupun dari mereka yang merasa mereka juga semaksum Nabi ataupun ataupun berasa mereka juga hebat seperti Nabi. Premis ini mencemaskan mereka yang sudah biasa dengan adat-adat tradisi agama apatah lagi punca pendapatan mereka juga datang dari tradisi ini.

Wahabi bukanlah istilah sebenar. Pengikut Wahabi hendak dikenali sebagai Salafi. Salafi boleh didefinisikan sebagai orang yang mengikut jejak para sahabat, tabiin dan ittaba’ tabiin. Itulah makna sebenar Wahabi.

Pengaruh Salafi lebih berat kepada akidah dan ibadah yang betul. Pemurnian shahadah dan kefahaman kepada tuntutan shahadah adalah tunjang kepada manhaj salafiyyah yang buku teksnya adalah Kitabut Tauhid oleh Muhammad Abdul Wahab. Kebanyakan isinya adalah hadith sahih dan sedikit sahaja ulasan oleh penulisnya. Kritikal untuk zamannya di mana orang Islam mula mempercayai kubur dan keramat mempunyai kuasa ghaib dan tawakal mereka tidak lagi kepada Alllah.

Metodologi salafi juga menitikberatkan kepada penggunaan hadith yang sahih dan terang sanadnya. Ini bersesuaian dengan kaedah saintifik. Penggunaan metodologi ini dengan automatik menolak amalan-amalan yang biasa yang kononnya amalan Islam walhal tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Malahan, amalan-amalan ini turut dikutuk oleh Imam Mazhab.

Masyarakat semakin berpelajaran. Oleh itu, tidak hairan “Wahabi” semakin diterima terutamanya oleh mereka yang berpelajaran tinggi. Fenomena ini berlaku pesat di kalangan mereka yang bukan ahli agama tetapi mendapat pelajaran dengan kaedah sains yang tersusun. Ini tidak termasuk lagi dari mereka yang mendapat pelajaran ugama dari Saudi, Jordan dan negara-negara Timur Tengah yang lain.

“Wahabi” dahulunya membincangkan akidah dan ibadah khusus. Namun, politiknya masih kabur. Siasahnya kadangkala menyebabkan parti pemerintah ragu kerana bimbang diresapi jihadi yang merupa dalam bentuk Al Qaeda dan seumpama dengannnya. Namun, bagi siapa yang mengenali Wahabi dengan dekat, maka mereka perlu tahu dan kenal ulama’nya yang ada.

Mereka juga dikenali sebagai anti terrorisme seperti Ibnul Bazz, Syeikh Abdul Aziz bin Syeikh dan pelbagai lagi. Penggerak Wahabi tempatan seperti Rasul Dahri juga vokal terhadap terrorisme. Vokal mereka bukan di depan lain, di belakang lain, tetapi senada dan seirama serta konsisten atas isu tersebut.

Fahaman Wahabi dalam politik semakin digamatkan lagi dengan debat bughah. Kisah-kisah hadith dalam isu pentadbiran dan politik negara dibuka. Dengan ini, politik menjadi medan baru bagi orang salaf. Walaupun tidak seutama akidah dan ibadah khusus, tetapi ia juga penting kerana melibatkan hadith dan suruhan Nabi.

Didapati bahawa metodologi parti politik pembangkang tidak sama dengan metodologi Nabi. Taat kepada pemerintah walaupun maksiat selagi mana Muslim, menggegarkan “akidah” ahli jemaah. PAS yang berperlembagaan al Quran dan Sunnah tergamam kerana ada sunnah yang melarang kewujudan PAS sendiri bagi merebut kuasa dari pemerintah.

Pengaruh ini semakin meluas. Baru-baru ini, laman web mahasiswa pembangkang telah mencoret perkara ini di dalam artikel terbarunya. Walaupun tidak dikupas secara langsung, namun, ia petanda kepada penyebaran fahaman ini terutamanya di kalangan mahasiswa.

Mahasiswa yang diajar untuk bertanya dan berdebat sudah tentu akan banyak mempersoalkan tentang kewujudan PAS sendiri. Masa untuk bertaqlid buta sudah tamat, tinggalkan PAS dan amalkan Islam yang sebenar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: