Adakah Wajar Penyokong Kerajaan Menuruti Langkah Tun Keluar UMNO?

Tun Dr Mahathir merupakan ahli politik dan pemimpin kerajaan dan UMNO yang paling saya hormati dan kagumi. Malahan, banyak keputusan penulis samada sebagai mahasiswa ataupun sebagai seorang pentadbir dipengaruhi oleh cara dan tindak-tanduk beliau.

mahathir-portrait

Namun, sebagai seorang penyokong kerajaan, kita harus berfikir semula akan apa yang baik dan buruk walaupun ia datang daripada orang yang paling kita hormati dan sanjungi.  Oleh itu, marilah kita rujuk kepada Al Quran apabila datang pertikaian seperti ini:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”

Ayat 59 Surah An Nisa’

Maka, penulis menyeru agar kita memperkuatkan saf kita. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri kita dan barisan kepimpinan negara kita mutakhir ini. Isu beras, isu ketuanan Melayu, isu kedaulatan dan kemerdekaan negara dan isu campurtangan kuasa asing memerlukan sokongan rakyat yang padu.

Oleh itu, kita doakan agar apa jua yang berlaku ini adalah untuk yang terbaik. Namun, ingatlah!Segala peristiwa ini perlulah kita rujuk kepada AL Quran dan Sunnah serta sentiasa sabar dan berada di dalam saf jamaah pemerintah ini agar negara kita aman dan tenteram serta maju adanya.

One Response to “Adakah Wajar Penyokong Kerajaan Menuruti Langkah Tun Keluar UMNO?”

  1. syukur kepada Allah kerana dikurniakan kita lahir dalam agama Islam didalam sebuah negara yang paling bertuah didunia ini. semoga kita jadi manusia yang tahu berterima kasih dan bersyukur….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: