Apakah Parti Politik Pilihan Faisal Mustaffa?

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) tidak pernah sunyi daripada tinta penulis. Selagi mana PMIUM tidak merubah pendekatan dan perlekatan atau pergantungan dengan Partai Islam Semalaysia, maka selagi itulah penulis akan terus memperkatakan tentang persatuan ataupun jemaah kampus tersebut.

Amalan dan corak PMIUM yang tidak banyak berubah selain dari persoalan siasah dan tarbiah yang sebenarnya hanya bertujuan untuk menguatkan siasah PAS di dalam kampus. Ini akan terus menggamit penulis untuk mempersoalkan keabsahan jamaah tersebut di kampus Universiti Malaya dan klon-klon mereka setelah tumbangnya kekuasaan ABIM/PKPIM dalam PMIUM dengan strategi dan konspirasi yang didalangi oleh Muhammad Hussin. Kini, Muhammad Hussin yang sama telah menjadi Ahli Parlimen, namanya mungkin tercatat agung dalam sejarah Jemaah PAS Kampus UM tetapi dalam politik Malaysia, kini barulah secoret tinta tertulis dalam rakaman sejarah.

pmium2

Hubungan PMIUM dan PAS bukanlah suatu rahsia. PMIUM adalah mata rantai PAS di kampus melalui siri program-program tamrin paksa yang dimulakan oleh Muhammad Hussin sejak kejatuhan ABIM/PKPIM dari tampuk kekuasaan PMIUM.

PMIUM telah mengadakan muktamarnya pada 30 Mac yang lepas. Tidak perlu penulis bercerita ataupun mengulas tentang muktamarnya di Fakulti Kejuruteraan tersebut. Nyatalah pihak Fakulti Engine agak terbuka untuk menerima klon PAS ini bagi mengadakan muktamar luarannya di situ. Entah di manakah Jamaah PAS Kampus ini mengadakan muktamar dalamannya?Adakah di Taman Melewar lagi ataupun di mana-mana markas PAS yang berhampiran? Namun, tarikh tersebut menelurkan segala pemegang-pemegang rahsia kepimpinan PAS kampus kepada umum setelah mereka diisytiharkan secara rahsia di kalangan ahli-ahli jamaah PAS kampus.

Arakian, dilantiklah Faisal Mustaffa sebagai Setiausaha Agung PMIUM. Anak kelahiran Bukit Kayu Hitam ini rajin ber’blog’. Mungkin ini adalah kriteria baru PMIUM untuk melantik seseorang yang pandai berblog sebagai setiausaha. Ada juga MT PMI yang rajin berblog dan artikelnya dipungut laman mahasiswa pembangkang. Namun, malang juga bagi MT tersebut, yang dipuja dan ditulis adalah Anwar Ibrahim.

Mungkin mas’ul-mas’ul PAS di API boleh memberi sedikit tarbiyyah dan juga ingatan tentang perkara-perkara yang dilakukan oleh Anwar kepada gerakan Islam sewaktu puncak kekuasaannya dahulu.MT tersebut mungkin terlalu berhingus ataupun mungkin juga tarbiyyah PMI sudah membuang caci-maki kepada Anwar dari silibus tamrin panjang ataupun tamrin jamaah pilihan mereka agaknya. Boleh mungkin dijeritkan kepada MT ini di telinga agaknya tentang sejarah Anwar semasa tamrin qiyadi boleh jadi supaya jangan dipuja si Anwar.

Tetapi, yang jelas fikrahnya adalah si Faisal, sahabat baik Riduan Mohd Noor dan Nasir Zakaria. Di dalam blognya, ada tertulis tentang kasihannya dia terhadap Nasir Zakaria yakni bekas Presiden PMI hujung kurun ke-20 yang tidak sempat meng”update”kan blognya yang penuh dengan kempen PAS dan juga aktiviti beliau sebagai Yang Dipertua PAS Subang. Faisal telah mengaku bahawa dia membantu Nasir Zakaria sebagai calon PAS bagi Parlimen Padang Terap di ambang pilihanraya ke 12 yang lalu untuk menyebarkan maklumat calon PAS tersebut kepada penduduk Padang Terap.

Oleh itu, fikrah dan parti politik pilihan Faisal Mustaffa bukanlah rahsia walaupun Faisal secara malu-malu kucing dia mahu ia biarlah rahsia. Maka, tidak perlulah Faisal bermain sembunyi-sembunyi dengan pihak Polis Brickfields tentang hal ini. Faisal selain aktif membantu Nasir, dia turut aktif membantu Riduan Md Noor dalam propaganda PAS di internet. Riduan Mohd Noor adalah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat untuk sesi 2007/09 selain dari memegang jawatan Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembela Islam Pemuda PAS Pusat.

Begitulah rentetan tentang fikrah politik Setiausaha Agung PMIUM yang baru ini. Hubungannya dengan kepimpinan PAS terutamanya dengan Dewan Pemuda PAS dan juga PAS Subang tidak dapat dinafikan lagi. Tahniah kepada Setiausaha Agung PMIUM yang baru ini! Syabas jug kerana jasa anda yang besar kepada Dewan Pemuda PAS Pusat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: