Bekas Presiden PMIUM Calon PAS Di Padang Terap

PMIUM sentiasa menafikan hubungan mereka dengan PAS. Perkara bisa yang selalu dilafazkan oleh pimpinan PMI adalah segala yang diucapkan sama dengan PAS adalah kebetulan sahja serta sama dengan “keluhan hati” rakyat. Oleh itu, rakyat biasa dan mahasiswa yang tidak mengetahui kuntau dan silat PMI, tidak akan memahami hakikat yang sebenar.

Penulis terbaca pagi ini tentang senarai calon PAS di Kedah. Nama Mohd Nasir Zakaria mengingatkan penulis kepada senarai bekas-bekas pimpinan PMIUM terutamanya di penghujung abad ke-20. Tidak ramai orang yang mempunyai nama sedemikian samalah seperti Misbahul Munir Masduki, seorang lagi bekas pimpinan PMIUM yang akan bertanding di Perak.

Mohd Nasir Zakaria adalah Presiden PMIUM pada tahun 1998. Di saat itu, kekacauan dan huru-hara akibat Anwar amat dirasai. Saban hari,demonstrasi jalanan merebak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Universiti Malaya juga kacau. Saban minggu di Masjid Al Rahman, demonstrasi diadakan khususnya oleh mahasiswa PAS. Dan Nasir Zakaria merupakan Presiden semasa itu.

Dikhabarkan kepada penulis melalui sumber-sumber yang dipercayai Rumah Omar  ketika itu berada di Kelana Jaya dan di sana, PMIUM dikawal oleh aparat-aparat PAS di Taman Melewar. Ketika itu, sokongan terhadap PAS amat ketara di kampus-kampus. Di zaman Nasir ini, sokongan terhadap kerajaan runtuh. Tahalluf siyasi ataupun kerjasama politik mahasiswa PAS melalui PMIUM diadakan dengan puak-puak EC (Cina), aparat-aparat Anwar samada PKPIM ataupun sosialis dan juga Jemaah Islah Malaysia.

Zaman Nasir adalah zaman hegemoni puncak bagi PMIUM mewarisi zaman Zaharuddin, Anwar Ridhwan dan Abu Zaki.Di zaman ini, PMIUM umpama kapal Titanik sebelum belayar, dianggap kebal dan mustahil untuk tenggelam. Ketika ini, tarbiyyah dan juga usrah PAS adalah seperti sistem mutlak dan qat’ie. Hujahnya adalah pada kemenangan PAS dan kejayaan PAS merekrut ramai ahli di kalangan mahasiswa.

Nasir adalah produk taat setia PAS. Hidup dan matinya adalah untuk PAS. Penulis lebih menghormatinya dari Zaharuddin. Kerana Zaharuddin tidak mampu menginfaqkan dirinya untuk perjuangan seperti Nasir. Dia lebih gemar menginfaqkan dirinya kepada RHB dan selepas teruk dikritik, mula masuk ke tong yang lebih suci iaitu dunia akademik di UIA.

Nasir telah mengorbankan dirinya untuk jamaah dan masih berkorban untuk jamaah di saat ahli jamaah lain dengan lahap dan tidak segan silu memakan gaji dengan kerajaan. Sampaikan ada yang bekerja dengan JASA di Kementerian Penerangan untuk menyerang Jamaah kononnya atas dasar “terpaksa”.

Malahan, gelombang biru dan juga salahlaku pimpinan PAS tidak menjejaskan taat setia Nasir kepada PAS. Thiqahnya adalah amat kepada PAS. Nyatalah kebenciannya kepada UMNO dan sayangnya pada PAS berbaloi dan berhasil.

Nasir dipilih dari sekelian manusia untuk menjadi calon PAS akhirnya. Jawatannya sebagai YDP PAS Subang telah membawa beliau ke tangga yang selalu diimpikan oleh ramai ahli jamaah. Dengan usia baru di awal 30-an, menjadi calon parlimen di usia muda adalah pencapaian yang amat tinggi khususnya bagi bekas pimpinan jamaah.

Keputusan pilihanraya yang lalu tidak menyebelahi Nasir. Calon PAS iaitu Zawawi Ahmad ditumpaskan dengan majoriti 2172 undi oleh Dato’ Ghazali Ibrahim. PAS pernah memenangi kawasan tersebut pada tahun 1999. Oleh itu, harapan Nasir adalah jikalau sentimen atau sejarah berulang lagi.

Namun, pemerhati politik melihat tiada isu yang besar yang boleh menjatuhkan BN kali ini. Mungkin Nasir lebih bernasib baik daripada Mohd Nazri Din di Kubu Gajah kerana PAS ada sejarah di Padang Terap. Samada Nasir akan menang ataupun tertiarap di Padang Terap, biarlah pengundi di sana yang menentukannya dengan izin Allah.

Pada hemat penulis, ini semua tidak penting. Yang penting, tersenarainya Nasir sebagai calon PAS merupakan satu hujah lagi bahawa sebenarnya PMIUM hanyalah aparatus perekrutan mahasiswa supaya obses dan candu kepada partai tersebut. Bagi KPT, Parlimen Padang Terap haruslah diawasi kerana nyatalah aparat-aparat PAS ini akan sentiasa mengambil sempena untuk menggunakan buruh-buruh murah PAS bagi tujuan kempen dan saraf.

Justeru, mahasiswa mestilah menjauhkan diri dari PMIUM agar tidak menjadi abdi dan hamba PAS seluruh hidup anda sekelian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: