Benarkah Raja Lawak dan Otai Dikasari Polis?

Penulis dengan penuh asyik mengambil tahu tentang pencalonan raja-raja lawak PMN dalam pilihanraya kali ini. Saban minit semalam, penulis menekan-nekan butang refresh di dalam Utusan Malaysia dan juga menanti-nanti berita tentang pertentangan 3 penjuru di Jeli, Kepala Batas dan Tenggara. Namun, malang sekali, tiada kelibat bahawa PMN akan bertanding di kerusi-kerusi ini.

Sambil-sambil melayari laman mahasiswa PAS, barulah diberitakan bahawa raja-raja lawak PMN sebenarnya cuba bertanding di Kepala Batas. Kononnya, mereka telah berarak dan cuba mendaftarkan calon mereka di Dewan Millenium. Kononnya lagi, mereka dikasari oleh polis semasa cuba mendaftarkan calon mereka.

Tidak diketahui, siapakah calon mereka? Sang Otai ataupun Raja Lawak? Ataupun kononnya, peguam mereka. Sang Otai mungkin menganggap semua orang sepertinya. Hanya faham bahasa berkasar semata-mata sebagaimana sang Otai membelasah pegawai HEP Kalam Azad suatu ketika dahulu. Polis dituduhnya juga mengasari mereka. Namun, sehingga saat ini, tiada fotografi ataupun gambar digital yang menjadi bukti pengasaran pihak berwajib terhadap raja lawak dan otainya ini.

Hanyalah satu gambar menunjukkan sekumpulan raja lawak membawa banner kononnya di Kepala Batas. Selain dari itu, hanyalah lolongan dan rengekan dari Otai dan Raja Lawak. Hairannya, semua berita itu hanya dari satu sumber dari Harakah. Hatta, laman raja lawak sendiri pun mengambil sumber berkenaan. Apakah wajar diterima sumber ahad ini ataupun tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Namun, inilah lawak jenaka bulan ini kalau tidak pun tahun ini. Takjub sekali bagi penulis, tiada pula calon PMN yang hendak berlawak di Jeli ataupun Tenggara seperti yang dilawakkan oleh raja lawak-raja lawak ini! Sedangkan jenuh mereka berlatih berlawak jenaka untuk mencabar Dato’ Mustapha Mohamed di Jeli.

Ataupun mereka sebenarnya gerun dengan AUKU? Mungkin pihak Universiti Malaya boleh mendakwa mereka terlibat memalukan nama Universiti dengan menabur fitnah kepada pihak berkuasa. Universiti Malaya sepatutnya tidak mandom dalam hal ini.

Universiti Malaya perlu melaksanakan janji mereka. Raja lawak-raja lawak ini hanyalah diberi amaran tidak lama dahulu. Namun, amaran Universiti Malaya dianggap lawak sahaja oleh mereka. Mereka menganggap Universiti Malaya hanya berlawak sama seperti mereka berlawak untuk bertanding di Jeli. Kesimpulannya, mereka tahu berasa takut untuk bertanding di Jeli. Akhirnya, sang otai dan raja lawak hanya mampu berlawak di hadapan Dewan Millenum dan juga di dalam Harakahdaily semata-mata.

Justeru, penulis berharap Universiti Perdana serius dalam menangani perkara ini. Hal menabur fitnah terhadap penjawat kerajaan adalah satu kesalahan besar. Ini tidak masuk lagi usaha untuk bertanding sebagai calon Bebas kononnya. Apatah lagi mereka cuba membuat onar di kawasan Perdana Menteri bertanding. Apakah Universiti Malaya sanggup membiarkan sekumpulan badut mencemari imej Perdana Menteri kita dan kawasannya bertanding di hari yang bersejarah itu?

Dua kesalahan besar telah tertulis.Maka, Universiti Malaya perlu mengambil tindakan agar raja lawak ini tidak menganggap UM umpama singa tidak bertaring.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: