Ekstremisme Hindraf atau PMIUM: Siapa Dalang Surau Kolej Kedua Diconteng?

Diberitakan bahawa telah berlaku contengan di Rumah Allah di Kolej Kediaman Kedua Universiti Malaya. Tiada lain melainkan kesedihan dan kesal atas perkara biadap yang dilakukan tersebut. Maka, mahasiswa terutamanya yang masih ada iman di hati mengharapkan agar pihak berwajib di Universiti Malaya dapat mengambil tindakan pantas ke atas mereka yang bersifat keji tersebut.

s6300118

Penulis mengambil dua pendekatan dalam mengamati peristiwa ini. Pertama, mengikut sahaja “flow” ataupun aliran yang berlaku di negara kita kebelakangan ini dan perkara yang berlaku ini secara harfiah ataupun literal. Maknanya, jika ada tulisan “Aum” maka, tentu sahajalah pelampau Hindu sahaja yang melakukannya. Kedua, mengiakan tulisan sahabat penulis di Pemikir Mahasiswa Online, saudara Jabdin Juhat yang mengatakan bahawa ada perkara yang tersirat di sebalik insiden ini. Penulis akan cuba mengupas isu ini dari kedua-dua perspektif dan diharapkan ini dapat membuka minda mahasiswa kita terutamanya di UM.

Jika tanggapan penulis seperti yang pertama adalah benar, maka soal perpaduan dan sikap bersyukur pada sebilangan mahasiswa India sudah luntur. Ekstremisme Hindraf yang menggugat kestabilan nasional sudah mula meresapi segelintir mahasiswa India. Perkara ini mestilah diambil serius oleh Pejabat HEP dan Canselori  serta Pejabat Keselamatan UM. Kita tidak mahu unsur ganas ala Tamil Eelam di Sri Lanka mula bertapak di kampus perdana kita.

Bertambah malang sekali, ia dilakukan di kolej yang ditadbir oleh pengetua India yang beragama Hindu dan orang kuatnya sendiri pun dari agama dan bangsa yang sama. Jika ini berlaku, yang ruginya adalah orang India. Tidak ramai orang India yang berjaya naik dan menerima amanah serta kepercayaan yang tinggi seperti Prof. Rajentheran untuk menjadi pengetua. Ini merupakan sabotaj tanpa disedari oleh puak pelampau ini.

Apakah mereka ingin berhasad dengki dengan bangsa mereka sendiri dan akhirnya Prof. Rajenthiran dan Mahaganapathy disalahkan akan hal ini? Akhirnya, kerugian adalah pada kaum India. Pemenangnya mendapat arang dan yang kalah mendapat abu. Jika inilah yang dicita-citakan oleh anak-anak buah Hindraf ini dengan bersikap biadap mencemari rumah suci orang Islam, maka hentikanlah. Kaum India sudah lama hidup aman dan merasa tenteram di Universiti Malaya, dan majoriti orang India membenci dan mengutuk perbuatan keji dan terhina ini. Atas semangat toleran inilah yang menaikkan kedua-dua pegawai Universiti yang berbangsa India ini dan mungkin lebih ramai lagi pegawai-pegawai Universiti yang berbangsa India di masa hadapan untuk sama-sama membangunkan Universiti.

Oleh itu, jika benar yang melakukan perkara ini adalah puak pelampau Hindu, maka beringatlah dan bertaubatlah kerana sikap anda akan menyusahkan kepimpinan kaum India di peringkat mahasiswa dan juga di peringkat Universiti yang telah sekian lama bersama dan berusaha gigih memastikan Universiti Malaya kekal aman serta cemerlang, gemilang dan terbilang.

keloj_2

Namun, amat menyedihkan jika benar mereka yang bersiasah Islam yang berkemungkinan melakukan perkara ini. Inilah jenayah yang tidak seharusnya dilakukan dan mereka mesti memohon maaf kepada seluruh umat Islam akan kebiadapan mereka ini.Janganlah kerana inginkan kemenangan ini, kita seolah-olah meniru musuh kita dalam tindak tanduk kita.

Penulis teringat kepada peristiwa 11 September. Hubungkait dengan peristiwa ini adalah jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa  yang sebenarnya bertanggungjawab kepada peristiwa tersebut adalah Washington sendiri.  Mereka sanggup mengorbankan ribuan manusia yang terdiri dari rakyat mereka sendiri untuk menjustifikasi pencerobohan mereka di dua buah negara Islam untuk menguasai sumber minyak di negara berkenaan. Ini amat menyedihkan. Kita tidak mahu puak-puak siyasi ini menghalalkan perkara yang haram hanya untuk memastikan sokongan mahasiswa Islam beralih kepada mereka.

Sekarang ini, yang penting adalah tindakan dari pihak berkuasa Universiti. Pihak Keselamatan perlu berusaha mencari siapa dalang di sebalik peristiwa ini. Selain itu, pihak Universiti perlulah terus berusaha tanpa jemu untuk memupuk semangat perpaduan di antara kaum dan menolak budaya pelampau terutamanya pelampau agama dari terus bertapak.Kita berdoa agar Kampus Perdana terus aman dan tenteram serta terhindar dari ekstremisme yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: