Implikasi kekalahan ProPAS di UM: Kelesuan gerakan mahasiswa mula dikikis

sumber – Akhbar Mahasiswa

PILIHAN RAYA kampus di UM baru-baru ini menunjukkan suatu fenomena yang menakjubkan. Pihak proaspirasi kerajaan berjaya menguasai 38 daripada 39 kerusi kampus yang ada. Kemenangan ini merupakan suatu perkara yang dinanti-nantikan oleh pihak proaspirasi setelah tumpas kepada proksi pembangkang di kampus sejak tahun 1996.

Kampus Universiti Malaya merupakan nadi kepada gerakan mahasiswa. Ramai tokoh-tokoh telah lahir dari Universiti ini sama ada dari pihak kerajaan ataupun pembangkang. Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga merupakan graduan Universiti Malaya. Oleh itu, senario politik kampus UM sentiasa diperhatikan kerana tradisi kemaha-siswaan yang kaya pada gerakan mahasiswa UM.

Walaupun begitu, malangnya, di antara tradisi kemahasiswaan yang dikaitkan dengan mahasiswa Universiti Malaya temasuklah keradikalannya, siri-siri demonstrasi, penyerahan memorandum, dan tangkapan ISA terhadap mahasiswa yang bersifat ekstrim. Seolah-olah tidak sah bagi gerakan mahasiswa UM jika tidak melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tuduhan pimpinan mahasiswa yang tidak terbabit dengan aktiviti sedemikian akan dicap lesu dan tidak proaktif.

Ini merupakan tanggapan yang salah dan wajar dibersihkan. Mahasiswa alaf baru bukan lagi seperti mahasiswa 70-an yang masih lagi mencari identiti dan terpengaruh dengan gerakan sosialis yang radikal. Jalan demonstrasi dan berkonfrontasi ini adalah tidak relevan dengan suasana masyarakat yang mementingkan penyelesaian yang objektif.

Namun begitu, terdapat pelbagai pihak di Universiti Malaya yang beranggapan bahawa jalan konfrontasi tetap merupakan ciri gerakan mahasiswa terutamanya pro-pembangkang. Ini dapat dilihat daripada tindakan saudara Khairul Anwar Mat Zuki, Presiden kepada dua pertubuhan haram, Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) dan juga Majlis Perwakilan Mahasiswa Islam (MPMI). Beliau bertindak mengadakan perhimpunan haram di Gazebo Universiti Malaya bersama dengan 200 orang mahasiswa propembangkang yang lain pada 15 September yang lalu. Tujuannya ialah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak Hal Ehwal Pelajar universiti secara konfrontasi akan perjalanan pilihan raya kampus.

Oleh itu, dengan tumpasnya Gagasan Universiti Malaya dalam pilihanraya kampus yang lepas, memungkinkan pemurnian gerakan mahasiswa daripada gejala subversif dan radikal. Berikut adalah implikasi kemenangan proaspirasi Kerajaan terhadap gerakan mahasiswa Universiti Malaya khususnya dan juga mahasiswa Malaysia amnya:

Pemurnian Gerakan Mahasiswa daripada Cara Konfrontasi

Modus Operandi Gagasan Universiti Malaya yang dikepalai oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya bersifat konfrontasi. Pada akhir dekad 90-an, siri-siri demonstrasi dilancarkan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mahasiswa terhadap pelbagai isu nasional. Di antaranya, ialah demonstrasi sempena pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga desakan kepada Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri sepanjang tahun 1998. Kesemua ini berlaku dengan niat memalukan kerajaan oleh proksi parti pembangkang ini.

Pemurnian gerakan mahasiswa daripada gerakan melampau ini boleh tercapai dengan kemenangan pihak proaspirasi dalam pilihan raya kampus. Tidak ada suara-suara subversif yang akan dikeluarkan oleh pimpinan mahasiswa yang baru. Masyarakat akan menilai bahawa mahasiswa Universiti Malaya majoritinya adalah mereka yang cintakan keamanan dan mampu berfikir dengan rasional sesuai dengan kepimpinan yang ada.

Tumpuan Pemimpin Gerakan Mahasiswa kepada Kebajikan Mahasiswa

Umumnya, konsentrasi pemimpin mahasiswa propembangkang adalah kepada isu nasional. Ini terbukti daripada kenyataan mereka dalam akhbar-akhbar parti pembang-kang khususnya Harakah. Contohnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) seperti “Mahasiswa berhati-hati dengan Najib ProIsa” (Harakah, 9 Januari), “Mahasiswa Kesal BN peralat pelajar” (Harakah, Mac) dan “BBMN gesa Dollah bebaskan 13 pelajar ISA” (Harakah).

Kemenangan proaspirasi menandakan saat bahawa tumpuan akan diberikan kepada kebajikan mahasiswa UM. Inilah yang dinantikan oleh para mahasiswa yang sudah bosan dengan sikap pemimpin mereka yang lebih senang bergelumang dengan isu yang tidak ada kaitan dengan mahasiswa. Sudah sampai masanya, isu kemahasiswaan dijadikan agenda utama.

Hubungan baik dengan pihak Pentadbir

Kebajikan mahasiswa tidak dapat dipelihara jika hubungan baik dengan pihak pentadbir tidak dijaga. Gerakan mahasiswa pro-pembangkang selalunya sinis dengan pihak pentadbir dan dianggap mempunyai agenda tersembunyi apabila cuba memperjuangkan sesuatu isu untuk mileage politik mereka.

Dengan kemenangan pihak pro-aspirasi, tiada agenda tersembunyi dalam tuntutan mereka dan pihak pentadbir akan lebih senang menerima aduan, cadangan dan juga sebarang tuntutan kerana keikhlasan pihak terbabit dalam menyuarakan pandangan mereka dalam isu kemahasiswaan. Dengan ini, banyak perkara yang dapat dicapai untuk kepentingan mahasiswa.

Perubahan tampuk kepimpinan gerakan mahasiswa daripada pro-pembangkang kepada pro-aspirasi mem-bawa implikasi besar terhadap gerakan mahasiswa UM.

Mahasiswa tidak lagi rela untuk diperkudakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik sempit dan ekstrim sesuatu golongan atau pihak. Sesuai dengan tuntutan zaman kini yang tidak lagi bergerak atas nama gerakan konfrontasi dan ekstrimisme, gerakan mahasiswa UM bakal menunjukkan kematangan dalam berfikir, bergerak dan bertindak tidak sahaja demi kepentingan mahasiswa tetapi juga adalah demi kepentingan agama, bangsa, negara dan mahawiswa itu sendiri serta masa depannya.

One Response to “Implikasi kekalahan ProPAS di UM: Kelesuan gerakan mahasiswa mula dikikis”

  1. Tuan, sila like kami di page http://www.facebook.com/TandaPutera. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: