Jemaah Islam Kampus Atau PMN Pilihan Hati?

Kewujudan Blog terutamanya kepimpinan mahasiswa pembangkang sebenarnya merupakan suatu rahmat kepada penganalisis politik mahasiswa kampus. Suatu ketika, analisa hanya dapat dibuat apabila sesuatu laman web menyiarkan suatu artikel kepunyaan pemimpin mahasiswa.

Hari ini, sempadan ini hampir tidak wujud lagi. Tulisan seorang Bendahari ataupun “old timer” mungkin lebih mengambil tempat di hati pembaca berbanding amir jemaah ataupun presiden persatuan. Oleh itu, protokol hampir tidak wujud, tidak seperti dahulu di mana kebanyakan tulisan di laman-laman lebih mengutamakan tulisan pimpinan tertinggi.

Namun, kadangkala, tulisan tersebut mendedahkan tahap pemikiran masing-masing. Kadangkala, boleh diampun dan kadangkala, menyebabkan orang lain mula bertanyakan kerasionalan pimpinan. Apatah lagi, taraf MT pimpinan samalah seperti Naib Presiden UMNO di peringkat kebangsaan. Maka, mungkinlah penulisan itu menyebabkan handalnya dan semakin benarlah nahu penulisan pimpinan jemaah, tetapi kandungannya mungkin menyebabkan orang tertanya akan tahap ilmu dan kefahaman individu tersebut dalam jamaah.

Politik mahasiswa sifirnya jika mengikut “gerakan Mahasiswa” masih berada di tahap lama. Politik rusuhan, politik serahan memorandum dan politik melawan undang-undang totalitarian masih mewarnai mazhab politik mahasiswa golongan ini. Inilah mazhab orthodox politik mahasiswa yang diwarisi sejak zaman 60-an. Sedangkan komunis sendiripun sudah mula membuka ruang kepada pemilikan harta tetapi golongan ini masih di dalam kerangka pemikiran lama.

Kerangkanya masih lagi berputar di paksi perhubungan  antara marhain dan pemerintah. Marhain yang diperintah dengan undang-undang zalim dan kuku besi. Pemerintah dan pentadbir yang zalim pula perlu dilawan. Itu seolah seperti kiraan mekanik klasik semata-mata. Banyak faktor lain yang perlu dikira tetapi gerakan tersebut hanya melihat konteks perhubungan sedemikian. Dan gerakan seperti PMN sebenarnya berputar atas paksi yang penulis maksudkan.

Oleh itu, bagi pemuja gerakan mahasiswa, PMN diharapkan bergerak di atas formula tersebut. Maka, dipujilah komrad-komrad seantero kampus.Tinggi harapan mereka lebih tinggi dari bintang tiga di langit.Tetapi, haruslah diingat bahawa adakah itu jalan mereka, ataupun adakah wujud jalan yang lain  selain daripada jalan yang dipuji oleh para komrad?

Gerakan mahasiswa mula dipandang “lesu” oleh mazhab orthodox ini sejak gerakan ini diambil alih oleh gerakan mahasiswa Islam. Suka atau tidak, Demonstrasi Baling dan lain-lain demosntrasi pra AUKU yang dirujuk. Demonstrasi M Nasir hanyalah nota kaki dan hanya menjadi tajuk utama usrah qiyadi sahaja. Sumbangan gerakan mahasiswa Islam dalam Key Performance Index gerakan mahasiswa hanya membawa makna dalam taktik dan realpolitik gerakan tersebut.

Selain dari itu, mahasiswa sudah bertuan. Di bawah sosialis hatta di bawah Anwar, gerakan mahasiswa merdeka. Tidak diketahui adakah wujud bai’ah ataupun perekrutan langsung parti sosialis terhadap individu seperti Hishamuddin Rais dan Syed Hussein Ali. Tetapi, yang pasti, individu seperti Hishamuddin Rais adalah seumpama “loose canon” yang mampu menembak semula apa sahaja jenis kawalan ke atasnya.

Namun, zaman pasca AUKU, mahasiswa mula bertuan. Tuan mereka samada ABIM ataupun PAS. Awal 80-an, detik gerakan mahasiswa menjadi hamba. Bermulanya campurtangan dan arahan PAS untuk masuk ke dalam kampus selepas mahasiswa jujur membantu mereka di zaman Anwar. Maka, apabila menangnya Muhammad Hussin sebagai Presiden PAS maka bermulalah sejarah perhambaan gerakan mahasiswa.

Mahasiswa kononnya sebagai suatu lagi estate baru selain dari estate pekerja yang mampu menjatuhkan kerajaan. Tetapi, malangnya ia hanyalah alat kepada satu lagi  “kuasa totalitarian”. Jika dahulu mahasiswa bebas merdeka, tetapi selepas zaman Muhammad Hussin, mahasiswa hanyalah menjadi bidak semata-mata.

Malang sekali, kuasa mahasiswa yang kononnya mampu menjatuhkan kerajaan tidak dihalakan kepada belenggu sebenar yang mengawal gerakan mahasiswa. Jika kononnya lagi Perdana Menteri takut kepada mahasiswa, tidakkah sebenarnya Presiden PAS lebih takut kepada mahasiswa? Apabila wujudnya Aspirasi, ketakutan PAS ini menjadi kenyataan.

Jemaah Islam Kampus yang diwujudkan oleh Muhammad Hussin sebagai tentera pengawal republik PAS di kampus kalah mengejut dengan gerakan Aspirasi ini. Namun, saki baki tentera semut ini terus khayal dengan paradigma mereka. Mereka menuduh mahasiswa terbelenggu dengan AUKU tetapi mereka gagal melihat bahawa bai’ah mereka lebih besar belenggunya dari AUKU yang dimomokkan. AUKU tidak pernah menakutkan mereka dari mereka-reka parti ataupun menulis blog tetapi bai’ah dan janji sumpah JIK membelenggu mereka dari mengkritik kepimpinan jamaah dan juga kuasa autoritarian mereka.

Oleh itu, apalah yang mahasiswa boleh harapkan dari JIK ataupun PMN? Orang yang bangkrap tidak dapat menjamin kewangan orang lain. Jadi, orang yang bangkrap kemerdekaannya tidak dapat menjamin kemerdekaan orang lain.

Haruslah diingat bahawa gerakan mahasiswa masih di belenggu yang sama. Mahasiswa perlulah ingat bahawa dunia masakini terlalu luas. Adakah paradigma gerakan mahasiswa pra dan pasca Muhammad Hussin masih relevan untuk mendepani kepimpinan mahasiswa di masa depan? Ataupun gerakan mahasiswa ini masih lagi memuja rusuhan, demonstrasi dan menjunjung sepanduk untuk mencapai matlamat mereka?

Ataupun mahasiswa menganggap ini semua adalah sia-sia untuk diri mereka dan juga masa depan negara. Singapura yang selalu dirujuk sebagai indeks kemajuan manusia-manusia ini juga tiadalah mempunyai gerakan mahasiswa yang sedemikian. Hanya mahasiswa negara dunia ketiga sahaja yang masih mengekalkan tahap pemikiran dan perbuatan sia-sia tersebut.

Oleh itu, sukalah penulis menyimpulkan bahawa perbuatan sia-sia atas nama gerakan mahasiswa ini sebenarnya tidak ubah seperti meminta kerja wartawan kepada Anuar Zaini di Monash University lagaknya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: