Kejatuhan PMI Dan Kebangkitan Aspirasi

sumber – Akhbar Mahasiswa

PMIUM telah wujud sejak dari tahun 1956 apabila ditubuhkan oleh Syed Naquib Al Attas. Persatuan ini kemudiannya beralih arah kepada lebih politikal apabila Kelab Sosialis dan seterusnya Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) semakin hilang pengaruh di kalangan mahasiswa Universiti Malaya. Pengaruh Revolusi Iran dan juga kejatuhan kerajaan PAS Kelantan memungkinkan satu mekanisme baru diwujudkan untuk mengkaderkan mahasiswa kepada pro-pembangkang yang condong kepada PAS. Ini ditambah pula dengan kemasukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO yang mana sebelum itu, beliau merupakan tempat bernaung mahasiswa pro-pembangkang. Maka, PMIUM telah menyediakan platform baru kepada pro-PAS di kampus bagi mengisi vakum ini sejak dari tahun 1982.

Kebangkitan kumpulan pro-kerajaan di dalam politik kampus bermula dengan tertubuhnya Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) oleh Kapten Shamsuddin Moner sebagai reaksi kepada penubuhan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan dominasi pro-PAS kepada politik kampus. Tujuan mereka adalah untuk memerdekakan kampus dari campurtangan pro-PAS. Walaupun begitu, ini tidak bermakna gerakan mahasiswa yang dibentuk bersifat pengampu dan taat membuta tuli. Sebaliknya jalan yang lebih aman dan tidak konfrontasi dipilih sebelum jalan-jalan alternatif yang lain diambil.

Pendekatan ini mula menarik perhatian ramai dan pihak BMB telah berjaya mendominasi kampus sehinggalah pada tahun 1990. Perpecahan dalaman akibat semangat kepuakan di dalam BMB dengan wujudnya perkumpulan seperti Islamic Representative Council (IRC), PKPIM dan puak Cina menyebabkan pakatan ini mudah retak. Apabila puak Cina mengisytiharkan keluar dari pakatan tersebut dengan menubuhkan AMB (Angkatan Mahasiswa Bersatu), BMB telah kalah kepada NADI dalam pilihanraya kampus. NADI adalah sayap politik PMIUM yang baru ditubuhkan dan sejak dari itu, ia mula mendominasi dunia politik kampus dan menjadi saingan kepada BMB.

Semenjak itu, kepimpinan kampus di UM sering bertukar ganti. Setiap parti politik yakni BMB dan NADI biasanya diberi peluang oleh mahasiswa UM selama 2 tahun untuk memerintah. Bergantung kepada isu semasa, jika mana-mana pihak gagal menanganinya dengan baik, maka tunggulah keputusan pilihanraya kampus akan datang. Nescaya, kumpulan yang memerintah tahun sebelumnya akan gagal untuk menang dalam pilihanraya kampus sesi hadapan. Isu yang sering menjadi perhatian ialah isu Varsiti dan Haluansiswa kerana kedua-dua ini amat rapat dengan “freshies” yang merupakan pengundi terbesar dalam mana-mana pilihanraya kampus.

Selepas kelesuan pimpinan BMB yang dikuasai pihak Persatuan Kesatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), PMIUM mula menjadi hegemoni dunia politik kampus UM. Gelombang perubahan ini menyebabkan kumpulan pro-kerajaan yang lain turut terpukul. PMI tidak lagi mempunyai saingan dan ini dikukuhkan lagi apabila proksi Anwar di kampus iaitu kumpulan PKPIM ini mengkhianati main stream politik kerajaan. PKPIM telah menandatangani kerjasama politik dengan PMIUM dan dengan ini menamatkan penentangan kumpulan ini terhadap PMI. Sedikit penentangan yang tidak bermaya barangkali datang dari kelompok sosialis didikan Hishamuddin Rais di Fakulti Ekonomi yang terus-menerus menentang dominasi PMIUM.

Senario politik ini diambil peluang sepenuhnya oleh PMIUM untuk menyebarkan dakyah mereka kepada mahasiswa. PMIUM telah menjadi kuasa besar dengan Presiden PMI sebagai pentadbir sebenar kampus dengan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai budak suruhan.

Mahasiswa Akademi Pengajian Islam (PMAPIUM) adalah setaraf dengan Presiden MPPUM dari strata pentadbiran dan politik dalam carta organisasi PMIUM. Perkara ini menyebabkan kenyataan dan juga tindakan Persatuan Mahasiswa UM tidak ubah seperti boneka PMI. Dengan ini, suara mahasiswa sebenarnya telah dinafikan oleh kemenangan kumpulan NADI ataupun selepas itu dikenali dengan nama Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM).

Suasana kampus tetap sama. Maksiat tetap berlaku di dalam kampus sama ada diperintah oleh Gagasan ataupun BMB. Dominasi dalam pentadbiran MPP dan juga Ekspo Konvokesyen UM oleh proksi PMI menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pengurusan pihak terbabit. Persatuan-persatuan dan kolej-kolej yang tidak dikuasai PMI dianaktirikan dalam mana-mana kegiatan mereka. Ini tetap terjadi walaupun persatuan itu tidak menunjukkan permusuhan dengan PMIUM dan tidak pula menyokong gerakan anti-PMIUM di kampus.

Maka, diwujudkan Barisan Kepimpinan Mahasiswa (BKM) sebagai reaksi tidak puas hati kepada Gagasan. Kewujudan BKM dipan dang sebagai anti klimaks kepada kemuncak kekuasaan PMIUM melalui sayap politiknya Gagasan.

Walaupun begitu, akibat gerakan nya yang kurang tersusun dan kurang berstr ategi jika dibandingkan dengan lawan, BKM gagal memenangi sebarang kerusi pada tahun-tahun awal penubuhannya.PMI boleh menarik nafas lega kerana dominasi media dan sebaran di kampus masih dikuasai oleh mereka.

Tahun-tahun berikutnya menunjukkan peningkatan dari segi kerusi yang dimenangi oleh BKM. Ini dibuktikan dengan kemena ngan calon BKM di Fakulti Pergigian yang tidak pernah tembus oleh pihak aspirasi kerajaan sejak dari tahun 80-an lagi.

Kekurangan pelapis di kalangan siswa PMIUM merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kelemahan PMI muta khir ini. Ramadhan Fitri Elias contohnya, terpaksa meme gang dua jawatan utama pada tahun 2003 iaitu sebagai Presiden PMIUM dan juga Presiden PMUM.

Ini jelas menunjukkan jentera PMI menga lami krisis kepimpinan dan tenaga kerja yang kritikal akibat gerakan mereka yang tidak mampu berubah sesuai dengan perkemba ngan masa.

Jika dibandingkan dengan BKM ataupun pewarisnya yakni Aspirasi UM, gerakannya lebih fleksibel dan boleh berubah mengikut keadaan dan waktu. Pro-aspirasi tidak bergan tung kepada sentimen dan juga dominasi mana-mana kumpulan kononnya atas nama kepimpinan ulamak.

Tiada diskriminasi bagi pihak aspirasi ke atas mana-mana perkumpulan dan juga individu. Dengan ini, pihak aspirasi boleh menerima dan diterima oleh mana-mana pihak.

Oleh itu, inilah merupa kan faktor utama kepada kebangkitan aspira si dan kejatuhan PMIUM yang harus diperhatikan oleh mana-mana penganalisis politik kampus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: