Kelirukah Jamaah Islam dan Ahlinya?

Gerakan mahasiswa Islam seolah-olah dalam persimpangan. Kekeliruan ahli-ahli jamaah Islam amatlah terserlah terutamanya selepas Anwar dipecat daripada UMNO. Garis pemisah yang jelas tanpa unsur mutasyabihat yang terbina selepas Anwar memasuki tong sekular kononnya telah menjadi garis kelabu yang tidak ketahuan, mana yang betul dan mana yang salahnya.

Dahulunya, garis hak dan batil disabitkan dengan kemasukan Anwar ke dalam UMNO tanpa syari’e. Pada mulanya hanya ABIM/PKPIM sahaja keliru. Tetapi selepas kegagalan cubaan jemaah IRC/JIM untuk menguasai PAS di hujung dekad 80’an, jamaah yang berasal dari UK tersebut pula masuk ke dalam UMNO. Tiba-tiba sahaja tindakan mereka yang dahulunya maha keras dalam menghukum Anwar menjadi syari’e.

Soal syari’e tidak syari’e seolah-olah seperti perbahasan ahlul kalam gamaknya dalam menentukan Allah itu wujud ataupun tidak wujud. Begitulah keadaan ahli jamaah seperti ABIM dan JIM. Dalam masa kelam ini, PAS menjadi “satu-satu”nya jamaah yang syari’e atas sebab ketuaannya dan juga ketegasannya dalam tidak menjadi sekular.

Namun, perancangan Allah sesungguhnya Maha Bijaksana. Selama ini “agak mudah” PAS menyimpulkan kekeliruan ini, tetapi dengan persitiwa Anwar “kembali dari gelap kepada cahaya”, maka sifir PAS semakin sukar. Ahli jemaah Islam kampus keliru. Bagi yang biasa berperang dengan ABIM dan JIM di era 90-an, maka tiadalah sukar bagi mereka. Tetapi, bagi mereka yang berada selepas era tahalluf siyasi, maka perkara ini tampak sukar.

Jika ada pemimpin PMIUM  bertaraf Bendahari sukar membezakan Annuar Zaini Bernama dan Anuar Zaini bekas VC UM, maka tentulah lebih sukar baginya untuk membezakan fikrah jemaah-jemaah Islam ini. Mungkin sekadar tabligh dan PMI mudah baginya, tapi apabila sampai tentang persoalan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya ia amatlah payah, laksana orang akhir zaman hendak membezakan antara Al Masikhud Dajjal dengan Isa Al Masih. Sepatutnya, bagi pemimpin mahasiswa UM tiada kegagalan sepatutnya mengenal pasti bekas VC. Jika ini berlaku,  maka ini menunjukkan bahawa masa depan kepimpinan mahasiswa pembangkang di UM sangat-sangat gelap.

Arakian, janganlah terlalu berbangga menyuruh orang meletakkan jawatan kerana undi tidak percaya, kerana kedangkalan Bendahari PMI ini lebih afdhal untuk diminta agar diletakkan jawatan. Mungkin kekelaman ini harus dijadikan iktibar dan Bendahari PMIUM ini harus bersyukur kerana belum ada aspirasi yang meminta dia meletakkan jawatan kerana ceteknya ilmu dan pandangannya.

Kelam ini belum termasuk SU Agungnya lagi. Kalau dibaca artikelnya di web mahasiswa pembangkang, seolah-olah tidak jelas tuntutannya terhadap kebiadapan Karpal Singh.  Namun, untuk “cover line” , syahdan diminta si OKU menarik balik kata-katanya pada akhir kalamnya. Kerosakan sudah dilakukan.

Ungkapan sang SU sangatlah lemah seolah-olah berkata,”Wahai pencuri, ada penyamun lagi besar, jadi untuk menjadi tidak keji, kembalikanlah barang yang dicuri”. Orang PAS apabila berkepentingan memang sanggup membelakangkan prinsip. Jika ada tuduhan orang PAS melakukan khalwat, dikatakan orang lain lagi besar khalwatnya. Tetapi, yang penting apakah salah perbuatan Karpal tersebut? Beranikah sang SU menulis artikel yang sepenuhnya mengutuk perbuatan Karpal dan mendedahkan apa yang telah Karpal lakukan di sepanjang kariernya dalam politik dan undang-undang terhadap Ketuanan Melayu dan Islam?

Saya tidak rasa MT-MT PMI ini berani. Mereka melaung-laungkan agar dibebaskan mahasiswa dari AUKU tetapi mereka sendiri gagal membebaskan diri dari PAS dan belenggunya. Mereka tergari dan terpenjara. Jasad mereka tampak bebas tetapi jiwa mereka terpenjara. Mereka hanya boleh menjadi burung kakaktua semata-mata.

Itu kekeliruan di kalangan muda-mudi jamaah. Keliruan di kalangan orang tua jamaah pun ada. Penulis berdoa ianya hanyalah kekeliruan diakibatkan oleh pujaannya sahaja , tidak lebih dari itu. Harap akidahnya ahlul sunnah wal jamaah lagi. Ada yang menjadikan Khomeini sebagai rahbar pula.Rahbar maksudnya pemimpin dalam bahasa Parsi.

Penulis jauh dari panggang menjadikan Khomeini sebagai Imam dan sangat-sangat jauhlah lagi hendak menjadikannya sebagai petanda ataupun bukti dari Allah yakni Ayatullah. Penulis tidak sanggup berimam dan berrahbarkan orang yang beraqidah Rafidhah yang menghina ahlul bayt yakni dua bapa mertua Rasulullah, Abu Bakar dan Umar radhiallahuanhuma dan juga menantu dan isteri rasulullah. Ataupun percaya ada orang lain yang maksum selain dari segala Nabi dan boleh menasakhkan pula hukum dari Nabi. Mungkinlah ada yang ingin mengangkat Khomeini kerana revolusi anak mudanya menjatuhkan Raja Iran. Tetapi,hati-hati agar tidak termasuk dalam golongan beraqidahkan Imamiyyah dan Rafidhah.

Kesimpulannya, gerakan Islam selepas Anwar dipecat menjadi keliru. “Ulamak-ulamak Haraki” dalam PAS terpaksa melakukan over haul yang besar terhadap silibus berbilang-bilang jamaah kebanggan mereka. Lebih besar lagi apabila umat hilang kepercayaan pula terhadap kebolehan ulama memimpin selepas pulangnya Alllahyarham Fadzil Noor ke rahmatullah.

Hakikatnya yang tidak pernah diulas dalam Harakah secara jujur, “ulamak” memimpin semula dalam pilihanraya kali ini hanyalah kerana minyak naik harga dan barang naik harga  bukannya sebab ummat hendakkan Islam memerintah. Jikalau ini yang dibanggakan oleh sebuah Harakah Islamiyyah maka nyatalah kemenangan ini sama nilainya dengan apa yang masuk ke dalam perut dan keluar dari perut, samada kereta ataupun manusia.

Sesunggunya “syurga dunia” impian ramai anak-anak muda jemaah berkecai selepas melihat kegagalan Hadi menerajui PAS. Ulamak yang alim dan pemimpin yang adil seperti yang dipropagandakan hanya tinggal impian dan fantasia sahaja. Suka atau tidak, itulah muhasabah yang gerakan Islam harus fikirkan dan usrahkan jikalau tujuan menyertai jamaah ini ikhlas lilLah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: