Kenapa Isu Siti Fatimah Murtad Tidak Diperbesar-perbesarkan PAS?

Sikap skeptik penulis terhadap peguam syari’e sangat mendalam. Penulis selalu menyindir mereka sebagai golongan yang mencari makan dengan cara halal tetapi Tuhan amat murka. Kerana perkara yang Tuhan paling marah tetapi halal itu adalah talak. Oleh itu, rezeki yang dicari dengan menggalakkan talak untuk mendapat komisyen “25%” adalah amat dimurkai oleh Tuhan tetapi halal. Barangkali, mereka berjaya seperti Tuan Sadiq Segaraga dan penasihatnya menjual Abd Wahab dan Abd Wahib. Tetapi, nescaya kedudukan mereka tidak ubah seperti Tuan Penasihat Tuan Sadiq Segaraga yang akan dilelong di akhirat kelak.

Dikatakan juga bahawa orang yang bercerai seolah-oleh seperti menggoncang arasy Allah. Bergegar Arasy Allah itu setiap kali ada perceraian. Mungkin juga ramai anak-anak muda yang berada di sekolah agama dipromosikan dengan kerjaya sebagai peguam syari’e terutama sekali tentang wang yang mampu dijana. Tetapi, mungkin mereka tidak sangka bahawa menjadi peguam syari’e adalah kerjaya yang paling “berkuasa” di dunia. Presiden Amerika pun tidak mampu menggoncang arasy tetapi orang yang membantu cerai-berai ini ada saham menggoyang-goyangkan arasy Allah.

Namun, ada juga yang terlajak. Jika kita melihat impilkasi cerai-berai pun sudah sampai menggoncang Arasy tetapi apahal pula dengan membantu orang menjadi murtad. Penulis agak lewat memberi komen dan dari satu segi baik tidak memberi sebarang komen. Ini kerana Mahkamah sudah menjatuhkan hukum, maka tiadalah wajar bagi penulis menjadi lebih sudu dari kuah.

Cumanya, aparat-aparat PAS bersuara sementara, namun terus tenggelam punca. Sekali sahaja laman mahasiswa pembangkang memberi komen, tetapi selepas itu bungkam tiada kata. Oleh itu, apa puncanya PAS diam dan tiada kata?

Sebelum ini, ahli Jemaah Islam Kampus yang belum merdeka dari PAS bising ke sana ke mari tentang murtad. Apa khabar agaknya Hanif Baderun? Dahulunya, Hanif telah dicabar penulis tentang iltizam beliau tentang murtad. Nampaknya, Hanif panas-panas kuih tart semata-mata.

Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.

Maka, didedahkan oleh saudara Azrinizam Ibrahim bahawa peguam Fatimah adalah seorang penceramah bebas dari parti tertentu. Kita tidak tahu berapa nombor keahlian peguam si Fatimah itu dalam partai tertentu tersebut, tetapi yang nyata sang peguam itu pernah menjadi penceramah bagi program Kemerdekaan tahun 2006 anjuran PAS Bukit Bendera. Oleh itu, isu ini tidak digembar-gemburkan oleh PAS. Ditalanya pula Islam Hadhari untuk menyorokkan bangkai gajah ini.Syahdan, berceramahlah si penggoncang arasy ini pada 13 Mei yang lalu di Surau Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, Bukit Mertajam tentang perkara ini.

Arakian, sukalah penulis bertanya, apakah halal wang yang didapatinya dari Fatimah itu dari hal membela orang yang ingin murtad? Jikalau dahulu, orang berkata bagaimana orang yang meluluskan lesen judi, arak dan sebagainya, jadi bagaimana pula dengan orang yang terlibat terang-terangan bersubahat tentang kes murtad Fatimah ini?

Namun sang peguam syari’e sepatutnya mengambil iktibar peguam-peguam kes Natrah di Singapura. Mereka mempertahankan keIslaman Natrah hatta sampai ke akhirnya. Mana perginya gah cerita Sultan Abdul Hamid, Sultan Uthmaniyyah terakhir yang menjadi cerita wajib bagi mereka yang mengikuti gerakan Islam? Tidak akan dijual seinci pun tanah Palestin kepada Yahudi kerana kemuliaan Bani Uthman mempertahankan bumi Muslimin. Murahlah sangat harga peguam syari’e ini untuk mengambil kes Fatimah ini berbanding dengan nilai berdakwah dan memasukkan orang kepada Islam, kerja tradisi para Rasul dari dahulu sehinggalah junjungan besar kita.

Namun, penceramah PAS ini tidak bersemangat demikian untuk menjaga Islam. Senyuman terukir atas kemenangannya dalam kes yang pertama seumpamanya di Malaysia. Maka, tidak hairanlah PAS senyap sahaja. Apakah murtad tidak lagi menjadi agenda? Adakah Karpal Singh lebih kabir dari Allah Tuhan Karpal Singh sehingga PAS menikus?

Maka, itulah ceritera tentang kesungguhan PAS dalam memperjuangkan isu murtad. Oleh itu, janganlah diharapkan kepada PAS untuk memperjuangkan isu ini lagi melainkan untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihanraya. Iltizam mereka dalam memperjuangkan murtad, sekejap ada, dan sekejap tiada, tiada lebih seperti kuih tart sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: