Kerusi Parlimen Kepala Batas:Singa Berlawan Datang Seorang Diri, Babi Berlawan Datang Beramai-ramai

“Singa Berlawan Datang Sendiri, Babi Berlawan Datang Beramai-ramai!”          -Sivaji The Boss

Begitulah perumpamaannya apabila PAS mengalu-alukan penyertaan PMN untuk membantu mereka menentang Pak Lah di Kepala Batas. Pak Lah seumpama singa, tidak memerlukan babi-babi pengecut seperti PMN untuk datang berlawan dengannya. PMN seperti yang penulis nyatakan dalam awal tulisan dahulu sepatutnya melihat kawasan-kawasan yang mampu dimenangi mereka seperti kawasan Lembah Kelang ataupun di kawasan Skudai.

Tetapi, PMN laksana babi sembelihan PAS. Disuruhnya bertanding di kawasan yang mustahil dimenanginya. Penulis menyeru sahaja pemimpin UMNO supaya mengajak PMN bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa ataupun di DUN Chempaka untuk menentang Datuk Nik Aziz. Mana tidaknya, Nik Aziz sudah mengeluarkan kenyataan celupar bahawa orang UMNO seumpama Orang Utan.

Sepatutnya PMN berlawan sahaja dengan Nik Aziz untuk mengkhatamkan sahaja usia kerajaan PAS Kelantan yang gagal membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Kelantan. Apatah lagi, BNlah yang berjaya membawa Universiti Malaysia Kelantan di sana, sumber baru penyokong PMN masa hadapan, jikalau PMN benar-benar jujur ingin membantu nasib mahasiswa.

PMN seumpama babi guling semata-mata. Apabila mereka disuruh bertanding oleh Saleh Man, Pesuruhjaya PAS P Pinang,di Jeli ataupun di Tenggara, ia merupakan suruhan untuk menghantar PMN ke pusat sembelihan bagi mana-mana partai pembangkang di negara ini. Apatah lagi, dihantarnya pula ke Kepala Batas. Sandiwara PAS dan PMN memang menggelikan hati. Suatu perkara yang sepatutnya dipandang sebagai menghina pemikiran mahasiswa.

Jika sekadar menjadi babi sembelihan, maka tidak perlulah PMN menyalak dan melolong. Malahan, lawak jenaka ini semakin memualkan apabila hakikatnya, PMN masih berpresiden penaja sahaja. Adakah PMN boleh bertanding? Adakah PMN sudah berdaftar?

Apakah mereka ingat bahawa menubuhkan parti politik samalah seperti pilihanraya kampus? Mungkin mereka ingin bertanding sebagai calon bebas. Tetapi, ingatlah, bahawa mereka akan kalah dengan teruk. Ini merupakan saat yang paling memalukan dalam sejarah kefahaman politik mahasiswa.

Lebih menggelikan hati, mereka turun ke Kampung Berembang untuk berkempen dan kononnya melakukan program kemasyarakatan. Sepatutnya, mereka berkempen di Kepala Batas bukannya di Kg Berembang. Mengapa mereka tidak bertanding di DUN ataupun Parlimen di mana penduduk Kg Berembang boleh mengundi mereka? Ataupun mereka hendak menyedekahkan kawasan yang berpotensi hanya kepada PAS?

Inilah lawak dan sandiwara PMN. Tetapi, lawak yang paling besar adalah apabila sebuah ‘parti’ yang belum berdaftar terhegeh-hegeh menghantar surat kepada parti-parti pembangkang untuk berkompromi untuk memberi laluan.Kenapa hanya parti pembangkang? Kenapa tidak menghantar kepada BN juga terutamanya di Kelantan walaupun ia sebenarnya tidak perlu! Inilah tanda bahawa PMN adalah  tunggangan PAS.

Nyatalah PMN tidak ubah seperti penyangak filem Tamil, cakap sahaja besar, tetapi sekali ditumbuk hero, terus melayang. Begitulah ramalan kesudahan Partai Raja Lawak Mahasiswa yakni PMN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: