Pecat-Memecat Tradisi PAS

Isu ini mungkin sudah selesai. Saat penulis menulis artikel ini, surat mohon ampun oleh Dato’ Seri Nizar kepada Sultan Azlan Shah mungkin sudah diperkenankan baginda. Maka, sebenarnya semuanya sudah tamat dan khatam bagi penganalisis politik.

Namun, penulis melihat kebanyakan penulis dan juga ahli politik banyak memperkatakan tentang sikap dan kefahaman MB Perak yang baru tersebut terhadap kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam. Bagi penulis, perkara itu sudah dikupas dengan sebegitu masak.

Persoalan utama penulis adalah adakah tradisi PAS suka memecat mereka yang tidak sehaluan dalam tempoh 24 jam? Perkara yang sama terjadi kepada Prof. Zaki Abdul Muin selaku CEO TATI(sebuah kolej swasta kelolaan kerajaan Negeri Terengganu). Beliau juga dipecat dalam tempoh 24 jam. Apa salahnya memberi peluang kepada Dato’ Jamry satu-dua minggu untuk mengosongkan pejabatnya? Bukankah zalim namanya, dalam 24 jam harus diselesaikan segala urusan pindah memindah ini dari segi akalbudi manusia biasa?

Soal kemanusiaan nampaknya sudah hilang dalam pertimbangan pemimpin-pemimpin PAS.Adakah mereka menjangka bahawa kuasa yang ada pada mereka adalah selama-lamanya? Akhirnya, kita dapat melihat bahawa kerajaan PAS Terengganu tumbang dalam hanya satu penggal sahaja. Inilah balasan kepada orang yang zalim. Tuan Guru bukanlah maksum di sisi Tuhan. Kita bukannya syiah tetapi ahli sunnah wal jamaah. Orang yang zalim walaupun seorang yang bergelar Tuan Guru tidak lepas dari seksa kubur ataupun api neraka. Inilah i’tiqad kita.

Tradisi memecat orang tidak sebulu ini merupakan praktik biasa dalam gerakan jemaah ini. Apabila orang IRC atau MSM naik, maka orang ABIM/PKPIM dicantas. Jikalau orang PAS naik, maka orang MSM/IRC/JIM pula yang ditebas. Perkara ini adalah biasa bagi mereka. Oleh itu, sekadar memecat Dato’ Jamry sebagai Pengarah JAIP adalah praktis biasa bagi mereka yang berfikrah jamaah. Mereka kadangkala lupa bahawa orang bukan sejemaah dengan mereka juga adalah manusia jika dirasakan mereka ini kurang cukup Islamnya.

Mereka lupa bahawa tindakan mereka seperti penguasa-penguasa Muslim Andalus zaman silam. Mereka lebih senang bersetongkol dengan kerajaan Kristian Utara Sepanyol mengganyang mereka yang sebangsa dan seugama dengan mereka. Begitulah hubungan Nizar dan Ngeh.

Nizar lebih senang bersama dengan Ngeh dan bersetongkol dengan DAP serta ADUN-ADUN PKR yang bukan Islam daripada dengan UMNO sewaktu krisis menteri Besar dahulu. Nizar seolah-olah bersikap seperti musuh Abu Abdillah ataupun Boabdil (nama yang diberikan musuh Islam Granada) yang gembira melihat Boabdil menangis menyerahkan kunci Granada kepada Ratu Isabella walaupun sama-sama Islam semata-mata kerana dengki khianat.Inilah sikap buruk yang ada bagi PAS.

Dengan mengetahui ataupun mengikuti usrah jamaah, mereka seperti telah memegang lesen besar yang dinamakan lesen jemaah. Lesen ini memberikan mereka suatu “kuasa mutlak” dalam hal ugama. Oleh itu, mereka berkuasa untuk mengarah dasar keugamaan mengikut kehendak mereka walaupun bukan berkelulusan agama.

Itulah punca kenapa diwarwarkan MB Perak yang baru ini juga pandai berkhutbah seperti juga MB Kelantan ataupun dahulunya MB Terengganu. Walaupun bukan lulusan agama, tetapi kerana berfikrah jamaah, orang jamaah ada lesen “to kill”. Inilah lesen yang digunakan oleh PMIUM untuk memonopoli Akademi Pengajian Islam dan juga memperlekehkan profesor-profesor dan guru-guru mereka di API yang tidak sefikrah dengan mereka. Padahal, mereka sarjana muda pun belum lepas.

Maka, selagi mana agama Islam dipecah-pecahkan kepada jamaah-jamaah Islam yang hukum syaraknya ditentukan oleh “ulamak-ulamak” haraki, maka inilah hasilnya. Walhal sepatutnya, tatacara hubungan sesama Islam wajarlah berpandukan al Quran dan sunnah. Jika ini berlarutan, ketuanan Islam yang diimpikan adalah omongan kosong.

Sebenarnya, PAS memang “benci”kan ketuanan Melayu tetapi ingatlah ketuanan Melayu bersendikan Islam, sama seperti ketuanan Andalus. Apabila hilang ketuanan Andalus, maka hilanglah Islam di bumi Sepanyol.

Mungkinkah ilmu sejarah Dato’ Seri Nizar tidak sehebat ilmu Haraki ataupun ilmu jamaah beliau sewaktu menuntut di UK?

2 Responses to “Pecat-Memecat Tradisi PAS”

  1. February 8, 2009 at 7:08 am

    Kerajaan pakatan rakyat di Perak Musnah dan tidak sah??
    Kerajaan barisan nasional yang terbaru??

    Mengikut Undang-undang yang merujuk Perkara 16(6),Sistem Raja Berpelembagaan Malaysia,Sultan hanya mempunyai kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tetapi tidak kepada Menteri Besar (MB).MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negri (DUN),undi tidak percaya didalam sidang DUN atau MB sendiri yang meletakkan jawatan.

    Update 08.02.09:08:30 am

    Sekarang Dato’ Seri Ir Nizar bertindak berani mempertahankan hak rakyat yang memilih beliau.Biar rakyat yang menentuan.
    Sekarang siapa yang benar???BN atau PR??
    Adakah media BN memutar belitkan fakta??
    Dato’ Seri Ir Nizar masih lagi Sah!Dr Zambry diperkenankan oleh sultan
    Sekarang Pertama didalam sejarah Malaysia,Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 2 Menteri Besar!!!!!!!!!

    Update 08.02.09:02:40 pm

    Mesyuarat Exco Berjalan, Nizar Mengekalkan Jawatan Sehingga Mahkamah Memutuskan

    Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.
    Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi. Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut: – tajak pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut,- menghidupkan semula lapangan terbang Ipoh untuk pesawat tambang murah bagi menggalakkan pelaburan,- kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta kepada warga tua yang meninggal dunia, dan- seramai 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat – sebelum ditumbangkan oleh BN minggu ini – akan terus menjalankan tugas mereka.Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.Katanya kepada Malaysia kini beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya. Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan. Tindakan yang sama akan diambil oleh barisan exco tiga parti utama kerajaan campuran itu.Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam.

    Anda fikirkan sendiri.
    2MB dalam satu negeri.
    ………………………………….
    rakyat menentukan BN atau PR mmerintah!!!!

    Jangan hanya menuduh PR/BN yang salah.Buka Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

    jati perak

    • maharajazhou Says:

      Mengikut Undang-undang yang merujuk Perkara 16(6),Sistem Raja Berpelembagaan Malaysia,Sultan hanya mempunyai kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tetapi tidak kepada Menteri Besar (MB).-ikut saudara Poohboyz

      Silap-ia sepatutnya:Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat.
      Tetapi, ini hanya benar apabila MB ada majoriti.

      Dalam Artikel 16 Fasal 6 menyebut jika beliau hilang kepercayaan beliau mesti meletak jawatan

      Sekarang,Pakatan Rakyat tiada majoriti.

      Oleh itu,BN mempunyai majoriti dan ingat,Sultan telah memanggil 31 orang ADUN dari 59 untuk mengesahkan hal ini.

      Bila mana,MB hilang majoriti,Sultan beri keputusan untuk menitahkan Nizar letak jawatan ataupun ia akan menjadi kosong secara automatik.

      Cuba beri dalil ada tak dalam undang2 tubuh kata mesti buat sidang DUN baru boleh hilang majoriti?Di sini wujud area kelabu.Maka, di sini Sultan berhak memutuskan bahawa Nizar telah hilang jawatan.Bolehkah minoriti perintah majoriti dalam kerajaan berdasarkan siapa kerusi lebih dialah memerintah?

      Jika tiada dalil.jangan cakap banyak.

      Sami’na wa ato’na.Kami dengar dan Kami taat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: