Pendedahan Eksklusif Campurtangan Aparat PAS Merekrut Mahasiswa 8hb Mac 2004!

Penulis terbaca tulisan otai PMI baru-baru tadi tentang kononnya penderitaan dan kenangannya pada tarikh 8 Mac 2004. Sebenarnya,penulis ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada otai PMI. Otai PMI ini pernah terlibat memukul pegawai HEP, Kalam Azad ini beberapa tahun yang lalu. Kita berharap otai PMI ini terus beristiqamah dalam PAS dan terus menerus beriltizam dengan PMI yang ada. Aspirasi memang berharap watak-watak sebegini terus bersama PMI sampai bila-bila.

Penulis mengucapkan syabas kerana sang otai tidak sama dengan pimpinan PMI yang lain. Masing-masing berada dalam comfort zon terutamanya dari bekas-bekas pimpinan Akademi Pengajian Islam. Pada saat ini mereka telah mula berangan-angan untuk memasuki pejabat kadi, atau sebagai ustaz ataupun lebih hebat lagi memakan riba di bank-bank atas nama perbankan Islam.Mereka selepas berkhidmat hatta sebagai Mas’ul Kolej sudah relaks dan menikmati zaman “pencen”.

Tidak seperti kuli-kuli batak PMI yang lain yang terus mencurahkan bakti walaupun saat konvokesyen sudah hampir mencabut “nyawa” mereka dari alam kampus. Malah, ada yang sampai-sampai memanjangkan umur mereka di kampus semata-mata kerana berbakti dan mewakafkan diri mereka untuk perjuangan bughah PAS ini di kampus.

Maka, sekonyong-konyong, sang otai mendedahkan fitnah yang menyebabkan mereka tertangkap setarikh dengan kempen pembangkang di Sanggang. Dikatakan mereka membantu pembangkang tetapi nyata, mereka menafikan. Padahal, HEP UM pun tidaklah arif kerana tidak mengetahui bahawa agenda PAS kampus ini lebih kabir lagi yakni untuk merekrut freshies-freshies ini untuk bersama dengan PAS.

Sang otai mendedahkan bahawa kem yang mereka sertai adalah kem yang dianjurkan oleh UKP. Apakah itu UKP? UKP adalah adalah singkatan daripada Usrah Kebajikan Professional yang dianggotai oleh bekas-bekas mahasiswa dari ahli unit atau ahli jemaah PAS UM.

Saya ingin bertanya kepada sang otai apakah pengisian Kem Smart IBadah 2004 (‘ Abid 04) itu? Adakah ia tamrin panjang yakni tamrin bai’ah kepada PAS seperti yang berlaku kepada Wan Norhayati ataupun hanyalah mukhayyam semata-mata? Tetapi itu tidak penting! Yang penting adalah pembabitan dan campurtangan haram Usrah Kebajikan Professional dalam mempengaruhi mahasiswa Universiti Malaya.

Maka, benarlah kata-kata aparat-aparat PAS di kampus, mereka memerlukan sang otai! Tetapi ingatlah, bahawa sang otai ini bukanlah Umar Al Khattab tetapi Umar Al Makhzumi (Abu Jahal). Bagi dirinya, dia merasakan dirinya Abul Hakam ataupun Bapa Pengadilan ataupun Si Cerdik tetapi sebenarnya dialah Abu Jahal.

Oleh itu, kita menyeru sang otai ini terus menulis apatah lagi sempena pilihanraya ini, supaya pihak Aspirasi, dan HEP dapat mengetahui permainan PAS dalam pilihanraya kali ini. Sang otai memang gopoh. Oleh itu, biarlah sang otai tetap teguh dan utuh bersama PMI sebagaimana Umar Al Makhzumi bersama jahiliyyah agar kebejatan dan kesongsangan PMI dalam memperalatkan mahasiswa terus terbongkar.

Syabas dan teruskan usahamu sang Otai!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: