Raja Lawak-Raja Lawak PMN Diberi Amaran:Apakah Kesudahannya?

Arakian diberitakan bahawa pada 12-13 Februari yang lalu, raja lawak-raja lawak PMN telah dihadapkan ke mahkamah Universiti. Mereka dihadapkan kerana teringin ingin menjadi raja lawak untuk mendaftarkan lawak jenaka mereka yang dinamakan sebagai Parti Mahasiswa Negara.

Ia merupakan lawak jenaka teragung dalam sejarah aktivisme mahasiswa kerana nescaya ia akan dihalang dan terhadang dek AUKU. Lebih lawak lagi, sepanjang lawak jenaka tersebut, sasaran lawak jenaka mereka hanyalah kepada KPT semata-mata.

Penganjur parti lawak ini bernasib baik kerana hanya diberi amaran. Ini menunjukkan bahawa Universiti memandang aksi-aksi jenaka mereka ini hanyalah tindakan yang tidak matang dan terikut-ikut dengan aksi jenaka otai-otai mereka di Dewan Pemuda PAS semata-mata. Namun, ada juga dari empat orang yang terdakwa tersebut mengikut jejak langkah otai mereka memukul orang.

Dikatakan peserta raja lawak yang teringin menjadi otai itu sanggup menumbuk seorang mahasiswi. Mungkin bagi PMI mereka menganggap memukul orang ini hanyalah lawak jenaka sepertimana otai mereka suatu ketika dahulu memukul pegawai Universiti bernama Kalam Azad.

Dan raja lawak-raja lawak yang dikepalai ketua raja lawak, Mohd Azlan Zainal mengatakan bahawa selagi mana tidak dihalau polis maka perbuatan mereka berkumpul di depan Suruhanjaya Pilihanraya itu tidak salah. Wahai Raja Lawak, barangkali kamu teringin mengistinbatkan hukum, jika tiada pencegah maksiat maka tiadalah salah orang berzina?

Mungkin jika ada penzina berjumpa si raja lawak, dia boleh berkata dia sudah berzina selama sejam di bilik dan tiada pulak pencegah maksiat yang menangkap, adakah perbuatannya itu haram? Begitulah humor yang cuba dibuat oleh ketua raja lawak demikian.

Syahdan, dikatakan hanya seruan mahasiswa supaya bebas saja disebut. Wahai Raja Lawak, ingatlah ketika kamu mencabar Dato’ Mustapha Mohamed! Kenapa kamu tidak mencabar Salahuddin Ayub? Kenapa kamu tidak mendedahkan apa yang didedahkan oleh Otai kamu tentang campurtangan UKP yakni aparat PAS? Kenapa anda menjadi hipokrit? Kenapa suara anda hanya diterbitkan oleh Harakah?

Maka,ingatlah bahawa tindakan anda mencemar nama Universiti Malaya walaupun ia hanyalah lawak jenaka. Oleh itu, padanlah, jika raja lawak-raja lawak ini diberi amaran keras oleh Universiti.

Wahai raja lawak-raja lawak sekelian, kamu semua bernasib baik kerana hanya diberi amaran sahaja. Fikirkan jika jamaah yang kamu lawan, adakah kamu akan diberi amaran sahaja? Ataupun hisbah akan menjatuhkan hukuman yang lebih berat.

Itu tandanya kerajaan masih melihat dan sayang akan masa depan anak Melayu, dan menganggap persoalan yang dibuat hanyalah lawak tidak matang dari kumpulan lawak PMN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: