Siapa Mahasiswa Pro-Islam ?

sumber – Akhbar Mahasiswa, Oktober 2004

MAHASISWA pro-Islam merupakan istilah yang digunakan oleh mahasiswa yang condong kepada PAS untuk menggambarkan diri mereka. Penggunaan istilah ini digunakan agar masyarakat di luar kampus lebih bersimpati kepada mereka selain daripada mengelakkan diri mereka dari dikaitkan dengan parti pembangkang.

Kemasukan pengaruh PAS ke dalam kampus secara langsung bermula apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Sebelum ini, ABIM telah diamanahkan oleh PAS untuk menjalankan proses pengkaderan di kalangan mahasiswa. Ini berubah di zaman pasca 1982 di mana PAS telah masuk secara terus di dalam kampus dan mula membina kumpulan mahasiswa yang berkiblat terus ke Taman Melewar sendiri.

Secara amnya, mahasiswa yang condong kepada gerakan dakwah dan menggunakan label Islam terbahagi kepada dua kelompok umum iaitu kumpulan yang tidak terlibat dengan politik kampus dan yang terlibat dengan politik kampus. Tabligh dan juga Al Arqam suatu ketika dahulu, mengambil pendekatan pertama. Manakala, PAS, ABIM, dan JIM mengambil cara yang kedua.

Namun, hanya mahasiswa PAS sahaja yang berani menggelarkan diri mereka sebagai mahasiswa pro-Islam. Mesin penerangan PAS juga hanya menggelarkan diri mereka dan juga sesetengah pihak yang dianggap senada dengan mereka di luar negara sebagai pro-Islam. Parti AK ataupun Adalet ve Kalkinma Partisi yang diketuai Recep Erdogan dianggap pro-Islam oleh PAS sebelum memenangi pilihanraya tetapi akhirnya lebih selesa dianggap pro-Eropah yang konservatif daripada dicop sebagai parti Islam setelah memegang kuasa.

Mahasiswa JIM, ABIM dan PAS pernah bergelut di kampus. Mahasiswa yang bernaung di bawah ABIM pula dipandang sebagai mengkhianati roh perjuangan Islam dengan bersama dengan mahasiswa pro-Kerajaan. Mahasiswa yang selesa dengan IRC (selepas tahun 1990 diisytiharkan sebagai JIM) agak garang di akhir dekad 80-an, dan mereka juga menunjukkan kecenderungan yang sama seperti mahasiswa yang condong ke arah ABIM. Kedua-duanya mengambil dasar berkonfrontasi dengan mahasiswa yang dilatih oleh PAS.

Polemik antara mahasiswa gerakan Islam yang bersifat politik ini lebih parah sesama mereka daripada mereka yang tidak melabelkan diri mereka dengan politik agama ini. Faktor ini memaksa mereka mendefinisikan siapa mereka dan dari itu, cuba menjustifikasikan kewujudan mereka di kampus.

Secara tidak langsung, ini menyebabkan luka yang dalam kepada kumpulan yang bertentangan hanya kerana mereka tidak bersama dalam perkumpulan yang sama. Semakin parah lagi apabila mereka saling memperlekehkan kewujudan kumpulan yang lain dalam perkumpulan mereka.

Secara luar sedar, mereka sebenarnya terlupa akan asas Islam sendiri yang meletakkan dua kalimah shahadah dan rukun Islam yang lain sebagai penentu keIslaman seseorang. Ia bukannya diukur kepada penyertaan ke dalam satu perkumpulan untuk membuktikan ketakwaan dan kesolehan individu terbabit.

Selagi mana perkara ini tidak diselesaikan mengikut neraca Islam yang fundamental, isu perpecahan di antara umat Islam akan bertambah parah di kampus-kampus sama ada yang mengikuti gerakan sedemikian ataupun yang tidak bersama dalam mana-mana kumpulan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: