Antara Kad Diskaun dan Hasutan Protes 13 Julai? Manakah Pilihan Kita?

Baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan untuk melancarkan Kad diskaun untuk mahasiswa. Begitulah kiranya faedah yang sepatutnya telah lama dimiliki oleh mahasiswa. Segala puji bagi Allah SWT, lebih baik lewat dari tiada. Maka, sepatutnya mahasiswa menggunakan peluang ini untuk berjimat dan membeli-belah apa yang patut.

Konsep ini telah lama dipraktikkan di luar negara. Malahan, ia dibuat di bawah gabungan persatuan-persatuan mahasiswa dan diiktiraf oleh jaringan pekedai-pekedai seantero negara. Idea seperti ini barangkali boleh diaplikasi oleh mana-mana persatuan mahasiswa yang benar-benar mahu memperjuangkan hak mahasiswa.

Tetapi, seperti biasa, kebanyakan golongan yang kononnya peduli kepada mahasiswa tidak peduli kepada keperluan mahasiswa. Yang mereka peduli adalah  untuk mengurut janggut-janggut dan menjadi intan payung tuan mereka sahaja. Itulah yang menyebabkan gerakan mahasiswa lesu dan beku.

Hairan, kenapa tidak digunakan sahaja jaringan ini untuk kepentingan mahasiswa? Mereka menggunakan jaringan ini untuk demonstrasi dan kerja-kerja merosakkan nama baik universiti dan mahasiswa. Bayangkanlah jikalau gerakan mahasiswa ini menggunakan kelebihan jaringan mereka untuk faedah mahasiswa, alangkah indahnya.

Imaginasikanlah jikalau mereka dapat membuat kad mereka dan kad mereka laku untuk diskaun baju, buku, kopi jantan, kopi larat dan ubat herba. Walaupun sedikit, tetapi dapat menjimatkan wang mereka terutamanya untuk pengangkutan. Begitu juga, penulis dapati bukan murah makan di Amjal. Manatahu kalau wujud kad diskaun sebegini oleh gerakan mahasiswa saluran belakang PAS ini, warung yang mahal ini boleh memberi sedikit diskaun terutamanya selepas solat Jumaat.

Tetapi, nyatalah, kerja merosak dan kerja membahayakan mahasiswa ini sahaja yang mampu menjadi gagasan mereka. Penulis juga difahamkan bahawa ex- ahli  JIK ini akan menjadi ahli Usrah Kebajikan Professional (UKP). Takjub juga penulis, yang UKP ini sejak zaman Muhammad Hussein, hanya tahu kutip duit sahaja. Bila nak keluarkan duit pun penulis tak pasti. Ini lagi-lagi diperlukan terutamanya dalam meringankan bebanan yang memerlukan lebih-lebih lagi yang hendak bernikah (inilah asnad yang paling ramai di kalangan graduan ahli jemaah, kerja susah dapat, kahwinnya mahu sahaja).

Penulis apabila bersolat di Masjid India kagum dengan masyarakat India Muslim yang masjid mereka hidup dan dapat berdiri dengan kewangan mereka sendiri tanpa terlalu berharap dengan bantuan orang lain. Namun, penulis melihat orang terpelajar dari kalangan mahasiswa PAS saluran belakang ini, walaupun ada lulusan ekonomi ataupun tercungap-cungap hendak menghabiskan ijazah ekonomi ini tetapi ideanya masih lagi bergantung dengan derma dan belas ihsan orang lain.

Pimpinan hanya tahu, apa yang ahli dan mad’u (anak-anak usrah) boleh berikan pada jamaah, tetapi jamaah tidak pula tahu apa yang hendak diberikan kepada ahli (barangkali zaujah, itupun selektif sahaja) dan juga masyarakat kampus. Hanya tahu mengganggu mahasiswa untuk pergi berdemonstrasi. Itu sahaja. Namun, tepatlah kata-kata penulis, bahawa mahasiswa PAS saluran belakang ini hanya akan bertindak apabila disuruh sahaja. Apa kejadahnya apabila terhegeh-hegeh tatkala diarahkan untuk menyertai demonstrasi Protes 13 Julai ini. Tiada kreativiti langsung seperti otaknya berada di hujung saluran najis sahaja.

Cuma apa yang penulis ingin simpulkan adalah bahawa kerajaan cuba melakukan yang terbaik untuk mahasiswa dan pengenalan kad diskaun merupakan salah satu daripadanya. Kerajaan tidak pernah mengharapkan mahasiswa membahayakan diri dan menyusahkan batang tubuh kita.

Kerajaan yang ada ini tidak pernah meminta banyak dari kita semua. Jadi renung-renungkanlah, tanyalah apa yang telah kerajaan buat untuk anda, dan pernahkah mereka (yakni kerajaan) bertanya apa yang perlu anda buat untuk kerajaan.

Apa yang kerajaan pinta dan rayu adalah belajar rajin-rajin dan binalah diri kita sebagai modal insan bakal pewaris negara. Susah sangatkah permintaan ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: