Anwar Liwat Lagi?

Penulis ingin memetik laporan akhbar hari ini di Utusan Malaysia tentang laporan seorang pemuda yang dikatakan bernama Saiful Bukhari Azlan, pada pukul 5.45 petang hari Sabtu, 28 Jun 2008 Dia dikatakan telah dilantik menjadi pembantu khas DS Anwar Ibrahim dan merupakan bekas MPP UNITEN:

Liwat: Laporan polis terhadap pemimpin politik

“KUALA LUMPUR 28 Jun – Seorang pemimpin sebuah parti politik didakwa meliwat seorang pekerjanya di sebuah tempat di ibu negara. Khamis lalu.Satu laporan polis mengenai dakwaan tersebut dibuat oleh lelaki berusia 23 tahun itu di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dimaklumkan kepada beliau dan siasatan terperinci akan dilakukan.

Jelasnya, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, lelaki berkenaan mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

“Lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur esok atau Isnin ini untuk pemeriksaan kesihatan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Siasatan terperinci akan dilakukan selepas menerima laporan DNA tersebut,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini. “

Mingguan Malaysia-29 Jun 2008 MS 3.

Sehubungan dengan itu, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi dalam laman rasmi Parti Keadilan Rakyat:

KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM, 29 JUN 2008

29 Jun 2008
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan. Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

*Dipetik dari laman Parti Keadilan Rakyat: http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/628/1/

Suka penulis ingatkan kepada semua bahawa hukuman kepada orang yang menuduh liwat dan zina tanpa saksi yang empat serta adil adalah 80 kali sebatan sesuai dengan hukuman Qazaf.

Namun, penulis dengan kerasnya mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menafikan bahawa dia tidak melakukan liwat dengan Saiful Bukhari dan bukannya sekadar mengeluarkan kenyataan bahawa “ia rekaan semata-mata”.

DSAI tidak menafikan bahawa dia telah meliwat Saiful Bukhari dan DSAI lebih gemar bersilat dan bermain kata-kata bahawa wujud konspirasi terhadapnya. Banyak persoalan-persoalan yang perlu Anwar jawab dan terangkan. Persoalan kini bukanlah serangan peribadi. Persoalan kini bukanlah untuk menyeru rakyat bangun menentang sesiapa.

Persoalan kini bukanlah juga keputusan PRU 12 yang menyebelahi Anwar. Persoalan kini adalah cabaran kepada DSAI untuk menafikan perbuatan liwatnya dengan nyata dan jelas kepada rakyat Malaysia terutamanya penyokong PKR dan PR.

Selainnya, kita serah kepada Allah SWT dan proses kehakiman negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: