BBMN Lebih Machiavelis di Bawah Hilman Nordin?

Muhyiddin Abdul Aziz, Presiden PMIUM tahun 1993/94 dan 1994/95 pernah risau akan siapa penggantinya. Mana tidaknya, di bawah kepimpinannya, MPMUM di bawah penguasaan BMB yang pro kerajaan. Menjadi umat PMIUM seperti menjadi umat yang hampir-hampir pupus pada zaman itu. Ketika itu, Dato’ Seri Anwar yang menjadi pujaan ramai ahli jamaah masa kini adalah faktor kepupusan spesis jamaah. Namun akhirnya, ada juga orang yang dirasa sesuai untuk menggantikannya yakni Abu Zaki Ismail.

Agak sukar sebenarnya untuk membayangkan bahawa seorang bukan Akademi Pengajian Islam untuk menjawat salah satu jawatan tertinggi dalam wajah-wajah ciptaan PMI/JIK. Biasanya, jawatan Bendahari secara tradisinya diberikan kepada watak-watak bukan AI dalam PMI. Mungkin juga faktor kenapa Hilman Bin Nordin terpilih menjadi Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)adalah sama dengan faktor kenapa Ustaz Muhyiddin Abdul Aziz menjadi gundah gulana di saat hampir dia melepaskan jawatannya sebagai pimpinan.

Hilman Nordin

Hilman Nordin

BBMN sering dipuja-puja kerana ia adalah salah satu wajah jamaah yang bersifat seperti United Nation mahasiswa pembangkang. Sebenarnya, dari segi nama pun telah menunjukkan bahawa pengasasnya sendiri barangkali kagum dengan Barisan Nasional. Zulkifli Yusof(bukan Zulkifli Yaakob seperti dinyatakan oleh  sesetengah  pimpinan PMI yang keliru) yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. Walaupun tampak senyap melainkan dalam majlis-majlis dalaman, bekas pimpinan ini telah berjaya merekrut 2 bekas presiden PMI untuk berada di dalam jabatan tersebut yakni Profesor Madya Dr Ishak Sulaiman (Presiden PMIUM 1990/91) dan Encik Anwar Ridwan Zakaria (Presiden PMIUM 1996/97) sebagai tutor.

Terdapat beberapa faktor yang mengasbabkan Hilman bakal pelajar Tahun Empat Kejuruteraan Pembuatan ini terpilih sebagai Pengerusi BBMN yang baru. Mungkin keyakinannya untuk memegang biawak hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan. Mungkin ke tahap penyelia thesis barangkali. Tetapi sukar batang yang reput menanggung langit. Mungkin itulah yang akan terjadi kepada prestasi akademik Hilman, lambat laun kerana taksub dan fanatiknya kepada jamaah.

Sebab pertamanya dia diangkat sebagai Pengerusi BBMN adalah kerana kedudukannya sebagai Ahli MPMUM. Walaupun sebenarnya, jawatan ini biasanya diberikan kepada Presiden MPMUM dari kalangan ahlul jamaah, tetapi kali ini, Presiden MPMUM masih lagi dipegang oleh non jamaah. Ditambah pula kali ini, kampus lain mungkin nampak kurang bersedia ataupun lebih gemar tertumpu ke arah menguatkan jamaah secara lokal daripada keluar seperti apa yang berlaku di Universiti Malaya.

Tetapi, pandangan penulis mungkin lebih menjurus kepada tenggelamnya BBMN sebagai wadah jamaah yang berkesan. Ini disebabkan oleh keserlahan GAMIS dan juga wajah PMI yang baru yakni PMN. Maka, BBMN hampir dilupakan. Oleh kerana banyak tenaga penggerak telah dikerah di front baru jamaah, maka tinggallah saki baki pimpinan jamaah. Oleh itu, pimpinan kelas kedua tetapi ada nama (kerana menimbulkan kontroversi) dipilih. Jikalau tidak, BBMN sebagai front yang pernah dipuja dan disanjung jamaah akan luput ditelan zaman.

Oleh itu, Hilman Nordin adalah calon yang sesuai. tetapi apakah corak gerakannya nanti? Untuk cepat glamour mestilah vokal dan pandai mencari publisiti walaupun seperti masuk bakul angkat sendiri. Penulis masih lagi teringat-ingat kes conteng surau Kolej Kediaman Kedua pada 29 Januari 2007. Hilman merupakan Pengerusi Balai islam sebelum September 2007 dan merupakan Mas’ul Kolej Kediaman Kedua. Tuduhan pihak PMI tentulah kepada golongan Hindu di Kolej Tuanku Bahiyyah itu. Perkara ini digembar-gemburkan PMI untuk mengurangkan kredit Pengetuanya, Prof. Rajendran kerana rumah ibadat orang Islam diconteng di kolej yang pengetuanya bukan Islam. Misteri masih wujud kerana Hilman orang pertama menemui surau tersebut dalam keadaan begitu.

Jika credential Hilman yang senang sekali melanggar peraturan kolej iaitu tinggal sebagai squatters, penglibatannya dalam pengeluaran risalah haram pada 5 September 2007 dan secara misterinya dikaitkan dengan contengan surau, maka sekarang kita dapat melihat bahawa barangkali seorang Machiavelis telah dilantik untuk mengetuai BBMN.

Adakah Persatuan Mahasiswa lain seperti SRC UIA akan berdiam diri? Ataupun wala’ lebih afdhal dalam hal ini? Jika benar begitu, maka kita akan melihat bahawa pilihanraya kali ini akan menjadi pilihanraya paling kotor yang pernah dimainkan di seluruh kampus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: