Benarkah Saiful Bukhari Bukan Pembantu Khas Anwar?

Kenapakah Anwar Ibrahim sekarang mengadakan pendakwaan ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail? Rakyat hairan dan takjub bahawa kenapakah kes ini yang dibawakan bukan pembelaan diri terhadap kes tuduhan liwat yang dikenakan terhadap dirinya.

Diberitakan dalam Berita Harian bahawa beliau mempunyai saksi dan alibi. kenyataan ini telah DSAI keluarkan pada 1 hb Julai 2008:

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai alibi dan saksi untuk menyokong keterangannya bahawa tidak berlaku kes liwat Khamis lalu, seperti yang didakwa dalam laporan polis terhadapnya.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau juga mempunyai rekod diari dan maklumat sokongan bagi menyokong keterangannya itu tetapi peguamnya menasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan.
 

 

“Saya boleh menyatakan ini konspirasi… ini (liwat) tidak berlaku… pada 1998, mereka (polis) merampas diari saya dan tidak mengembalikannya semula menyebabkan kami sukar untuk mengingati kembali apa yang berlaku.
“Sekarang masih segar dan ada maklumat sokongan, tentunya sekarang ada rekod dan diari,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara, dekat sini semalam, sehari selepas beliau meninggalkan Kedutaan Turki, kelmarin.
 

 

Saiful Bukhari Azlan Bekas Pembantu Anwar

Saiful Bukhari Azlan Bekas Pembantu Anwar

Kita hairan, kenapakah Anwar tidak berani mengatakan konspirasi liwat, tetapi hanya terhenti kepada kenyataan konspirasi “ini”. Anwar perlu berterus terang dalam hal ini. Dan kenyataan ini diadakan sebelum Perhimpunan Sokongan PKR terhadap Anwar pada malam 1hb Julai.

Penulis sekali lagi ingin Anwar menjelaskan kepada umum, kenapakah semasa perhimpunan tersebut, tidak dijelaskan kepada ramai tentang rekod dan diarinya yang diwarwarkan? Tidakkah Anwar sebagai tertuduh dan pelanggan berhak meminta peguamnya untuk membenarkan dirinya mendedahkan di mana tempatnya berada dan alibinya.

Sekarang ini, maruahnya tercemar dan tindakan segera perlu dilakukan olehnya untuk membersihkan namanya. Adakah kerana Anwar mendapat general degree dalam Pengajian Melayu dari Fakulti Sastera, maka dia tidak mampu menulis surat atau kenyataan tentang keberadaannya dan alibinya di saat peristiwa tuduhan liwat berlaku?

Sebaliknya dalam perhimpunan tersebut yang dilaporkan oleh Suara Keadilan,kutukan dan tuduhan konspirasi sahaja yang mampu dilemparkan. Serangan terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sahaja yang terhambur semata-mata.

Tetapi, tidak ada penafian dan pembelaan dirinya tentang alibi dan sebagainya yang diharapkan oleh 10,000 ataupun 20,000 orang rakyat yang sanggup bersusah payah keluar pada malam itu.

Namun, secara misterinya, dikatakan bahawa Saful Bukhari Azlan bukanlah pembantu khas Anwar dalam wwww.suarakeadilan.com:

SHAH ALAM, 2 Julai (SK) – Stadium Melawati Shah Alam malam tadi begema laungan Reformasi dan jeritan Lawan Tetap Lawan oleh 20,000 penyokong Pakatan Rayat yang menunjukan sokongan penuh terhadap Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan Anwar Ibrahim, beliau mengatakan mempunyai bukti kukuh bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan ada kaitanya bersana Najib Tun Razak dan isteri beliau.

Selain itu, Anwar sekali lagi menyatakan bahawa Saiful bukanlah Pembantu Khas kepada beliau seperti didakwa sebaliknya hanyalah seorang penolong kepada Pembantu dan Staff di pejabatnya.

Tetapi ini bercanggah dengan kenyataan awal yang lebih berautoriti dalam Laman Rasmi Parti Keadilan Rakyat bahawa adalah benar Saiful Bukhari merupakan pembantu khas Anwar Ibrahim:

Pembantu Khas DSAI ditahan dan dipaksa membuat pengakuan

29 June 2008

Polis telah menahan pembantu khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahari, petang tadi dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat.  

 

Pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sidang Media yang dijadualkan esok (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap diadakan.

Biro Penerangan
Parti KeADILan Rakyat

Oleh itu, siapakah yang sekarang berbohong? Kita mahu Anwar dan PKR  bercakap benar!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: